Sekiranya pembantu rumah tidak pernah pulang ke Indonesia sejak KTKLN dikuatkuasakan oleh pemerintah Republik Indonesia, maka, anda perlu mengikuti prosidur yang berikut. Sekiranya anda dihampiri oleh mana-mana pihak yang mengatakan kad KTKLN boleh diperolehi tanpa perlu melakukan proses yang dibawah, anda bolehlah mengabaikannya kerana pihak kedutaan Republik Indonesia tidak mengeluarkan kad tersebut. Sila baca post terdahulu dengan klik disini.
PARKING
Tepat jam 10:11am aku pun memasuki perkarangan parking kereta disebelah kiri pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia. Masuk-masuk je, takde parking pulak. Aku memang pantang tinggal kunci kat budak-budak parking. Aku pun keluar balik cari parking kat bangunan sebelah kanan kedutaan pulak. Untuk pengetahuan korang, parking sebelah kiri tu harganya RM4 sejam takde berbumbung, yang sebelah kanan pulak harganya RM3 sejam maksima RM12 dan berbumbung. Aku pun masuk yang berbumbung sebab harga pun lebih kurang sama.
DALAM BANGUNAN KEDUTAAN
Memang ramai la manusia kat dalam ni yang rata-ratanya terdiri dari pembantu rumah yang ingin pulang bercuti. Jangan bawak anak kecil la sebab tak selesa nanti. Penuh hiruk-pikuk manusia kat dalam tu. Bila sampai terus ke kaunter nombor giliran. Dapat nombor 40YY dan nombor terkini 40XX. Beza 19 nombor lagi sebelum nombor aku tiba!!! Jam ketika itu menunjukkan angka 10:30am. Teruskan perjalanan ke kaunter 31/32. Ruang tempat menunggu penuh sesak dengan orangramai. Di sini juga tempatnya untuk warga Indonesia mendapatkan passport SPLN atau dikenali sebagai passport tendang.
Apa yang dapat diperhatikan disini ialah pihak Kedutaan Republik Indonesia seharusnya menyediakan kaunter yang lebih banyak bagi melicinkan proses dan memendekkan tempoh masa berurusan. Menjelang jam 12:40pm masih ada 8 nombor lagi sebelum nombor aku. Argghhh...rasanya nombor aku mesti lepas lunch baru dipanggil. Memang betul pun, tepat jam 1pm, mereka pun tutup ofis dan terpaksala aku menunggu selepas jam 2pm.
TEMPAT MAKAN
Di kedutaan ada kantin dan diluar juga ada gerai yang menyajikan sajian Indonesia. Kalau tak pun disebelah kedutaan ada restoran yang kelihatan lebih teratur dan mungkin agak mahal juga kerana menyediakan menu Sate. Aku terus ambil kereta keluar makan di Desa Pandan.
TEMUDUGA PEMBANTU RUMAH PULANG BERCUTI
Jam 2:20pm aku masuk balik tempat ruang menunggu. Alamak! 6 Nombor dah terlepas la pulak. Aduhhh...macammana ni...aku pun memberanikan diri terus masuk dan cakap kat petugas yang nombor dah terlepas. Nasib baik mereka tak banyak kerenah. Terimakasih kepada staf kedutaan yang baik hati.
Aku pun masuk bertemu staf kedutaan Indonesia bersama-sama pembantu rumah. Sedikit soal jawab dikemukakan oleh pihak kedutaan kepada pembantu rumahku, antaranya :
- Sudah berapa lama kerja sama majikan?
- Berapa lama mahu pulang bercuti?
Dan mereka pula mengarahkan aku membayar gaji RM700 sebulan kepada pembantu rumahku. Di kontrak kerja aku letak RM650. Maka dengan itu pembetulan dibuat di kontrak kerja dan tandatangan diturunkan oleh kedua-dua belah pihak, aku dan pembantu rumahku. Bahagian tandatangan saksi tidak perlu diisi.
PENGEMBALIAN KONTRAK KERJA PEMBANTU RUMAH
Setelah itu aku dan pembantu rumahku keluar menunggu dokumen sehingga jam 3:20pm barulah nama pembantu rumahku dipanggil dan dokumen diserahkan. Apakah dokumen yang aku dapat?
DOKUMEN PEMBANTU RUMAH PULANG BERCUTI
Berikut adalah dokumen yang mesti diserahkan :
Dimana membeli insurans? Sila baca post terdahulu dengan klik di sini.
Berikut adalah dokumen yang diterima oleh aku setelah diproses oleh pihak Kedutaan Republik Indonesia :
Keseluruhan tempoh masa diambil ialah 4jam. Rasanya elok datang lewat sikit, contohnya jam 12pm selepas itu masuk ke ruangan menunggu. Kalau rasa-rasa takde peluang nombor dipanggil sebelum jam 1pm, elok pergi makan dan datang balik jam 3pm. Mengikut pemerhatian aku, menjelang petang, proses lebih cepat, mungkin sebab banyak dokumen yang telah diproses disebelah pagi.
Selesai sudah episod melegalisasikan dokumen untuk proses permohonan KTKLN. Harap semua berjalan lancar.
____________________________________________
Posting ini juga membantu. Sila rujuk Di mana memohon E-KTKLN?
