Breaking

Monday

Pembantu Rumah Seksi

Wah! Nak baca pun seram. Bukannya apa takut jiran-jiran, kawan-kawan, posmen, pembaca bil letrik dan air, termasuklah majikan tak senang duduk dibuatnya.

Elakkan dari masalah dari mula. Kalau dah memang tengok biodata pun macam nak kerja di pusat-pusat hiburan, baik jangan pandang kali kedua. Takut nanti pandang kali kedua, terus hulur deposit kat ejen dan kata "aku nak yang ini". Aduh berat punya kes ni.

Sebagai berkongsi maklumat sahaja dan mungkin semua pun dah tahu caranya. Nak mengenalpasti pembantu rumah seksi adalah dengan melihat rambut samada rambut diwarnakan. Yelah kalau pakai tudung memang tak boleh check.
Pembantu rumah seksi juga kebiasaannya akan lebih bergaya dari segi ketrampilan. Lihat mukanya dan fokuskan pada kening, adakah kening dicukur? Kening majikan pun belum tentu bercukur, ini dia pulak yang lebih-lebih.
Dan akhir sekali lihat cara pemakaian samada seluar dan baju dari jenis ketat tersendat.

Memang sukar menilai kalau ejen-ejen di Indonesia cuba menutup ketrampilan pembantu rumah seksi bagi mengaburi pihak bakal majikan. Apapun kita hanya boleh berusaha untuk mendapatkan yang terbaik berdasarkan fakta yang ada.

Pernah juga saya mendapat pembantu rumah yang mempunyai gaya rambut yang melebihi gaya rambut isteri saya sendiri. Selidik punya selidik rupanya dia dulu di kampung menjalankan bisnes salun rambut. Setelah bisnes tidak menjadi, dia beralih angin mencuba nasib sebagai pembantu rumah. Setelah satu hari bekerja dia mengatakan tidak mahu bekerja lagi dengan saya.

Hah!!! Pening aku dibuatnya...

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.