Breaking

Tuesday

Kelebihan Dan Keburukan Mengambil Pembantu Rumah Yang Tiada Permit

Kelebihan Dan Keburukan Mengambil Pembantu Rumah Yang Tiada Permit

Apa yang saya nampak, hanya 1 sahaja kelebihan jika kita mengambil pembantu rumah yang tiada permit. Kurang kos, jimat wang, murah. Apa ini semua? Bukankah itu semuanya sama. Betul, semuanya sama untuk menekankan dengan sejelas-jelasnya bahawa pembantu rumah tanpa permit adalah amat murah kerana tiada kos yuran pengambilan yang dipikul oleh majikan. Satu lagi, mungkin majikan tidak perlu menyediakan tambang pulang setelah tamat "kontrak" bekerja.

bahaya mengambil risiko
Ingin Ambil Risiko?

Mari kita lihat pula apakah keburukan-keburukan yang mungkin dihadapi oleh majikan jika mengambil pembantu rumah tanpa yang tiada permit.
  • tiada ikatan kontrak antara pembantu rumah dan majikan. Ini memudahkan mereka meminta kenaikan gaji sesuka hati.
  • mereka berhak untuk memberitahu bahawa mereka tidak lagi mahu bekerja bermula pada ESOK HARI!!! Apakan tidaknya, tiada kontrak, tiadalah jaminan daripada mereka.
  • pembantu rumah yang tidak berperikemanusiaan tidak akan teragak-agak lari meninggalkan rumah majikan dengan membiarkan anak-anak majikan didalam rumah bersendirian. Bayangkanlah jika majikan mempunyai anak kecil dalam lingkungan 0-6 tahun. Sedangkan pembantu rumah yang mempunyai permit juga sanggup melakukan tindakan drastik ini, inikan pula pembantu rumah yang tiada permit.   
  • Untuk lebih ekstrim lagi, bayangkan pula jika pembantu rumah anda meninggal dunia. Apa agaknya yang akan anda katakan sewaktu melaporkan kematiannya. Bagaimana pendatang tanpa izin berada didalam rumah anda? Anda mungkin jawab "...dia menziarahi kami sekeluarga." Pihak polis mungkin bertanya "Ohh...kalau begitu apa perhubungan encik dengan si mati sehinggakan si mati datang menziarahi encik". Kebiasaannya orang yang membuat kesalahan tidak akan mampu berselindung dari kesalahan. Pihak polis yang berpengalaman boleh mengesyaki susun-kata anda tidak selancar jawapan yang diberikan oleh orang yang tidak menyembunyikan sesuatu. Perkara ini mungkin termasuk dalam kes terpencil, tapi, jika terjadi kepada anda, menggelabah juga dibuatnya.
Kesimpulannya, lebih banyak buruk daripada baik. Janganlah kerana wang, kita mengabaikan faktor keselamatan. Memanglah, jika kita mengambil pembantu rumah yang mempunyai permit juga bukan jaminan mereka tidak akan lari TETAPI setidak-tidaknya itu merumitkan mereka untuk lari.
____________________________________________
Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.
 

5 comments:

  1. hai
    saya ingin bertanya ,saya terjumpa seorang pembantu rumah yang telah lari dari majikannya , apa yang perlu saya lakukan , passport telah dipegang oleh majikan , dan mengikut cerita pembantu rumah terbabit , sejak dia berada dengan majikan , majikan tidak pernah membuat permit untuk dia , apa yang harus saya lakukan ,menurut cerita dia sudah berada di malaysia selama 5 bulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlepas pandang pula saya pada komen ini. Ini komen saya. Maid perlu menghubungi kedutaan Indonesia utk bantuan selanjutnya.

      Delete
  2. hai
    saya ingi bertanya pada suatu hari saya telah berjumpa dengan pembantu rumah yang tealah lari da ripada majikannya,hal ini disebabkan olehpenderaan terhadap pembantu rumah tersebut,,menurut cerita beliau telah di dera sehingga menyebabkan kecederaan yang mat teruk,,oleh itu saya ingin bertanya adakah salh untuk pembantu rumah itu lari walaupun telah berkali kali dirayu untuk kembali kepada majikannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. melarikan diri dari majikan yg mendera secara fizikal dan mental memang wajar TETAPI main perlu lari ke mana-mana balai polis yang berdekatan utk membuat laporan polis. Itu jalan terbaik yg dpt saya simpulkan. Dan juga maid perlu menghubungi pejabat kedutaan Indonesia.

      Delete
  3. Salam..bagaimana dengan maid yg passport masih valid, tp visa dah mati...cara utk buat permit bagaimana?

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.