PARKING
Tepat jam 10:11am aku pun memasuki perkarangan parking kereta disebelah kiri pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia. Masuk-masuk je, takde parking pulak. Aku memang pantang tinggal kunci kat budak-budak parking. Aku pun keluar balik cari parking kat bangunan sebelah kanan kedutaan pulak. Untuk pengetahuan korang, parking sebelah kiri tu harganya RM4 sejam takde berbumbung, yang sebelah kanan pulak harganya RM3 sejam maksima RM12 dan berbumbung. Aku pun masuk yang berbumbung sebab harga pun lebih kurang sama.
DALAM BANGUNAN KEDUTAAN
Memang ramai la manusia kat dalam ni yang rata-ratanya terdiri dari pembantu rumah yang ingin pulang bercuti. Jangan bawak anak kecil la sebab tak selesa nanti. Penuh hiruk-pikuk manusia kat dalam tu. Bila sampai terus ke kaunter nombor giliran. Dapat nombor 40YY dan nombor terkini 40XX. Beza 19 nombor lagi sebelum nombor aku tiba!!! Jam ketika itu menunjukkan angka 10:30am. Teruskan perjalanan ke kaunter 31/32. Ruang tempat menunggu penuh sesak dengan orangramai. Di sini juga tempatnya untuk warga Indonesia mendapatkan passport SPLN atau dikenali sebagai passport tendang.
Apa yang dapat diperhatikan disini ialah pihak Kedutaan Republik Indonesia seharusnya menyediakan kaunter yang lebih banyak bagi melicinkan proses dan memendekkan tempoh masa berurusan. Menjelang jam 12:40pm masih ada 8 nombor lagi sebelum nombor aku. Argghhh...rasanya nombor aku mesti lepas lunch baru dipanggil. Memang betul pun, tepat jam 1pm, mereka pun tutup ofis dan terpaksala aku menunggu selepas jam 2pm.
TEMPAT MAKAN
Di kedutaan ada kantin dan diluar juga ada gerai yang menyajikan sajian Indonesia. Kalau tak pun disebelah kedutaan ada restoran yang kelihatan lebih teratur dan mungkin agak mahal juga kerana menyediakan menu Sate. Aku terus ambil kereta keluar makan di Desa Pandan.
TEMUDUGA PEMBANTU RUMAH PULANG BERCUTI
Jam 2:20pm aku masuk balik tempat ruang menunggu. Alamak! 6 Nombor dah terlepas la pulak. Aduhhh...macammana ni...aku pun memberanikan diri terus masuk dan cakap kat petugas yang nombor dah terlepas. Nasib baik mereka tak banyak kerenah. Terimakasih kepada staf kedutaan yang baik hati.
Aku pun masuk bertemu staf kedutaan Indonesia bersama-sama pembantu rumah. Sedikit soal jawab dikemukakan oleh pihak kedutaan kepada pembantu rumahku, antaranya :
- Sudah berapa lama kerja sama majikan?
- Berapa lama mahu pulang bercuti?
Dan mereka pula mengarahkan aku membayar gaji RM700 sebulan kepada pembantu rumahku. Di kontrak kerja aku letak RM650. Maka dengan itu pembetulan dibuat di kontrak kerja dan tandatangan diturunkan oleh kedua-dua belah pihak, aku dan pembantu rumahku. Bahagian tandatangan saksi tidak perlu diisi.
PENGEMBALIAN KONTRAK KERJA PEMBANTU RUMAH
Setelah itu aku dan pembantu rumahku keluar menunggu dokumen sehingga jam 3:20pm barulah nama pembantu rumahku dipanggil dan dokumen diserahkan. Apakah dokumen yang aku dapat?
DOKUMEN PEMBANTU RUMAH PULANG BERCUTI
Berikut adalah dokumen yang mesti diserahkan :
- Passport asal
- 2 salinan passport
- 2 salinan IC majikan
- 2 salinan permit kerja
- 2 salinan insurans Malaysia
- 2 salinan insurans Indonesia
- 3 salinan kontrak kerja
Dimana membeli insurans? Sila baca post terdahulu dengan klik di sini.
Berikut adalah dokumen yang diterima oleh aku setelah diproses oleh pihak Kedutaan Republik Indonesia :
- Passport asal
- 1 salinan kontrak kerja yang telah dicop oleh pejabat Kedutaan Republik Indonesia.
- 1 salinan kontrak kerja yang telah dicop oleh pejabat Kedutaan Republik Indonesia dikepilkan bersama-sama dengan :
Contoh Kontrak Kerja Yang Telah Dilegalisasikan
Tidak dinyatakan pula bahagian mana yang mesti dibawa pulang oleh pembantu rumah ke Indonesia tetapi secara logiknya bahagian yang dikepilkan dengan salinan passport, IC majikan, permit kerja, insurans Malaysia dan Indonesia yang rasanya perlu dibawa ke pejabat pengeluaran KTKLN di Indonesia.
- 1 salinan passport
- 1 salinan IC
- 1 salinan permit kerja
- 1 salinan insurans Malaysia
- 1 salinan insurans Indonesia
Keseluruhan tempoh masa diambil ialah 4jam. Rasanya elok datang lewat sikit, contohnya jam 12pm selepas itu masuk ke ruangan menunggu. Kalau rasa-rasa takde peluang nombor dipanggil sebelum jam 1pm, elok pergi makan dan datang balik jam 3pm. Mengikut pemerhatian aku, menjelang petang, proses lebih cepat, mungkin sebab banyak dokumen yang telah diproses disebelah pagi.
