Untuk mendapatkan KTKLN, pihak majikan perlu mendapatkan legalisasi ke atas kontrak kerja. Di Indonesia nanti, pembantu rumah mesti menunjukkan kontrak kerja beserta dokumen-dokumen sampingan untuk proses KTKLN.
KTKLN atau Kartu Tenaga Kerja Luar Negara tidak boleh diperolehi di kantor Kedutaan Republik Indonesia di Kuala Lumpur. Ianya mesti dimohon/diproses di Indonesia.
Sebelum memulakan perjalanan ke Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur untuk proses legalisasi dokumen, pastikan anda telah melengkapkan yang dokumen yang berikut:
- Kontrak kerja keluaran Republik Indonesia. Sila downlaod di sini.
Perlu lengkapkan 3 salinan.
Untuk makluman kontrak kerja yang dibuat untuk pemprosesan Imigresen Malaysia tidak laku ye.
- 2 salinan IC majikan
- 2 salinan insurans Malaysia.
Insurans Malaysia boleh dibeli di pejabat POS Malaysia. Tak murah tak mahal cuma RM70 sahaja.
- 2 salinan insurans Indonesia
Insurans Indonesia juga boleh dibeli di pejabat POS Malaysia. Ramai yang tidak tahu berkenaan perkara ini. Enggak mahal juga enggak murah, cuma keluar uang RM72 saja mas.
- 2 salinan Passport dan Permit dan alamat.
Kalau terlupa beli insurans, anda boleh beli di Pos Malaysia bergerak yang terletak di kawasan parking terbuka di sebelah pejabat Kedutaan Republik Indonesia.
Pastikan semua urusan fotokopi dibuat sebelum berangkat ke kantor Kedutaan Republik Indonesia kerana caj fotokopi di pusat fotokopi yang terletak sekitar kedutaan agak mahal, sekeping saiz A4 dicaj 50 sen. Pada aku mahal le, sebab kat rumah aku cuma 10 sen jer.
Kenapa kena beli insurans Indonesia sedangkan kita dah beli insurans Malaysia?
Ini susah sikit nak cakap, ikut aje la sebab kos pun tak la mahal sangat asalkan maid kita selesa berurusan di Indonesia nanti untuk urusan KTKLN. Ini masalah yang timbul kepada maid-maid yang masuk dengan JP Visa sewaktu tempoh pembekuan pembantu rumah Indonesia 2 tahun lalu. Kalau mereka masuk dengan Calling Visa, kad KTKLN akan siap sedia sebelum mereka memasuki Malaysia. Ramai yang menyeberang sebagai pelancong lepas tu kita legalisekan mereka. Perkara ini tak salah pun sebab kita memang pun dah legalisekan mereka. Mereka bukannya pendatang tanpa izin (PATI). Yang penting di sini ialah niat kedua-dua belah pihak, baik majikan mahupun maid. Kalau niat baik, baiklah hasilnya. Kita bukannya nak menyusahkan maid atau Immigresen mahupun pihak pemerintah Indonesia. Maid datang dengan niat murni untuk mencari rezeki yang halal di Malaysia, mengapa harus disekat. Ini semua kerana segelintir majikan Malaysia yang tidak berhati perut mendera maid Indonesia dan kesannya amat besar kepada ribuan majikan yang baik hati.
Secara rasionalnya Insurans Malaysia melayakkan kita sebagai majikan menerima pampasan ke atas pembantu rumah sekiranya pembantu rumah dimasukkan ke hospital dan sebagainya.
Manakala Insurans Indonesia adalah perlindungan ke atas pembantu rumah itu sendiri, bermakna jika mereka dimasukkan ke hospital di Malaysia, mereka akan menerima pampasan tersebut BUKANNYA majikan.
Jelas? Ok sekali lagi, jika maid masuk hospital, katalah contoh, sehari caj wad RM50, maka, kita dapat RM50 dari Insurans Malaysia dan kita bayar bil hospital, manakala pembantu rumah dapat RM50 dari Insurans Indonesia dan masuk poket pembantu rumah.
Sepatutnya Insurans Indonesia tu harus dibayar oleh pekerja asing itu sendiri sebab insurans itu melindungi mereka tetapi kebanyakan majikan membayar untuk pembantu rumah, mungkin sebagai tanda penghargaan. Jika majikan yang membayar Insurans Indonesia, sekiranya bil hospital melebihi perlindungan yang ditawarkan oleh Insurans Malaysia, rasanya tidak salah untuk kita menggunakan pampasan yang mereka terima untuk menampung caj rawatan hospital. Betul tak? Itu pendapat akulah. Jangan pakai sangat pendapat aku ni. Buat kajian dulu.
