Breaking

Contoh Surat Permohonan JP Visa

13/3/2013

Ahmad Bin Albab
12, Jln Gua Tempurung
Kampong Pinang Sebatang
90999 Negara Pasir Berdengung

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Ibu Pejabat  Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
No.15 Tingkat 1-7 ,(Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
62550 Putrajaya                                                                                        


Tuan,
Permohonan  JP Visa 

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 

2. Adalah saya, Ahmad Bin Albab (No K/P : 570831-99-1234) ingin memohon JP Visa untuk Kartini (No Passport Indonesia: AP123456).

3. Tujuan permohonan JP Visa ini adalah untuk membolehkan Kartini bekerja dengan saya sebagai Pembantu Rumah di Malaysia untuk menjaga anak-anak saya.


4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama dengan surat permohonan ini saya sertakan dokumen-dokumen yang berkaitan sepertimana yang di senaraikan di dalam Senarai Semak untuk tindakan lanjut pihak tuan.

5. Mohon pertimbangan tuan untuk meluluskan permohonan ini.

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

..........................
(Ahmad Bin Albab)


++++++++++++++++++++++++++++++++
1. Harus diingat bahawa Ahmad Albab dan Kartini adalah nama samaran. Jangan ditiru nama ini ye. :)

2. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan pengambilan pembantu rumah beserta segala proses yang berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah, anda boleh mengikutinya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.