Selesai sudah episod melegalisasikan dokumen untuk proses permohonan KTKLN. Harap semua berjalan lancar.
____________________________________________
Posting ini juga membantu. Sila rujuk Di mana memohon E-KTKLN?
Salam
ReplyDeleteSaya diberitahu semalam,selepas menunggu 5 jam, dan semua dokumen siap, bahawa oleh kerana visa adalah JP visa, maka kontrak kerja tidak boleh dimatikan dan dengan demikian, kartu tidak boleh dipohon. Apa pendapat encik
mohon pencerahan sikit lagi. Bila tu JP Visa dipohon?
ReplyDeletepengalaman saya, maid saya sepertimana dalam perkongsian saya di blog ini dibawa masuk melalui JP Visa juga pada tahun 2011.
sebab itu tuan/puan kena beritahu disini bila mohon JP Visa. saya khuatir mereka cuba mempersulitkan proses sebagai "balasan" kerana maid tidak masuk melalui saluran yang telah ditetapkan iaitu melalui Calling Visa.
Mohon penjelasan,pmbntu rumah sy pulg bercuti selama 2bulan(sehingga 30.9.13).beliau sdh bekerja selama 3 tahun.sy di beritahu olehnya bahawa dia perlu membuat ic utk masuk semula nnt dan memerlukan kontrak kerja.hal ini agk sulit memndgkn kontrak kerja telh beliau hilgkn dan sy tidk ada fotokopi tersebut dan termasuk fotokopi pasportnya jgk tdk ada simpanan pd sy.apkh yg harus sy lakukan?terima kasih
ReplyDeletesaya beranggapan bahawa IC yang dimaksudkan ialah kad KTKLN.
Deletekalau maid tuan pulang bercuti tanpa mendapatkan endorsement pada kontrak kerja sudah tentu beliau tidak akan dapat memasuki malaysia dan bekerja dengan tuan lagi.
setiap maid yg ingin pulang bercuti ke indonesia memerlukan kontrak kerja yang telah dicop oleh pejabat KBRI. Dokumen kontrak kerja ini diperlukan oleh maid untuk membuat kad KTKLN di Indonesia. Dgn adanya kad KTKLN barulah maid boleh melepasi pintu Imigresen di Indonesia.
saya kurang jelas dgn permasaalahan tuan disini. Adakah tuan maksudkan yang tuan telah melakukan pengesahan kontrak kerja di pejabat KBRI? Jika sudah, tuan boleh mendapatkan salinan di pejabat KBRI kerana 1 salinan buat KBRI, 1 untuk maid dan 1 untuk majikan.
semoga reply ini membantu.
salam
ReplyDeletesaya ingin bertanya, benarkah maid yang mempunyai JP visa tidak akan diberikan endorsement kontrak kerja oleh KBRI sekiranya hendak pulang bercuti. Untuk makluman maid saya masuk menggunakan JP visa pada Januari 2012 dan bercadang untuk bercuti pada hujung bulan ini.
Saya buat pertanyaan Konsulat Indonesia di Pulau Pinang. Pegawai beri jawapan bahawa maid yang memegang JP visa tidak akan diberikan endorsement kontrak kerja. Pasport JP visa juga akan bermasalah untuk diperbaharui. Maid ini diberikan visa masuk Malaysia sebagai pelancung dan kini Kerajaan Malaysia yang memberikan permit kerja. Kerajaan Indonesia tidak mempunyai rekod warganya bekerja di luar negara.
DeleteMaid saya yang menggunakan JP visa pun nak balik bercuti. Ada cadangan lain untuk dapatkan endorsement kontrak kerja? Ada cara nak memohon kad KTKLN tanpa kontrak kerja yang dicop KTKLN?
Deletesemua urusan kena dibuat oleh majikan ke.....atau boleh wakilkan sesiapa. pembantu anak saya nak pulang ke indonesia pada 29/11/2013 tapi anak saya masih diluar negera sehingga 1/12/2013
ReplyDeletemaid anak saya masuk menggunakan JP Visa since Dec 2011....so boleh proceed buat KTKLN
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya berjalan lancar.. semasa prosedur melegalisasikan kontrak kerja pembantu rumah anak saya. Ambil masa 1 jam sahaja. Saya pergi sebelah petang....ambil no. giliran pada pukul 2.15pm.....pukul 3petang semua selesai. Jika majikan sibuk, boleh hantar wakil untuk mengurusinya...dengan syarat ada bawa bersama surat serah kuasa dari majikan.
ReplyDeletesaya ingin mengulas mengenai kes "Konsulat Indonesia di Pulau Pinang. Pegawai beri jawapan bahawa maid yang memegang JP visa tidak akan diberikan endorsement kontrak kerja."
ReplyDeleteapa yang diperkatakan oleh pihak Konsulat Indonesia itu tidak benar. Those maids holding JP Visa are given work permit and they are not PATI. Ini semua adalah bertujuan menyulitkan majikan. Anda boleh buat laporan ke pejabat KBRI di Kuala Lumpur.
my maid masuk as tourist dan lepas tu I dapatkan JP Visa and work permit for her. Dia nak sambung kontrak setahun lagi selepas tamat kontrak kerja 2 tahun. So 2 months before her contract expires, I went to KBRI to get the endorsement on the new work contract. Dgn work contract inilah maid perlu tunjukkan di pejabat imigresen di Indon untuk mendapatkan kad KTKLN. Takde kad KTKLN, maid tak dapat balik ke Malaysia.
