Breaking

Contoh Surat Izin Bercuti

Tarikh : DD/MM/YYYY

U/P : Pihak yang Berkenaan

Tuan,

KEBENARAN PULANG BERCUTI BAGI PEMBANTU RUMAH

Nama Pembantu Rumah : 
No. Passport Indonesia  : 

Saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti kepada pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas dari DD/MM/YYYY sehingga DD/MM/YYYY bersamaan dengan XX hari cuti.

Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman beliau dan kembali semula ke Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa jua halangan.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apajua pembayaran tambahan dibuat oleh pembantu rumah yang pulang bercuti. Sekiranya ada sebarang bentuk pembayaran yang dikenakan kepada pembantu rumah saya, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia atau peraturan Imigrasi yang dipraktikkan ataupun peraturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut.

Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Berikan karcis/resit rasmi kepada pembantu rumah saya agar saya dapat mengesahkannya di kantor Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.

Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh dihubungi ditalian +601XXXXXXXX.

Segala bantuan dari pihak tuan dalam memudahkan urusan keluar-masuk pembantu rumah saya, amat dihargai dan didahului dengan dengan jutaan terima kasih.

Yang benar,


………………………………….
Nama majikan

Salinan pendua:      Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1 .Anda ubahlah di mana yang perlu untuk memperkasakan ayat-ayat yang digunakan di atas mengikut kesesuaian dan citarasa anda.

2. Sekiranya anda masih tercari panduan lengkap pengambilan pembantu rumah, anda boleh mengikutinya di posting yang berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.