Tak dapat besar kecik pun jadi. Inilah perangai pembantu rumah yang tidak bersyukur dengan layanan majikan di Malaysia. Layanan baik yang diberikan dibalas dengan perbuatan jenayah terancang. Baru-baru ini dilaporkan seorang majikan yang kerugian kira-kira RM6000 akibat sikap pembantu rumah yang tidak jujur.
Lebih perit lagi kejadian yang menimpa majikan 2 kali dalam masa lima bulan. Dalam kes ini pembantu rumah yang tidak jujur tersebut telah melarikan tabung anak majikan bersamanya.
Dalam kejadian kedua pula seorang lagi pembantu rumah yang tidak jujur telah melarikan wang tunai dan barang kemas milik majikan.
Ikuti berita penuh yang dipetik dari Berita Harian 24/6/2013.
Shah Alam: Seorang eksekutif syarikat swasta kerugian kira-kira RM6,000 setelah ditipu dua pembantu rumah warga Indonesia dalam tempoh lima bulan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Liza, 32, mendakwa kejadian terbaru menimpanya pada 12 Jun lalu apabila pembantu rumah warga Indonesia yang baru 14 hari bekerja melarikan wang tunai dan barang kemas miliknya ketika dia keluar bekerja.
Kejadian pertama berlaku Februari lalu apabila pembantu rumahnya melarikan diri dengan mengambil tabung anaknya.
“Dua kejadian ini menyebabkan saya serik untuk mengambil pembantu rumah lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 20 di sini, kelmarin.
Liza berkata, dalam kejadian kedua, dia saya hanya mengetahui pembantu rumahnya melarikan diri selepas dihubungi guru tadika yang memaklumkan anaknya masih tidak dijemput walaupun sesi pembelajaran sudah lama tamat.
Kebiasaannya, pembantu rumahnya akan pergi ke tadika yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah untuk menjemput anaknya.
Dia yang curiga dengan perkara itu, segera pulang untuk mengambil anaknya dan terkejut sebaik tiba di rumah apabila melihat pintu utama terbuka.
___________________________________________________________
Mujur anak majikan tidak dilarikan dan ini sudah tentu lebih menggembirakan majikan. Wang RM6000 boleh dicari. Buat pembantu rumah yang tidak jujur tersebut ingatlah azab neraka itu maha hebat.
____________________________________________
Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.