Untuk makluman saya telah pergi ke Konsulat Indonesia di Kuala Lumpur pada 18/12/2013 dan dimaklumkan sebarang permohonan oleh pemohon yang masuk ke Malaysia menggunakan JP Visa tidak akan di layan, walau pun telah mempunyai permit dan kontarak kerja...
ReplyDeleteOoo... rasanya itu mungkin maid anda baru saja dapat JP Visa. Macam kes saya, maid saya dapat JP Visa pada tahun 2011. Permitnya tamat pada Julai 2013 dan dia nak sambung kerja setahun lagi dengan saya dan minta cuti sebulan berhari raya di kampong. Jadi, pada bulan Jun 2013, saya buat fomema, renew permit setahun, beli insurans Malaysia dan Indonesia. Selepas itu saya pergi ke KBRI untuk dapatkan endorsement kontrak kerja. Takde masalahpun yang saya alami di KBRI.
DeleteMemang kerajaan Indonesia tak suka pemegang JP Visa tapi rasanya mereka mula bertegas baru-baru ini aje sebab itu kes saya dikecualikan sebab JP Visa tahun 2011.
Mungkin penyelesaiannya ialah katakan pada maid, jangan balik kampong, tunggu hingga permit tamat. Kalau nak balik jugak, bawa dia masuk guna Calling Visa. Kenala berurusan dengan agen dan bayar agen fee.
salam,
ReplyDeletesekarang ni JP visa dah takde...so camne saya nak legal kan maid sya yg saya ambil dia masa dtg pakai passport pelancong...
buntu sgt..tk azlyn1978@yahoo.com
sms saya
Deletecuba tanya mereka yeng mengiklankan maid kat internet. tentu mereka ada jalan kan??? atau minta agen (company) tolong legalisekan tapi kos mungkin mahal.
ReplyDeleteSalam, saya baru dapat tau tentang KTKLN selepas pembantu saya pulang ke kampung. Dia yang telefon bagitau perlu ada KTKLN sebelum dia boleh masuk balik ke Malaysia. Apakah yang boleh saya buat memandangkan dia sudah pun pulang ke Indonesia? Dia dijangka kembali ke Malaysia 9Feb 2014 ini.
ReplyDeleteUtk dptkan kad KTKLN perlu ada kontrak kerja yg di"endorse"kan oleh pihak KBRI Kuala Lumpur.
DeleteUtk kontrak kerja diendorsekan oleh KBRI, perlu ada insurans Malaysia dan Indonesia DAN membawa maid bersama ke KBRI sewaktu mendapatkan endorsement kontrak kerja.
Kontrak kerja mesti ditandatangani oleh maid. Kontrak kerja boleh dipos kpd maid utk mendapatkan tandatangan.
Cuba tanya KBRI samada kalau maid tidak hadir bersama majikan ke pejabat KBRI, bolehkah kontrak kerja diendorsekan.
Sila baca juga posting maid pulang bercuti.
saya da pergi ke kedutaan indonesia. kat depan kaunter tulis maid yang pakai jp visa tahun 2012/2013 tak boleh buat dokumen untuk KTKLN tu. pening gak ni. maid nak balik cuti.
ReplyDeleteJgn bagi maid balik. Itu aje caranya.
DeleteAtaupun buat rayuan pada KBRI katakan maid perlu balik atas urusan penting.
Utk thn ni, masih diperlukan kad KTKLN lg ke if maid nk pulang bercuti n kembali bekerja di malaysia?
ReplyDeleteyang saya tahu ianya masih diperlukan.
DeleteAnyone ada pernah pergi merayu tak di kbri? my maid pon JP visa jugak tahun 2013. konsulat Indonesia di jb kata for them takde problem to process for jp visa, tapi hanya untuk org yg duduk di Johor aje. as for me from kl, kene buat kbri. but I don't understand why konsulat jb boleh lenient but kbri nak strict sangat.
ReplyDeletepelik jugak ye. Bukankah sepatutnya satu dasar yg sama.
Deletedalam kontrak kerja kene dapatkan cop immegresen malaysia dulu ke?
ReplyDeleteSoalan yang sma juga, perlu dapatkan cop imigresen ke?
Deleteapa yang saya pernah lalui ialah kontrak kerja yang dikeluarkan oleh immigresen msia adalah untuk kita, maid dan immigresen msia. Pihak KBRI Kuala Lumpur tidak pandang walau sebelah mata pun akan kontrak kerja tersebut. Pihak KBRI KL akan keluarkan satu kontrak kerja antara kita, maid dan KBRI KL.
DeleteSALAM
ReplyDeleteSAYA INGIN BERTANYA... KALAU SELAIN PEMBANTU RUMAH ADAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT DIAMBIL JUGA SEPERTI DI ATAS... KERANA SALAH SEORANG PEKERJA SAYA INGIN PULANG KE INDONESIA UNTUK BERCUTI SELAMA 2 BULAN.... DOKUMEN APAKAH YANG PATUT SAYA SEDIAKAN??
