Breaking

Wednesday

Ejen Bebas Yang Bersemangat Tinggi Melangsaikan Hutang

Ejen Bebas Yang Bersemangat Tinggi Melangsaikan Hutang

Saya pernah berurusan dengan seorang ejen bebas dari selatan tanahair dan beliau berhutang dengan saya sebanyak RM6000. Pembantu rumah yang diberi hanya bekerja 2 hari dengan saya dan minta dihantar pulang kepada ejen. Alamak!!!! Pening kepala saya, dahla saya ambil sendiri pembantu rumah ni dari rumah ejen di Johor Bahru. Jauh tu KL dengan JB. Saya sejujurnya mengagumi ejen ini, walaupun dibebani hutang dengan clientnya sebanyak RM138 RIBU (Satu Ratus Tiga Puluh Lapan Ribu Ringgit), beliau bangkit semula membayar secara beransur-ansur hutang-piutang beliau. Beliau benar-benar berusaha untuk membayar balik wang tersebut tanpa mengharapkan wang dari ejen-ejen Indon yang telah menipu beliau. Inilah konsep berniaga yang betul. Beliau telahpun melangsaikan hutang saya walaupun mengambil masa selama 2 tahun. Beliau memilih bayaran ansuran pada tempoh-tempoh tertentu dan saya menerimanya dengan hati terbuka. Pada beliau mungkin perkara hutang tidak boleh dibuat main-main dan perlu bertanggungjawab pada setiap clientnya. Bak kata pepatah "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" ataupun "biar lambat, asal selamat".

Berikut adalah petikan email yang diterima dari beliau sewaktu mengumumkan ketidakupayaan beliau dalam menjelaskan hutang dan apakah perancangan beliau untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut. Amat sedih juga membaca email beliau.

_________________________________________________________ 
Salam semua,
saya ingin memohon maaf kepada semua majikan yang menunggu untuk maids, duit refund deposit, maids replacement dan juga refund maids replacement. saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak lagi buat business pembantu rumah kerana saya tidak dapat hubungi agen indon yang supply maids kat saya selama dua minggu ni n saya rasa saya juga dah kena tipu dengan mereka. saya juga mohon maaf kerana tidak dapat pulangkan duit dengan kadar segera kerana saya juga sudah tidak mempunyai kewangan lain dan saya tiada pilihan lain untuk terpaksa jual umah saya dan pernigaan gym saya untuk selesaikan duit majikan berjumlah RM138k..seramai 36 majikan semuanya...

saya skrg sudah tidak mempunyai income lain sbb ada juga majikan yang saya dah bayar balik total RM76k...saya juga skrg terpaksa cari kerja semula untuk tampung keluarga saya..... 
saya harap majikan semua dapat memahami keadaan saya...jika anda terpaksa mengambil tindakan undang-undang then saya tak boleh halang sbb saya dah takde pilihan lain...tapi saya harap anda pertimbangkan sbb saya juga ada family n anak untuk ditanggung....dan saya juga akan menyelesaikan hutang secepat mungkin apabila rumah saya dah dijual...so saya amat harap pertimbangan anda akan kesulitan yang saya hadapi... 
saya juga akan belepas ke Dubai (dengan bantuan kawan saya di duabi) sebaik sahaja rumah saya dijual untuk terpaksa bekerja disana bagi mendapatkan income yang lebih tinggi untuk byr balik mana majikan yang saya boleh bayar dengan gaji saya disana jika jualan umah saya tak dapat selesaikan juga semua hutang...tiada pilihan saya terpaksa tinggalkan family saya untuk 2-3 tahun bagi selesaikan hutang ni...
________________________________________________________________
Bagaimana perasaan anda apabila menerima email sebegitu. Saya kagum, memang kagum melihat perancangan beliau dalam melunaskan hutang. Saya percaya kehidupan beliau kini bertambah baik dan saya doakan agar kemurahan dan keberkatan rezeki dilimpahkan ke atas beliau.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.