Serentak dengan tersebarnya berita-berita buruk mengenai kes-kes pembantu rumah warga asing yang mendera anak majikan, pihak majikan kini cenderung pula ingin mendapatkan pembantu rumah tempatan. Mungkin beberapa faktor harus difikirkan sebelum mengambil pembantu rumah yang tediri dari warga Malaysia.
Jika anda mempunyai pandangan yang berbeza silalah berikan komen.
Terkini : My Local Maid ada menawarkan perkhidmatan pembantu rumah tempatan.
- Soal Gaji - Berapakah gaji yang harus dibayar? Mampukah majikan membayar RM1200 sebulan sebagai gaji bulanan pembantu rumah tempatan dan mungkin terpaksa pula membayar bonus dan KWSP? Persoalan ini saya timbulkan kerana gaji pekerja di sektor perindustrian adalah sekitar RM1200 termasuk bayaran kerja lebih masa. Mereka juga mencarum ke KWSP sebagai simpanan hari tua. Adakah anda fikir mereka mahu menerima RM1000 sebulan dan tinggal bersama majikan tanpa mempunyai masa bersosial setiap hari? Mungkin kalau perkara ini ditanyakan kepada mereka, mereka akan menjawab
"lebih baik aku kerja kilang, dapat ramai kawan, boleh lepak-lepak lepas kerja, hari minggu boleh jalan-jalan"
- Soal Bersosial - Sanggupkah majikan membenarkan waktu bersosial mereka sebahagian dari kontrak? Saya pasti ini akan dituntut oleh mereka dengan alasan mereka ingin berjumpa saudara-mara yang tinggal di daerah yang sama. Jika dibenarkan apa pula impaknya? Mungkin mereka mula berkenalan dengan jejaka tampan penuh muslihat yang akan mendorong kepada perbuatan jenayah. Atau mungkin mereka menjadi lebih berani bercengkerama bersama jejaka yang baru dikenalinya di peraduan kita sewaktu kita sibuk di pejabat.
- Mudah Pulang Ke Kampung - Apa masalahnya? Masalahnya ialah jika berlaku sedikit sakit-pening ibubapa di kampung, mereka mungkin nak ambil cuti. Kalau ada kes lebih serius ke atas adik-beradik mereka, mereka mungkin nak ambil cuti. Hari Raya pun nak ambil cuti. Oleh yang demikian majikan terpaksa bersedia mengorbankan sebahagian dari cuti mereka untuk kes-kes sebegini. Untuk lebih serius lagi dan lebih memeningkan jika merajuk mungkin sebab dimarah sedikit oleh majikan, mereka mungkin balik ke kampung. Majikan tak perlu hantar, mereka tahu jalan pulang ke kampung, tambahan pula Malaysia mempunyai rangkaian pengangkutan yang baik.
Jika anda mempunyai pandangan yang berbeza silalah berikan komen.
Terkini : My Local Maid ada menawarkan perkhidmatan pembantu rumah tempatan.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.