Maaf, saya hanya ada pengalaman berkaitan maid tapi rasanya proses yang sama diperlukan sebab di Indonesia nanti mereka perlu buat kad KTKLN dan utk kad ini dikeluarkan disana, pihak di sana perlukan dokumen2 yang berkaitan.
DeleteSalam.. Pembantu rumah saya yg masuk pakai jp visa tahun 2011 nak balik bercuti for the 1st time selepas 3 thn kerja dengan saya.. Dan saya baru saje renew permit dia utk tahun ke-4.. Masalah saya ada lah kontrak kerja dia hilang/misplace.. Mcm mana ye? Ada cadangan/panduan macam mana nak dptkan replacement kontrak kerja? Masa agak suntuk.. Dia perlu balik indon awal bulan jun ni :(
ReplyDeletekena buat seperti apa yang saya ceritakan dalam posting ini. pergi ke KBRI KL dan buat kontrak kerja baru.
DeleteSaya tidak pernah tahu yang kita kena memperbaharui kontrak kerja setiap kali ianya expired. Yang saya tahu dan paham ialah setiap tahun saya harus memperbaharui permit pekerjaannya (dengan processing fee yg meningkat naik mendadak daripada RM10 kepada RM120! Duhhh!). Jadi, berapakah pulak kos utk saya buat kontrak di sana nanti ye? Hmmpppffff!
ReplyDeletebiar betol!!! dah naik ke RM120 ke? kalau maid nak balik cuti memang kena buat kontrak kerja (yg dikeluarkan oleh pihak KBRI KL ye, yg dikeluarkan oleh immigresen msia tak laku ye).
DeleteKalau maid sambung kerja dgn tuan dan tidak pulang bercuti, maka, tidak perlulah sediakan dokumen utk proses KTKLN. segala kos adalah seperti yg saya ceritakan dalam posting ini.
En Sunny, just nak clarify, processing fee yang dah naik sampai ke RM120 dari RM10 tu dibayar kepada siapa ya? Immigresen? atau stamp duty.. Tkasih
Deletetuan, bole emelkan saya contoh kotrak kerja untuk buat KTKLN? Saya tak dapat bukak link tuan tu...
ReplyDeletem.azrin0503@gmail.com
utk buat dokumen bagi permohonan KTKLN di Indonesia nanti, tuan perlukan kontrak kerja yg dikeluarkan oleh pihak KBRI KL.
DeleteMalangnya saya tiada softcopy kontrak kerja tersebut. Cuba download dari laman web KBRI KL, jika ada.
Tuan,
ReplyDeleteSaya nak tanya. 2 Salinan Permit Kerja tu apa? Adakah pelekat yg ditampal oleh Imigresen ke dalam buku passport pekerja. Tkasih
ya, pelekat permit kerja yg ditampal dlm passport maid.
DeleteAssalam..saya baru renew pasport dan permit utk tahun ke 5 bulan mei lepas..maid saya akn pulang bercuti hujung buln 6 ini..sy xde buatkn insurans TKI so perlu ke sy adakn seblum maid pulang bercuti?bagaimana kad KTLN?maid sy xde kad tersebut sebb dia dtg tahun 2010.. terima kasih
ReplyDeletesaya sarankan tuan buat sepertimana yg saya lakukan. Eloklah majikan mempermudahkan urusan kemasukan maid tuan di Indonesia nanti. Kita sukar mengagak adakah maid tuan mampu menguruskan diri mereka sekiranya ada dokumen yang kurang di pintu keluar Indonesia nanti. Kad KTKLN dikeluarkan di Indonesia.
ReplyDeleteSalam. Saya baru download form kontrak kerja di website. Saya lihat ada column utk tandatangan oleh jab. Imigresen malaysia. Perlu ke disahkan oleh jab. Imigresen malaysia? Jika saya baca blog tuan di atas, tandagan saksi oleh pengawai kedutaan dah mencukupi. Terima kasih.
ReplyDeleteHmmm... saya dah download utk lihat format baru kontrak kerja yg tuan maksudkan. Masa saya itu hari takde ruangan pengesahan oleh immigresen Malaysia.
DeleteEloklah tuan dptkan pengesahan dari immigresen Malaysia. Bukan apa, takut bile tuan abaikan perkara itu, akan menjadi masalah pula apabila berurusan dgn KBRI KL. Bayangkan kalau tuan tiba pagi di KBRI KL dan selepas jam 2pm baru nombor giliran tuan dipanggil dan didapati kontrak kerja tidak lengkap, tuan mungkin terpaksa balik dan selesaikan proses melengkapkan dokumen. Takke haru, dah la tunggu berjam-jam tapi urusan masih belum selesai. Elokla layan apa yg mereka mahu.
Maid saya akan tamat kontrak pada 2/9/2014 (selepas 2 tahun bekerja). Dia telah bersetuju untuk sambung another 2 tahun. Pada masa yang sama, passport maid saya masih valid (akan berakhir pada 2017) and dia tidak bercadang untuk pulang bercuti. Apakah procedure untuk memperbaharui kontrak maid saya ini?
ReplyDeleteprosidur sama mcm masa mula2 ambil maid. Buat FOMEMA dan berurusan dgn immigresen. Isi borang, kontrak kerja dsb.