Ok, bagaimana melegalisasikan kontrak kerja di kantor Kedutaan Republik Indonesia. Bacalah post berikut dengan klik di sini.

Berapakah harganya untuk mndapatkan KTKLN di indonesia?
ReplyDeleteianya percuma dgn syarat semua dokumen dari Malaysia lengkap
Deleteperlukah pembantu rumah pergi ke Kedutaan Indonesia sendiri atau majikan sahaja untuk dapatkan KTKLN?terima kasih.
ReplyDeleteKBRI tidak mengeluarkan KTKLN. Majikan dan maid pergi ke KBRI untuk melengkapkan dokumen untuk dibawa pulang oleh maid ke Indonesia. Di Indonesia nanti, maid perlu kemukakan dokumen tersebut utk pemprosesan kad KTKLN.
DeleteSalam tuan..saya cuba utk bli ebook tu tp link yg tuan sediakan tkda kaitan dgn ebook tuan hnya ada iklan sahaja..blh tuan beri no contact tuan & email tuan utk kita berurusan mngenai ebook tu tuan..tq
ReplyDeleteSalam tuan..saya cuba utk bli ebook tu tp link yg tuan sediakan tkda kaitan dgn ebook tuan hnya ada iklan sahaja..blh tuan beri no contact tuan & email tuan utk kita berurusan mngenai ebook tu tuan..tq
ReplyDeleteMaaf, pihak penulis ebook telah tidak lagi menjual ebook tersebut. Saya bukan penulis ebook tersebut, saya cuma mengiklankan utk beliau.
Deletesalam...saya nak tanya..macam mana jika pekerja asing lari dari majikan setelah majikan membayar cos untuk bekerja di malaysia
ReplyDeleteDalam kes ini, majikan perlu membuat laporan polis dan seterusnya pergi ke immigresen untuk pembatalan permit. Pekerja tidak boleh lagi bekerja dgn mana-mana majikan.
DeleteTuan...mintak advice...kalau bibik pulang bercuti ke Indonesia tetapi kontrak kerja lupa diperbaharui...apakah yg saya patut buat sekarang?
ReplyDeletedikira sbg kena buat semula dari zero. Kena mcm ambil maid baru. masuk dgn calling visa
DeleteTuan..minta advice...kalau bibik dah balik bercuti ke Indonesia tanpa renewal on contract...macam mana ye.....
ReplyDeletedikira sbg kena buat semula dari zero. Kena mcm ambil maid baru. masuk dgn calling visa
DeleteMaid saya sudah bekerja 5 thn dengan saya dan ini adalah kali ke-2 dia nak balik kampung. Adakah saya still kena buat kontrak kerja utk maid saya tuh kerana ada agen pembantu rumah kata tak perlu nak buat kalau maid dah lama kerja dan dah ada permit yg sah sejak dari dulu. Mohon pencerahan. Tqvm
ReplyDeleteSalam Naja,
ReplyDeleteBerapa lama tempoh sah KTKLN ni? Guideline KBRI KL (http://kbrikualalumpur.org/download/naker/KTKLN-2012.pdf) kata 2 tahun. Tapi untuk kontrak kerja (http://www.kbrikualalumpur.org/download/naker/PRT.pdf) dia dah letak 1 tahun. Kalau boleh 2 tahun saya dan maid nak buat kontrak 2 tahun je terus. Terima kasih
ktkln mengikut apa yg saya tahu dah dihapuskan.
DeleteBila tuan pergi ke kbri?
Dulu masa ktkln masih berkuatkuasa, kontrak kerja memang 1 tahun sama seperti kontrak kerja Immigresen Malaysia. Cuma dulu, kalau maid tak balik kampung tak payah buat kontrak kerja dgn kbri, cuma renew je kontrak kerja dgn immigresen malaysia.
Salam semua,
ReplyDeleteAdakah kartu di Indonesia hanya boleh dibuat di tempat dia keluar ke Malaysia dahulu sahaja atau x kisah di mana2 tempat yang ada perkhidmatan membuat kartu ini. Contoh: Dulu maid saya keluar ke Malaysia melalui Samutera Utara tetapi kali ni nak keluar melalui Samutera Barat. MOhon pencerahan sesiapa yang boleh mambantu. Terima kasih.
Salam... Proses maid indo nak balik Indonesia utk cuti masih sama dgn apa yg ditulis disini?
ReplyDeleteSalam... Proses maid indo nak balik Indonesia utk cuti masih sama dgn apa yg ditulis disini?
ReplyDeleteprosesnya masih sama.
DeleteSalam..bagaimana maid nak dptkan kad KTKLN di indonesia ya?
ReplyDeletesila rujuk di sini.
Deletehttps://isupembanturumah.blogspot.my/2017/07/di-mana-memohon-e-ktkln.html
tq.