Breaking

Tuesday

Kes Penderaan Bayi - Dilambung Seperti Anak Patung

Kes Penderaan Bayi - Dilambung Seperti Anak Patung

Kisah Pembantu Rumah kali dikejutkan dengan kejadian yang berlaku ke atas sepasang suami-isteri yang baru sahaja mengambil seorang pembantu rumah Indonesia berumur 25 tahun. Apa yang memeranjatkan ialah pembantu rumah tersebut baru sahaja sehari bekerja dengan majikan malang itu dan terus terlibat dengan kes penderaan bayi.

Apakah perasaan pembantu rumah Indonesia tersebut yang bertindak seperti orang gila dengan melambung bayi yang berusia 4 bulan tersebut dan membiarkan dia terhempas ke atas tilam nipis. Sudah tentulah perbuatan itu memudaratkan bagi bayi sekecil itu.
Jika dilihat dari segi perbuatan pembantu rumah Indonesia itu, ianya jelas memaparkan ketidaksiuman beliau. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Kita tidak boleh meletakkan 100% kesalahan kepada pembantu rumah Indonesia tersebut kerana mungkin beliau mempunyai sejarah masalah mental.
Tindakan majikan yang memasang kamera litar tertutup sememangnya satu tindakan yang bijak untuk menghindarkan kes penderaan bayi. Kepada mana-mana majikan yang memasang kamera litar tertutup dinasihatkan mengamalkan prinsip kejujuran, janganlah pula dalam kita cuba memantau pergerakan pembantu rumah, kita terpengaruh pula merakam cara mereka berpakaian sewaktu ketiadaan kita dirumah.

Sebenarnya agak sukar untuk kita memilih pembantu rumah yang benar-benar ikhlas ingin mencari rezeki di Malaysia. Banyak kejadian buruk yang berlaku sebelum ini yang dipaparkan di dalam media masa namun atas tuntutan keperluan, bagi setiap pasangan suami-isteri yang bekerja sudah tentulah mereka amat-amat memerlukan seorang pembantu rumah bagi melicinkan urusan harian mereka.

Pada ketika artikel ini ditulis, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas pembantu rumah tersebut setelah beliau mengaku bersalah atas kes penderaan bayi yang disabitkan ke atas beliau. Tidak dapat dipastikan pula samada ujian perubatan telah dilakukan ke atas beliau. Kebiasaannya jika seseorang melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan undang-undang dalam keadaan tidak siuman, hukuman akan diringankan.
 
Akan saya kongsikan pengalaman dan pendapat saya dalam memilih calon pembantu rumah yang sesuai didalam post yang akan datang.


No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.