DeleteLebih mudah jika dilakukan menerusi MyEG. Tak perlu isi borang, semua online. Ini yg saya lakukan menerusi MyEG utk renew maid saya utk tahun ke-4. Rasanya proses yg sama cuma bezanya tahun ke-4 tak perlu FOMEMA. Saya rasa mudah dgn MyEG sebab kalau berurusan dgn immigresen nanti kita kena isi borang, buat kontrak kerja.
kalau tak pulang bercuti ke indonesia, tak perlu berurusan dgn KBRI KL.
kad ktkln maid mati bln 12...dia nk blk cuti raya 1 mggu..agak2 ada mslh tk?
ReplyDeleteada masalah sebab kad KTKLN perlu renew.
DeleteSalam. Maid saya masuk bekerja dgn saya menggunakan JP Visa (submit betul2 few days sebelum JP Visa dimansuhkan 2013). Maid nak balik cukup setahun (relakan saje sebab tak nak masalah2 lain timbul sbb tk dpt balik). So saya bagi balik masa raya (sebelum tamat tempoh permit bulan 11, konon tk nak ambil risiko renew permit tapi tk nak sambung kerja pulak). Mohon penjelasan apa yg saya kena lakukan sebelum maid ni balik raya nanti. Terima kasih sangat2 share info2 mcm ni :)
ReplyDeleteikut saja langkah yg saya ambil sptmana blog posting ini. dptkan kontrak kerja yg dicop oleh KBRI KL.
Deletesalam. maid saya pula akan pulang terus (tak datang lagi) setelah kerja dgn saya 2 tahun menggunakan JP visa. perlukah saya ke KBRI? ada masalahkah apabila ia sampai ke indon nanti (dgn imigresen indon utk masuk negaranya)?
DeleteSaya ingin bertanya. Pembantu rumah saya akan pulang bercutu raya selama sebulan sabtu ini. Die telah bekerja dr sept 2012 dan masuk guna JP Visa. Saya br tau mengenai KTKLN ni. Masalahnya saya tidak pernah ada kontrak kerja. masa mohon permit dulu x ada pula. jadi perlukah saya isi borang kontrak kerja tu dan stamping dulu atau pun buat kontrak kerja baru dan legalise terus di embassy indonesia. Mohon reply segera di emel nazammk80@yahoo.co.uk sbb maid nk balik sabtu ini.
ReplyDeletebuat kontrak kerja yg boleh diperolehi dari KBRI KL. tak perlu stamping. ikuti langkah2 yg saya nyatakan didlm blog posting.
DeleteNk tanya.. maid sy dh ada kt kampung, tp blom buat endorse kontrak di kbti ni lg.. camne ye? Tandatangan dia camne? Pening dh sy ni.. mintak tolong jwb ye
ReplyDeletekena tanya KBRI la tuan. Saya tak ada pengalaman kes sebegini. Nak dptkan endorsement kena maid dtg ke KBRI utk sesi temuramah. Elok tuan pergi ke KBRI dan jumpa pegawai di sana.
Deleteanonymous
ReplyDeletemaid saya mau balik bercuti dan kemudian hendak sambung bekerja untuk saya tapi kontraknya dari konsulat di penang sudah tamat beberapa bulan lalu.
mereka mahu balik baru ke konsulat untuk memperbaharui kontrak kan? memandangkan kontraknya telah tamat beberapa bulan, adalah konsulat akan memperbaharui kontraknya. dia perlu kontrak untuk membuat kad kartu di indonesia. permitnya masih sah laku sehingga tahun depan.
Salam,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya kalau pembantu saya telah balik tahun lepas dan ingin balik lagi tahun ni kena buat prosedur kartu semula ke? sebab dia ckp dengan saya setiap kali balik kena buat semula. TQ
Ktkln valid 2 tahun
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSemalam saya ke KBRI uruskan maid yang hendak balik bercuti di kampung. Ambil nombor 12 tengahari, pukul 4 selesai. Maid saya juga masuk sebagai pelancong, di sini baru saya buatkan permit. Bekerja sejak 2013. Tiada masalah.
ReplyDeleteinilah yang dikatakan peraturan buatan manusia. Lain orang lain pula nasibnya. Apa yang saya difahamkan, KBRI tidak melayan maid yg ingin mendapatkan endorsement kontrak kerja bagi tujuan pemprosesan KTKLN (di Indonesia) sekiranya maid masuk sebagai pelancong MELAINKAN jika maid masuk Malaysia sewaktu tempoh pembekuan kemasukan maid ke Malaysia.
Deletesatu soalan saya kepada puan/tuan Anonymous, tahun 2013 rasanya Malaysia telah memansuhkan JP Visa. Bagaimana proses yang anda lakukan?
DeleteMaafkan saya terlalu lewat menjawab. Maid saya masuk akhir Januari 2013. Saya mohon awal Februari 2013 dan dapat ambil permit Julai 2013. Tapi tarikh permit di'backdated' ke Februari (tarikh permohonan). Urusan di Putrajaya.
DeleteBerkenaan kontrak kerja, ya hanya yang dimuat turun dari laman KBRI saja laku dan gaji dinaikkan ke RM700.
Ketika itu saya dapat maklumat memang JP visa akan dimansuhkan tapi saya tak ingat. Seingat saya ketika saya hantar borang, permohonan masih dibuka.
Deletemaid saya nak balik minggu depan amik airasia ke surabaya (permit tahun ke-4 saya baru renew semalam). Saya nak ke KBRI esok utk uruskan dokumen seperti yang diperlukan. KTKLN boleh dibuat di airport surabaya ke? ke kena pergi embassy jakarta?
