Breaking

Tuesday

SKim Perlindungan Insurans Pembantu Rumah

Adalah amat perlu bagi seseorang pembantu rumah mempunyai insurans perlindungan peribadi di sepanjang tempoh bekerja di Malaysia. Ini adalah kerana kos rawatan hospital yang tinggi dan akan menjadi satu bebanan buat majikan.

Bagi sektor pembantu rumah, kos perlindungan insurans ini dibayar oleh majikan dan jika dilihat dari segi kos bayarannya ianya tidaklah begitu membebankan bermula dari RM50 setahun. Jadual yang ditunjukkan dibawah adalah plan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia.



Sebenarnya, ramai majikan di Malaysia yang tidak kisah langsung dengan kos-kos tambahan seperti skim perlindungan insurans pembantu rumah. Apa yang lebih merungsingkan majikan ialah kualiti yang ada pada diri pembantu rumah itu sendiri. Seringkali berlegar di fikiran mereka,
"Adakah selamat anak-anakku tinggal bersama pembantu rumahku di sepanjang tempoh aku berada di pejabat?"

Lebihan kos RM50 bukanlah satu masalah besar tambahan pula ianya juga melindungi kewangan majikan itu sendiri dengan tidak lagi perlu risau untuk bertanggungjawab ke atas pembantu rumah sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Setakat mana yang saya ketahui, premium terendah setakat ini adalah ditawarkan oleh Pos Malaysia. Saya bukanlah pakar insurans tetapi di luar sana ada banyak syarikat yang menawarkan produk yang sama tetapi premium berbeza. Macam biasalah, lebih tinggi premium, lebih tinggi perlindungannya. Dalam kes perlindungan insurans pembantu rumah, rasanya tidak perlulah kita memilih plan perlindungan yang tinggi.
____________________________________________
Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.