Perlukah Beg Pembantu Rumah Diperiksa
Adakah perlu anda sebagai majikan memeriksa beg pembantu rumah sewaktu mereka mula menjejakkan kaki ke rumah anda. Jawapannya ialah perlu. Pernah terjadi kepada saya dimana pembantu rumah membawa cebisan ayat yang ditulis dalam bahasa jawa. Apabila saya bertanyakan kepada pembantu rumah, beliau mengatakan itu hanyalah ayat yang sering digunakan untuk memperolehi kesejahteraan dan keselamatan apabila berada di perantauan. Sambil berkata, cebisan ayat itu diberikan oleh suaminya. Saya terus mengambil cebisan kertas yang mengandungi ayat tersebut lalu membuangnya.Selain itu kita harus memberikan tumpuan sekiranya terdapat senjata tajam tidak kira besar atau kecil. Tapi kalau mereka datang dengan kapalterbang, kemungkinan untuk menjumpai senjata adalah mustahil. Periksa juga samada mereka membawa telefon bimbit. Terpulanglah kepada anda samaada untuk menyimpan telefon bimbit mereka disepanjang tempoh perkhidmatan mereka atau membenarkan mereka menyimpannya. Saya akan kongsikan pendapat saya mengenai penggunaan telefon bimbit peribadi didalam post-post yang akan datang.
Adakah perlu anda sebagai majikan memeriksa beg pembantu rumah sewaktu mereka mula meninggalkan rumah anda. Maksud ayat ini ialah, mereka telah tamat tempoh perkhidmatan dan pulang terus ke Indonesia. Tepuk dada tanyalah selera. Susah jika kita ingin perkatakan perkara ini. Rasa tak sampai hati pun ada untuk bertindak memeriksa beg pembantu rumah yang akan pulang ke kampung. Sudah tentu terdetik di hati mereka bahawa majikan mereka selama ini tidak mempercayai mereka. Adalah lebih baik untuk majikan memeriksa ke semua barang berharga seperti barang kemas, telefon bimbit, peralatan komputer atau apa jua barangan kecil yang berharga, masih ada dan terletak di tempat mana ia sepatutnya berada. Tidak terkecuali wang anda. Jika ini dapat dipastikan, maka tidak perlulah kita memeriksa beg pembantu rumah yang akan bergerak ke lapangan terbang atau terminal feri. Mungkin wang agak sukar dikenalpasti samada mereka ada mencuri ataupun tidak. Sekiranya mereka mencuri dalam jumlah yang kecil tetapi secara kerap, kita mungkin tidak perasan wang kita telah dicuri. Jadi, berhati-hatilah ataupun pasang perangkap kecil untuk mengenalpasti sejauh mana kejujuran pembantu rumah. Letakkan wang merata-rata (dalam jumlah kecil) dan pastikan anda rekodkan jumlah dan nombor siri. Sekiranya sebahagian wang telah hilang, maka, periksalah almari pembantu rumah. Tapi bagaimana?
Ini yang saya lakukan, minta isteri pergi ke hypermarket dengan membawa pembantu rumah sekali manakala anda di rumah berperanan sebagai CSI memeriksa almari mereka. Senang bukan?
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.