ReplyDeletesila rujuk post ini => http://isupembanturumah.blogspot.com/2014/10/di-mana-membuat-kad-ktkln.html
DeleteTempoh kontrak kerja sebenarnya berapa tahun? Saya pernah buat 2 thn. Last year imigresen tulis 1 thn je. Penat le nk renew lagi.
ReplyDeletepermit kerja mengikut pengalaman saya adalah 1 tahun.
DeleteSalam nak tanyer sikit.. dalam form kontrak kerja, tarikh dan masa kena letak tarikh mula bekerja atau tarikh kita isi form kontrak kerja ni. Untuk pengetahuan, JP Visa maid saya adalah tahun 2013.
ReplyDeletekalau dalam kontrak kerja keluaran immigresen Malaysia, tarikh kontrak bermula pada tarikh ketibaan maid.
Deletekalau kontrak kerja keluaran kedutaan Indonesia, saya tidak pasti. Tapi secara logiknya mestilah 1 tahun sebelum permit luput.
Salam, maid perlu ikut ke kedutaan ke kalau nak apply KTKLN?
ReplyDeleteye.
DeleteSalam semua..saya ingin bertanya
ReplyDeleteContract employment dgn kedutaan expiry bulan nov 2015
kad KTKLN expiry nov 2016
Saya dengar2 if maid balik bercuti sekarang, kedutaan indonesia tahan tak bagi balik malaysia selama 6 bulan..
Minta tolong clarify sebab maid saya nak balik bercuti bulan june 2015 ni..setahun 2 kali dia balik cuti..
Ke saya perlu pergi ie kedutaan...
secara logiknya tiada masalah sebab maid balik cuti dlm tempoh contract employment dgn kedutaan dan KTKLN pun masih belum expired.
DeleteJgn dengar khabar angin, eloklah anda ke kedutaan utk mengesahkan berita itu. Saya belum lagi mendengar kes sebegini.
Salam. Jikalau maid pulang bercuti dengan ktkln sudah expired, ada masalah tak? Tq
ReplyDeleterasanya kena buat yang baru. Dapatkan endorsement kontrak kerja di pejabat kedutaan Indonesia, beli insurans dan balik seperti biasa. Di kampung maid pula, kena mohonlah renew kad KTKLN. Saya tak pernah mengalaminya tapi itulah logiknya.
DeleteAs salam,
ReplyDeleteMaid saya nak balik beraya pada 15/7 - 25/7 dan saya akan kedutaan soonest utk endorse kontrak kerjanya. permit kerja dia akan tamat tempoh pada 26/8 dan kami ingat nk renew permitnya selepas dia balik ke sini, so tarikh kontrak kerja yg akan di endorse nanti start dari tarikh submission ke atau dari tarikh dia masuk berkerja? atau perluke saya renew permitnya sebelum maid balik?
OK..dh dpt jawapannye..maid yg nak balik bercuti selain kena buat kotrak kerja di Indo embassy..kena pastikan baki permit kerjanya sekurang2nya ada lagi 3 bulan..kalau kurang kena renew dulu sebelum balik bercuti..utk kes kami..terpaksa la pujuk maid tangguh cutinya sehingga raya haji..Alhamdulilah dia setuju..
DeleteApe pon terima kasih banyak2 di atas perkongsian isu2 dan prosedur2 ttg pembantu rumah ni..banyak yg kami belajar dari blog Puan..Jazakallah..
Tuan...sy baru terbaca blog tuan....masalahnya maid saya dah balik 2 bulan dan kontraknya dah expired 2 tahun lepas...apakah ada cara untuk dia balik ke Malaysia berkerja dgn saya....
ReplyDeletekontrak dah expired 2 tahun lepas? manakala dia baru je balik 2 bulan lalu?
DeleteBoleh saya tahu :
1) dia balik melalui pintu keluar mana?
2) ada masalah tak di pintu keluar?
3) ada buat check-out memo tak?
Hi,
ReplyDeleteMy maid want to go back on 21 Dec till 31 Jan 2016. Her work permit till 19 April 2016. Passport valid till May 2017. I only knew need to write "Surat Bercuti", what are the things that need to prepare?
The Kontrak already 2 years back. Please advise what I should do it.
Thanks.
Hi,
ReplyDeleteMy maid want to go back on 21 Dec till 31 Jan 2016. Her work permit till 19 April 2016. Passport valid till May 2017. I only knew need to write "Surat Bercuti", what are the things that need to prepare?
The Kontrak already 2 years back. Please advise what I should do it.
Thanks.
To save u all the hassles, please follow the steps:
Delete1) Go to Indonesia Consulate
2) Renew her passport for another 5 years
3) Do a new contract and put salary at RM800 (this is required on the contract even if u dont pay her that much - otherwise the contract will be rejected)
4) buy 2 kinds of insurance - a) Malaysian insurance b) Indonesian insurace. Both can be purchase next door of the consulate. I forgot how much.. I think RM150 last time..
