Breaking

Wednesday

Semak Status FOMEMA Setiap Hari

Perlu ke semak setiap hari? Itu tepuk dada tanya selera. Maksudnya fikirkan sendiri samada korang sanggup nak buat ke tidak, kalau tak setiap hari, mungkin 2 hari sekali ke, atau 3 hari sekali, atau tak semak langsung, tunggu sampai hari ke-10.

Tahukah anda bahawa FOMEMA akan mengeluarkan hasil pemeriksaan dalam masa 10 hari bekerja.

OK, ini kisah benar yang terjadi pada aku. Pergi hantar pembantu rumah untuk buat check-up pada Sabtu 8/6/2013 maknanya paling lewat aku akan tahu keputusannya pada 21/6/2013. OK, mari kita lihat apa yang berlaku.

Pada 17/6/2013 pihak klinik telefon aku minta pembantu rumah datang ke klinik ambil darah lagi. Eh...eh...bukan ke hari tu dah ambil. Dia kata mungkin sampel darah tak cukup. Jadi, taknak banyak kerenah, aku pun bawak pembantu rumah untuk diambil darah sekali lagi.

Selang 2 hari (19/6/2013) status masih "Lab outstanding" sepertimana yang dipaparkan oleh laman web FOMEMA. Aku pun terus call klinik dan jawapan macam gini, "Encik tinggalkan no phone, nanti saya call balik, kita kena check dengan lab". Aku pun tinggalkanlah nombor telefon, tapi sampai ke sudah, hampeh tak call pun. Adatla manusia semua nak lepas tangan.

Keesokannya (20/6/203) sebelah pagi, status masih outstanding. Aku call lagi klinik dan mereka kata akan update aku sebentar lagi. Dalam nada suara yang sedikit tinggi aku katakan yang aku mahu klinik selesaikan masalah ini sebelum tempoh 10 hari bekerja berakhir. Aku mahu 10 hari bekerja dikira dari hari pertama pengambilan darah (8/6/2013) BUKANNYA bermula dari hari pengambilan darah kali kedua (17/6/2013).

Sekitar jam 3pm, klinik call aku mengatakan semua dah selesai. Aku check kat dalam laman Web FOMEMA, result masih "Lab outstanding". Aku call sekali lagi klinik, mereka kata mereka nampak result dah pun LULUS. Aku tanya lebih detail tentang sistem apa yang mereka guna barulah jelas bahawa ada sedikit tempoh tertunda untuk keputusan di laman Web FOMEMA; sistem yang mereka gunakan adalah sistem live. Daripada sistem itu nanti hasil pemeriksaan FOMEMA akan dikemaskinikan di sistem keputusan online FOMEMA.

Jadi nampak tak betapa pentingnya follow-up action. Ada pihak yang tak pandang serius pun akan sesetengah tugas yang mereka harus lakukan. Kalau aku tak gegar klinik mungkin aku takkan dapat result dalam masa 10 hari bekerja.

Apalagi bila FOMEMA dah clear, aku pun bergegas ke Immigresen Putrajaya untuk mendapatkan sticker permit. Terbangla RM495 untuk 1 tahun permit. Tak ramai orang di Immigresen Putrajaya, itu yang aku suka berurusan di sana sejak dari tahun 2004 lagi bagi ke semua pembantu rumah aku.

Next step, tempah tiket kapalterbang.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.