Breaking

Tuesday

Pembantu Rumah Indonesia Dipancung

Pembantu Rumah Indonesia Dipancung

Umum tentu tahu bahawa di negara Arab Saudi hukuman pancung dikenakan ke atas mereka yang melakukan jenayah berat seperti membunuh. Begitulah nasib yang dialami oleh seorang pembantu rumah Indonesia yang dikenakan hukuman pancung setelah didapati bersalah membunuh majikannya.


Diberitakan melalui keluarga tertuduh bahawa tertuduh pernah menceritakan bahawa majikannya garang. Kemungkinan kesan dari tekanan bekerja, tertuduh telah bertindak diluar jangkaan dengan membunuh majikannya.
Semoga kes ini menjadi pengajaran buat majikan dan juga pembantu rumah.

2 comments:

  1. Selamat malam naja...saya nak tanya 1 soalan boleh...boleh tak saya tahu 5 faktor utama kekurangan pembantu rumah di malaysia??terima kasih. ^_^

    ReplyDelete
  2. kalau 1 soalan 5 faktornya, itu udah macam 5 soalan ye! hehe...

    saya rasa Cik Olive merujuk kpd kekurangan pembantu rumah tempatan. Kalau pembantu rumah Indonesia, tiada masalah, tiada kekurangan. Hanya sediakan RM9000 dan masalah pun selesai setelah tunggu 2 bulan.

    Kalau pembantu rumah tempatan, inilah antara factor kekurangan pembantu rumah :
    - tiada orang tempatan yg mahu kerjaya ini. Takde peluang bersosial.
    - orang tempatan mahu gaji lebih tinggi. kalau boleh sama macam gaji sector perkilangan.
    - orang tempatan susah ambil cuti. Silap2 hari Raya pun tak boleh ambil cuti.
    - orang tempatan menganggap kerjaya ini takde masa depan. Tiada caruman epf, socso dan sebagainya.
    - orang tempatan mungkin susah menerima arahan majikan dalam sector kerja sebegini. Arahan mungkin disalahtafsirkan sebagai "suruhan'.

    Cukup tak 5 factor. Harap jawapan ini membantu. Macam saya katakan, kita tidak mengalami masalah kekurangan pembantu rumah Indonesia setelah pihak kerajaan Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran tenaga kerja Indonesia. Kosnya sahaja yang diperdebatkan.

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.