Breaking

Wednesday

Negara Sumber Pembantu Rumah Tangga Asing

Pada ketika ini pembantu rumah tangga asing yang dibenarkan dibawa masuk adalah dari Indonesia, Thailand, Filipina, Sri Lanka, India, Vietnam dan Laos. Pembantu rumah asing dari Kemboja telah dibekukan pengambilannya bermula Jan 2012.

Jika dilihat dari bilangan kemasukan sudah tentu pembantu rumah tangga Indonesia dilihat sebagai yang teramai memandangkan kadar gaji mereka antara yang terendah. Kebetulan pula mereka mempunyai budaya yang hampir serupa dengan budaya masyarakat Malaysia dan ini memudahkan pembantu rumah Indonesia menyesuaikan diri dengan suasana masyarakat Malaysia.

Di kalangan majikan Melayu pula, mereka lebih cenderung memilih pembantu rumah Indonesia kerana kebanyakan mereka beragama Islam. Setidak-tidaknya sewaktu majikan keluar bekerja, pembantu rumah boleh sedikit-sebanyak mengajar hal-hal berkaitan agama seperti mengaji peringkat asas Iqra'.

Jarang sekali terdengar majikan Melayu memilih pembantu rumah Filipina kerana mereka beragama Kristian dan terpaksa membenarkan mereka keluar ke gereja pada setiap pagi Ahad. Terdapat juga kejadian dimana mereka keluar menjalin hubungan dengan lelaki di hujung minggu dan seterusnya perkara ini merebak hingga ke rumah majikan. Bahaya! Tinggi risikonya.


No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.