Breaking

Wednesday

Dilema Majikan Menuntut Hutang

Dilema Majikan Menuntut Hutang

Ikuti cebisan dari seorang majikan yang menuntut hutang yang terpendam sekian lama dan jawapan yang diberikan oleh ejen bebas. Dalam tempoh 2008-2012 telah banyak sms peringatan untuk menuntut wang dihantar kepada ejen namun tiada satu pun yang berbalas. Hanya pada bulan Disember 2012, penuntut membuat satu panggilan telefon lalu dijawab oleh ejen. Mungkin kerana beliau menukar telefon baru dan nama penuntut tiada didalam phone book telefon tersebut. Agaknyalah...


Me (20/12/2012 12:36PM) : Saya majikan maid Khadijah yg lari. Dia lari tahun 2008 maknanya sudah 4 tahun saya menunggu. Puan masih berhutang dgn saya sebanyak rm2000. Sebentar tadi kita bercakap dan puan akan membayar pada jan2013. Saya pegang pada janji. 

ZMZ (20/12/2012 12:41PM) : insyaAllah
 
Me
(22/01/2013 11:15AM) : Assalamualaikum, bagaimana bayaran rm2000 yg puan janjikan pada bulan Jan2013 sebagai melunaskan hutang atas maid khadijah yg lari pada tahun 2008.
 
ZMZ
(29/01/2013 05:53PM) : Sorry i dlm kelas
 
Me
(03/02/2013 02:30PM): Assalamualaikum, bagaimana bayaran rm2000 yg puan janjikan pada bulan Jan2013 sebagai melunaskan hutang atas maid khadijah yg lari pada tahun 2008. Puan terlalu kerap berjanji tetapi tidak menepati janji. Sila call saya.
 
Me
(05/02/2013 11:22AM) : Assalamualaikum, bagaimana bayaran rm2000 yg puan janjikan pada bulan Jan2013 sebagai melunaskan hutang atas maid khadijah yg lari pada tahun 2008.
 
Me
(05/02/2013 11:23AM) : Assalamualaikum, bagaimana bayaran rm2000 yg puan janjikan pada bulan Jan2013 sebagai melunaskan hutang atas maid khadijah yg lari pada tahun 2008.
 
Me
(05/02/2013 05:53PM) : Alhamdulillah puan sekarang pun telah bertudung. Jika diteliti susun atur hidup puan dari penceritaan facebook itu sendiri menggambarkan puan bukanlah seseorang yg menghadapi masalah kewangan. Atau mungkin puan memang tidak rasa bersalah apabila berhutang dengan seseorang lalu melupakannya begitu sahaja.
 
ZMZ
(05/02/2013 05:55PM) : Saya juga ditipu oleh agent indon sebanyak rm40k
 
Me
(05/02/2013 06:02PM) : Saya tidak pernah berurusan dgn ejen indon. Saya hanya berurusan dgn ejen ZXXXXXXX MXXX ZXXX. Kita harus menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap bisnes kita sendiri. Jgn meletakkan tanggungjawab itu pada pihak ketiga. Mungkin saya perlu berjumpa puan di pejabat sxxxxxxxxxxxd dxxxxn sxxxxxxn berkenaan hutang yg telah tertangguh sekian lama.
 
ZMZ
(05/02/2013 06:15PM) : Betul tapi jwapan kpd en td...saya dah bertahun tgh menuntut dr agent saya di indonesia...dpt dr dia..saya pastila bayar kpd encik
 
Me
(05/02/2013 06:21PM) : Puan masih tidak faham maksud berurusniaga sebenarnya. Saya tidak pernah berurusan dgn ejen indon. Lagipun puan sebenarnya tidak pernah berusaha membayar balik hutang. Malahan gagal menjawab telefon saya sejak sekian lama. Tak apalah, akan saya jelaskan kepada puan maksud berurusniaga apabila kita berjumpa nanti.

Me
(05/02/2013 06:22PM) : Elok juga kalau suami puan juga ada sama semoga perkara ini dpt diselesaikan dgn segera.
 
