Memperbaharui permit pembantu rumah tidaklah sesusah manapun. Jika ianya dilakukan sendiri oleh majikan dapatlah jimat paling kurang RM100. Jika tidak silap saya, anda boleh melantik ejen pembantu rumah untuk melakukannya dengan bayaran RM100.
Anda perlu membawa passport pembantu rumah dan siapkan bank draft atau money order atau postal order ataupun bayar dulu melalui cimbclicks. Jangan pula lupa print transaction cimbclicks sebagai bukti pembayaran.
Jika anda ingin melakukan pembayaran melalui cimbclicks, apa yang anda perlu buat setelah login ialah memilih "Pay" => "Bills". Kemudian pilih "FOMEMA Registration" seperti didalam gambar di atas dan pilih juga Biller sebagai "FOMEMA SDN BHD". Setelah itu anda dikehendaki memasukkan maklumat pembantu rumah.
Apa yang berlaku kepada saya hari itu ialah ingatkan boleh bayar dengan cash lalu pening sekejap dan nasib baik staf FOMEMA mencadangkan pergi ke syarikat pekerja asing yang terletak betul-betul berhadapan dengan pejabat FOMEMA (cawangan Solaris Dutamas). Bijak mengambil peluang, itulah gambaran yang saya dapat simpulkan pada syarikat pekerja asing tersebut. Rupanya mereka beli bank draf dengan banyak dan menjualnya kepada orang seperti saya. Tapi kira OKlah sebab mereka cuma ambil extra RM10 sahaja menjadikan kos bank draft sebanyak RM200.
Kalau sesiapa yang masih belum tahu FOMEMA Pusat Bandar Damansara telah pun berpindah ke :
D4-3A-8, No.1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.
Tel: (03)6205-4111
Fax: (03)6207-8570
Kemudian isi borang FOMEMA dan pilih klinik. Boleh download borang disini. Percuma aje! Jangan silap ye, borang aje percuma, kos RM190 tetap kena. Selalunya saya pilih klinik yang sama yang boleh buat check-up dan X-Ray. Tapi nasib-nasibla, ada juga masanya kuota penuh maka terpaksalah pergi ke klinik yang berbeza. Bagus juga sistem kuota yang dipraktikkan demi menjamin keseimbangan keuntungan setiap klinik.
Malam sebelum check-up, saya minta pembantu rumah minum banyak air dan jangan sarapan pagi esoknya. Ini bertujuan untuk mendapatkan bacaan urine yang baik dan begitu juga ukuran darah. Ini teori sayalah, jangan ikut sangat teori ini. Satu lagi saya berpesan pada pembantu rumah, masa ambil air kencing di klinik, pastikan lepaskan dulu kumpulan air kencing yang pertama dan ambil kumpulan air kencing peringkat pertengahan. Satu lagi teori saya yang tak pasti sejauh mana keberkesanannya. Bukan apa takut yang peringkat permulaan tu pekat sikit nanti nampak macam kencing kotor pulak.
Selepas itu pergi tangkap gambar X-Ray dan urusan pun selesai.
Hari buat check-up hari Sabtu dan ini dah masuk hari Rabu tapi keputusan masih belum keluar. Kalau tak silap maksimum 10 hari untuk mendapatkan keputusan tersebut.
Selepas lulus FOMEMA barulah korek poket lagi dan bawak RM495 ke Imigresen untuk permit pembantu rumah setahun. Aduh!!!! keluar duit lagi.
Perlu ke semak status FOMEMA setiap hari?
____________________________________________
Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

Terima kasih banyak dengan info ini..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan saya telah perbaharui permit pekerja saya dengan mudah,.
ReplyDeleteAdakalanya kita menyangkakan proses itu rumit tetapi sebenarnya tidak. Apa yang "merumitkan" ialah mencari masa untuk melakukannya. Kalau ejen yang uruskan kita goyang kaki aje tapi pengalaman menguruskan sendiri tidak ternilai harganya.
ReplyDeletenak tanya, nak renew permit ni perlukan insuran ke?
ReplyDeleterenew permit tak perlu insurans. Cuma jika maid tiada kad KTKLN dan ingin pulang bercuti, maka, perlu insurans. Penjelasan lanjut di http://isupembanturumah.blogspot.com/2013/07/prosidur-pembantu-rumah-pulang-bercuti.html
ReplyDeleteSy baru perasan permit maid nk tamat lg 5 hari, tau x mcm mane prosedur utk apply special pass.? Utk sambung permit ni dokumen ape lg yg perlu selain fotostet passport pmbantu?
ReplyDeletepergi aje ke immigresen dan terus-terang aje tentang masaalah tuan. rasanya kena denda sikit sebab overstay. Dulu saya kena rm50 seminggu kot, tak brape sure la.
Deletedokumen diperlukan sepertimana dalam posting saya yang terdahulu.
saya daftar maid kat Shah Alam Imigresen.. setelah fomema lulus boleh ke saya dapatkan pelekat Permit kat imigresen putrajaya?
ReplyDeletemaaf tak dpt bantu. Rasanya takde masaalah di zaman IT ini. Tekan "SAVE" kat satu tempat, tempat lain dah dapat proses dah
DeleteMajikan yg telah gagal renew permit pembantu dia .bolehkah pembantu tukar majikan
ReplyDeletetak boleh. tukar majikan waktu permit masih hidup. tak renew lapor kepada kbri untuk bantuan urusan pulang ke negara asal.
ReplyDeletesalam mcm mana nak extend visa- ada makcik indon jaga anak2 saya. visa nak habis dan dia kawin dgn org tempatan. masuk visa sebulan. kat mana nak extend? berapa kos? tqvm
ReplyDeleteada kes pembaca blog saya buat rayuan pada immigration utk extend. Alasan kena solid. Ada kos tapi maaf saya tak tahu.
DeleteMaid baru tamat tempoh visa setahun.agen offer utk renewkan nanti.macam mana ye.lebih baik renew dulu or lepas ambik than renew.kena kompaun ke kami nanti..2015 visa tamat coz majikan lama x renew
ReplyDeletemmg kena kompaun sbb overstay. Lagi lama lagi banyak. Ikut bil hari orverstay. ni kes renew tapi majikan masih majikan lama ke? Kurang jelas maksud kes puan.
DeleteSaya nak tanya..ada saya pembantu rumah ni nak bekerja dengan saya tp permit dia dengan majikan lama. Tapi majikan dia da x nak die untuk bekerja sbb anak da besar. Kalau saya nak amek macam mne dengan permit die. Kalau nak renew macam mana?
ReplyDelete