5) go as early as possible.. u will find the crowd lining up as early as 6.00 am.. the doors open at 7am.. u dont have to go at 6.. i went at 7.30 and everything was still OK.. (the maids must queue for numbers.. the majikan dont need to queue.. in fact, they wont allow the majikan to enter together with the maid.. once all maids have entered, then only the majikan enter)
6) write a "Surat Pulang Bercuti" to be submitted together.. there is a template somewhere here in this website i think.. everybody uses that. (I met another majikan, showing me the exact same copy of the letter with small changes here and there).
7) while waiting for the maid's turn, have breakfast at the cafe upstairs.. real indonesian food if u like them..
8) at 10am, my maid was called into a room to be interviewed.. simple questions asked to her:
- bila mau berangkat?
- bila mau pulang?
- (the officer might want to see proof.This means u have to buy return flight tickets early on)
- berapa gajinya?
make sure ur maid knows the answer.. u can be by her side but for sure u cannot answer for her..
once the officer is OK with all the documentation submitted, u will be asked to wait again for approval..
i waited another 30 minutes and given the letter to be submitted to imigresen upon checkout at the airport..
go home and rest.. it may be tiring..
thank you for answering. Dah jadik rm800 ye salary.
Deletektkln telah dihapuskan
ReplyDeleteKTKLN telah dihapuskan? maksudnya maid boleh pulang cuti dan kembali kerja di Malaysia tanpa report ke kedutaan Indonesia di KL la kan? mcm urusan nk mohon KTKLN
Deletebegitulah yg saya faham jika menurut sumber dari internet yang boleh dipercayai.
DeleteAssalam...maid saya tak dibenarkan pulang indon di pelabuhan kelang..dia masuk melalui jpvisa..katanya perlu ada ktkln...tuan cakap ktkln dihapuskan..bagaimana tu?
ReplyDeletesebelum tu saya ingin tahu adakah...
Delete- maid punya permit kerja? Kalau ada permit kerja, nak pulang bercuti tiada masalah sewaktu meninggalkan malaysia.
- pulang bercuti atau pulang selama-lamanya? kalau pulang selama-lamanya perlu ada check out memo.
tak mungkin immigresen malaysia halang keluar disebabkan ktkln sebab ktkln (sebelum dihapuskan oleh Bapak Jokowi) hanya diperlukan oleh immigresen Indon sewaktu ingin berlepas ke luar negara.
Assalamualaikum. .nak tanya, maid sy br stahun bkerja dgn saya iaitu 9/1/15 mggunakan jp visa..dia nak minta blk 2 hari..boleh ker? Dan apa prosedurnya?
ReplyDeletesaya pun nak tau apa prosedurnya.. harap dapat maklumbalas, terima kasih.
DeleteMengikut kenyataan yg dikeluarkan di internet berkenaan ktkln telah dimansuhkan maka tidak perlu majikan menyediakan dokumen. saya tidak nampak keperluan menyediakan dokumen kerana dokumen2 tersebut diperlukan utk memohon ktkln.
ReplyDeleteNaja
my experience:
ReplyDeletepark in building after the embassy, covered parking and cheaper than open area before embassy
went at 10:30am, daily 50 no. ran out, got spare no. from a friend
bought Indonesian insurance at carpark area at RM90 for 1 year
documents rejected, print contract on one side only, had to fill in again
was instructed to change salary from RM800 to RM1000 in contract
2 copies contract, 1 copy IC, 1 copy maid insurance Malaysia (RHB buy in post office) and Indonesia, 1 copy passport (front, permit, back pages)
maid and employer or authorized representative to be present
told to prepare letter to petugas yang berkenaan for Indonesia later, stating maid going back on leave
serviced at 2:30pm, collected documents at 4:00pm
puasa time no canteen only stall
Hi, I did the same but the embassy counter reject our application since she going in using tourist visa. She already had her malaysian MEV through JP Visa application at KDN. Please advise
DeleteNo choice, you have to accept their reason. Maybe you could appeal to embassy.
Deletehi.. so mmg nmpk gaye yg maid permit JP visa ni susah lah nak blk ye.. since Indonesian authority tak iktiraf permit ni..
Deleteitu mungkin sbgn dari hukuman utk rakyat mereka yg kata masuk sini nak melancong tapi kemudiannya bekerja. dari sudut financial, mmg cara ni menjejaskan business agency maid di indon, klinik di indon. kalau bisnes maju, sykt bayar cukai yang lebih besar. Tapi nak buat mcmmana dah kos agency ni terlalu tinggi. bila maid lari, payah pula nak ganti. kalau ada gantian pun, kualiti maid agak rendah.
DeleteKontrak nak buat kat mana ya?
ReplyDeleteembassy akan bagi dokumen kontrak
DeleteMaid tanpa permit nak pulang, dah rujuk imigresen srh ikut Iman resources tp disenaraihitam selama 5tahun, problemnye maid sy nk masuk balik. Apa cara ye nk anta dengan flight dan tidak blacklist.
ReplyDeleteyg saya tahu tiada cara lain. mmg kena kena lalui IMAN dan blacklisted 5 tahun. Maid ni ada passport ke?
DeleteHello, jika saya ingin memohon surat cuti/contract bagi pembantu saya untuk pulang cuti and juga buat passport renewal pada hari yang sama, ini semua buat di kaunter yang sama?
ReplyDeletedulu kaunter yang berbeza.
DeletePlus, most of the professional maids from these companies are insured and bonded, so you are secured and protected, especially if there is a theft or accidents or any accidental breakage in your house. Maid Service
ReplyDelete