ZMZ
(05/02/2013 06:25PM) : Saya tak selalu di kedai...suami saya lagi la tak ada...saya bukan cakap tak akan bayar..cuma saya tgh menunggu bayaran jugak.......kalau saya ni btl niat x nak tanggungjawab terus..dah lama saya tukar no telefon...saya pun dah lama x buat indon ni psl mslh...cuma mntak tlg bg saya waktu utk selesaikan mslh saya dgn diaorg dulu...lps tu saya pasti settle dgn encik..
 
Me
(05/02/2013 06:45PM) : Puan terlalu beralasan. Puan tidak pernah berusaha menjejak client2 puan yg masih menunggu bayaran refund dari puan. Jika nombor telefon saya hilang dari simpanan puan, puan masih boleh merujuk kpd email. Sebab itulah bila saya menelefon puan pada Dec2012 yg lalu, puan beralasan nombor saya telah hilang. Sepatutnya rekod pemiutang mestilah disimpan dgn baik. Jadi puan rasa tindakan puan yg masih menunggu ejen indon membayar balik duit puan dan kemudian baru membayar hutang client puan itu BETUL??? Sampai BILA? bagaimana jika mereka TIDAK MEMBAYAR? Eloklah puan bertanya dgn ibubapa puan adakah tindakan puan itu BETUL? Kalau ibubapa puan kata betul, pergilah tanya ustaz pula. Jika ustaz kata BETUL, then saya terpaksalah menunggu.
 
ZMZ
(05/02/2013 06:49PM) : Psl isu no tel ada tu....en salah faham..semua nama majikan,nama maid dan contact number majikan mmg saya simpan dlm senarai buku simpanan saya..cuma semasa encik call x keluar nama di hp sbb tidak save di hp sahaja...jgn ingat saya x boleh trace pulak..saya mmg simpan semua details...cuma saya pun terduduk dulu disebabkan agent indon ni..sekarang dah hampir dlm proses saya nak dptkan balik hak saya...saya kena bg balik kpd semua majikan...
 
Me
(05/02/2013 07:04PM) : Pelik jugak ye bila saya menghantar beberapa sms sejak tahun 2009 hingga 2012, hanya bila Dec2012 apabila nama saya tiada dlm phone book puan, barulah puan mengangkat telefon. Ini jelas bermakna puan mengabaikan bekas2 client puan. Berkemungkinan puan membuat tag nama di phone book. Cthnya, bilamana "XXXXX MAID KHADIJAH LARI" puan abaikan saja incoming call or sms. Ini biasa terjadi sebab saya juga menapis call tertentu. Puan, nasihat saya, eloklah puan dptkan pandangan ibubapa dan ustaz dlm perkara ini. SAYA TIDAK PERNAH BERURUSAN DGN EJEN INDON.
 
ZMZ
(05/02/2013 08:10PM) : Psl jwb phone...rasanya en pun pernah x jwb phone d ketika kita tak boleh jwb phone...mungkin waktu tidak sesuai..apa pun inshaAllah saya usahakan secepat munkin
 
Me
(05/02/2013 08:26PM) : Jgnlah banyak beralasan puan, kalau saya telefon/call dalam 10 kali, takkan la sekali pun tak boleh call. Contoh yg terbaik ialah dalam seminggu dua ni rasanya dah banyak kali saya call/sms tapi baru petang tadi puan balas sms saya. Takpe la kita boleh bercakap lebih panjang lebar lagi di pejabat puan.

Pengajaran dari kisah ini ialah seboleh-bolehnya elakkan dari berurusan dengan ejen bebas kerana kita mungkin akan mengalami kesukaran untuk menuntut hak kita di kemudian hari. Dalam kes di atas, pembantu rumah lari dalam tempoh 3 bulan pertama (dalam tempoh jaminan penggantian) dan pihak ejen gagal memberikan pembantu rumah gantian. Setelah menunggu agak lama, majikan meminta wang dikembalikan dan ejen bersetuju namun sehingga artikel ini ditulis, majikan masih menunggu buah yang tidak diketahui bila akan gugur.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.