Breaking

Monday

Indonesia Henti Hantar Amah Menjelang 2017

Indonesia henti hantar amah menjelang 2017

Satu tamparan hebat buat semua majikan di Malaysia yang rata-ratanya menggaji amah Indonesia menjelang tahun 2017. Ini kerana pihak pemerintah Indonesia sedang merangka Pelan Pembantu Rumah 2017 yang antara lainnya menetapkan sasaran untuk menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara asing menjelang 2017.

Langkah itu adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran kerja bagi rakyat Indonesia agar imbuhan yang diterima oleh pembantu rumah Indonesia setimpal dengan bidang kerja mereka.

"Mengikut pelan itu, kami mensasarkan penghantaran pembantu rumah pada tahap sifar," kata Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar sambil menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang berat tetapi perlu diambil.

Pada ketika ini, Indonesia menghantar kira-kira 650,000 pekerja dalam sektor pembantu rumah ke negara asing.

Indonesia mahukan pembantu rumah bekerja menurut spesifikasi kerja yang jelas dan diperakui oleh negara yang memerlukan mereka.

Tambah Muhaimin Iskandar lagi, negara penerima perlu memperakui bahawa pembantu rumah Indonesia mempunyai hak-hak yang perlu dipenuhi seperti waktu kerja yang tetap, hak bercuti, memperoleh gaji mengikut standard minimum atau mendapat jaminan sosial seperti dalam sektor formal. Mereka hendaklah ditempatkan dalam pekerjaan khusus seperti tukang masak, pengemas rumah atau penjaga.

Jika hasrat Indonesia ini diteruskan, maka, sudah tiba masanya Malaysia merangka pelan pembantu rumah tempatan yang terlatih dan professional sebagai mengimbangi kemasukan pembantu rumah Indonesia yang mahukan gaji tinggi, kemudahan cuti dan waktu kerja yang tetap. Jika mereka mahukan hak-hak sedemikian, rasanya penduduk tempatan juga berminat untuk menceburi bidang kerja ini.

Yang menjadi masalahnya adakah penduduk tempatan yang berminat? Atau adakah majikan yang sanggup menggajikan penduduk tempatan sebagai pembantu rumah? Apakah pula risikonya? Ikuti cebisan artikel ringkas berkenaan pembantu rumah tempatan dengan klik di sini.


No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.