Breaking

Tuesday

Kos Pembantu Rumah Asing Indonesia

Kini rakyat Malaysia akan menanggung beban kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia hampir sekali ganda lanjutan dari persetujuan kerajaan untuk menaikkan kos dari RM4511 kepada RM8000. Kos pembantu rumah asing Indonesia telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin di Kuala Lumpur pada 1/7/2013. Ini bertujuan untuk merungkaikan masalah pengambilan pembantu rumah asing Indonesia yang telah sekian lama bermula sejak pembekuan penghantaran pembantu rumah oleh pemerintah Indonesia.

Peningkatan kos tersebut adalah disebabkan peraturan baru yang mewajibkan latihan 200 jam pembantu rumah asing disamping kos-kos yang terlibat dalam dokumen perjalanan, makanan, penginapan, pengangkutan, pemeriksaan kesihatan serta bayaran caj perkhidmatan kepada agensi di Indonesia dan Malaysia.

Pihak Indonesia telah membandingkan dengan negara lain yang sanggup untuk membayar pada harga tinggi dan sudah tentu mereka boleh bersifat "demanding". Tetapi mereka juga harus faham tentang pendapatan seisi keluarga di negara-negara yang dibandingkan dengan Malaysia. Adakah negara-negara yang dibandingkan itu adalah Hong Kong, Singapura, Arab Saudi dan lain-lain? Itu semua negara-negara yang mempunyai pendapatan seisi keluarga yang tinggi.

Walaubagaimanapun, pihak kerajan Malaysia tidak bersetuju dengan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ke atas pembantu rumah asing Indonesia. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, "Gaji minimum kita tak ambil kira. Itu terserah kepada majikan untuk tentukan mengikut kadar pasaran.". (dipetik dari akhbar Kosmo bertarikh 2/7/2013).

Sedikit lega buat majikan kerana sekurang-kurangnya kita berhak menentukan gaji yang mampu kita bayar kepada pembantu rumah asing Indonesia. Setidak-tidaknya pembantu rumah asing yang beragama Islam tentu mahukan majikan yang beragama Islam agar tuntutan agama terpelihara dan ini membolehkan proses rundingan gaji dilakukan antara agensi, majikan Islam dan pekerja.

Harus diingat, keluarga Melayu tidak sanggup membayar gaji yang tinggi tetapi sekurang-kurangnya pembantu rumah asing yang beragama Islam akan merasa seolah-olah mereka bekerja di rumah saudara mereka sendiri. Dalam hal ini pembantu rumah asing Indonesia harus bijak memilih.

Seperkara lagi, dengan pelaksaan kos pengambilan pembantu rumah asing Indonesia yang terbaru ini, sudah tentu semua majikan akan menagih kualiti kerja yang tinggi dari pembantu rumah. Ini adalah resam dunia, apabila kita pergi ke kedai membeli barang pada harga yang tinggi sudah tentu kita menjangkakan barangan itu juga berkualiti tinggi. Kepada pihak agensi di luar sana samada dari Malaysia mahupun Indonesia, pastikan tenaga kerja yang dibawa masuk benar-benar terlatih dan tamat sepenuhnya 200 jam latihan yang dijanjikan. Majikan tidak bodoh dalam menilai kualiti pekerjanya.


Bagaimana kita dapat sahkan bahawa mereka telah menduduki latihan minima 200 jam?

____________________________________________

Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

 

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.