Breaking

CARA-CARA MENGATASI MARAH

Anger Management Solution

Cara-cara Mengatasi Marah

Seringkali berlaku kes di mana pembantu rumah dimarahi majikan rentetan dari kesilapan dan ketidakcekapan pembantu rumah dalam menjalankan tugas. Bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, adalah perlu pihak majikan mengawal perasaan marah yang terlampau.

Antara tips yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi marah adalah :

Bertoleransi
Amalkan sikap bertoleransi ke atas pembantu rumah. Berikan ruang masa yang mencukupi untuk pembantu rumah memperbaiki mutu kerja memandangkan mereka juga manusia yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Faktor usia dan pengalaman pembantu rumah juga berkait-rapat dengan mutu penghasilan kerja mereka. Ada majikan yang mudah hilang sabar tanpa mengira latar belakang pembantu rumah yang mungkin datang dari kawasan pedalaman yang selama ini tidak pernah/biasa menggunakan peralatan rumah terkini.

Memaafkan
Sikap memaafkan adalah amalan terpuji. Apabila kita memaafkan seseorang, perasaan marah kita akan menurun dan pembantu rumah juga sudah tentu lebih tenang dan merasakan dunia pekerjaan baru mereka lebih menyeronokkan. Namun begitu, cara mengatasi marah dengan bersikap memaafkan haruslah dikawal agar pembantu rumah tidak mengambil kesempatan.

Bahasa Mencerminkan Bangsa
Itulah bidalan yang kita biasa dengar sejak kecil. Walau sebesar manapun zarah marah anda, kawal bahasa anda agar tidak menyinggung sama sekali perasaan pembantu rumah hingga menyebabkan mereka rasa tertekan. Apabila kita menggunakan bahasa yang sopan di saat perasaan amarah meningkat, secara tidak langsung pembantu rumah mudah memohon maaf dan ini akan menurunkan tahap kemarahan anda.

Berwuduk
Ambillah wuduk untuk menyejukkan rasa amarah yang membuak-buak. Mengatasi marah melalui kaedah begini hanyalah untuk majikan dan pembantu rumah muslim sahaja. Dalam hal begini kedua-dua pihak baik majikan dan pembantu rumah haruslah mengambil wuduk. Kemudian berbincanglah dengan baik. Syaitan memang sentiasa cuba mempengaruhi kita dan meniupkan api kemarahan tanpa henti. Suhu air wuduk yang sejuk itu dapat menghilangkan rasa marah tambahan pula percikan air wuduk akan menyebabkan syaitan menjauhi kita.


Kesimpulan

Secara hakikinya ia berkaitan dengan sikap seseorang itu sendiri dalam mengubah sikap dari seorang yang negatif kepada positif dan sejauh mana seseorang itu mampu menerima pandangan orang lain. Jika anda rasa malu untuk menerima pandangan orang lain secara langsung, anda boleh mengikuti saranan-saranan oleh Dr. William DeFoore dalam ebook beliau yang berjudul "Anger Management Techniques" yang ditawarkan bersama jaminan 60 hari wang dikembalikan sekiranya program yang disusun oleh beliau tidak menepati jangkaan anda. Anda tidak rugi apa-apa pun!

Klik sini untuk melihat apa yang terkandung didalam ebook "Anger Management Techniques"