Breaking

Tuesday

JP Visa Dimansuhkan

JP Visa Dimansuhkan Berkuatkuasa 1 Oktober 2013

Begitulah yang diputuskan oleh Imigresen Malaysia untuk tidak mengeluarkan Journey Performed Visa bermula dari 1/10/2013. Sudah tentu ini amat menyedihkan kepada majikan yang kini terpaksa berdepan dengan agensi pembantu rumah yang mengenakan caj yang tinggi.
Tambahan pula, majikan tidak lagi berpeluang untuk menilai kesesuaian pembantu rumah selama sebulan sebelum memutuskan untuk mengambil mereka secara kontrak. Sebelum ini, bakal-bakal maid akan berkerja selama sebulan sebelum tamat tempoh visa pelancong dan ujian kesesuaian akan dijalankan. Kalau OK, maka, majikan terus melakukan proses JP Visa untuk melegalisasikan kontrak kerja mereka.
Kini, semua itu tidak akan berlaku lagi.  Pemerintah Indonesia sememangnya tidak menggemari cara ni kerana mereka tidak boleh mengawal rakyat mereka yang bekerja di sektor pembantu rumah. Mereka tidak ada statistik berapakah jumlah yang sedang berkerja sebagai pembantu rumah dan mereka tidak dapat mengenakan peraturan dimana setiap Tenaga Kerja Indonesia (TKI) mesti mempunyai Kartu Tenaga Kerja Luar Negara (KTKLN) dan mesti mempunyai polisi insuran Malaysia dan Indonesia.

Apabila JP Visa dimansuhkan, sudah tentu bisnes agensi pembantu rumah akan meningkat. Adalah menjadi harapan semua majikan untuk melihat agensi pembantu rumah mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan membekalkan pembantu rumah yang berkualiti sesuai dengan jumlah wang yang keluar untuk mendapatkan seorang pembantu rumah.

Ketahui perbezaan JP Visa dan Calling Visa dengan klik di sini.

_______________________________________________________
Petikan dari Sinar Harian 1/7/2013
KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memutuskan supaya pengeluaran Journey Perform Visa ( JP Visa) kepada pembantu asing dari Indonesia dimansuhkan mulai 1 Oktober depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu diambil bagi membantu rakyat di negara ini mendapatkan khidmat pembantu rumah dengan lebih teratur dan kos yang munasabah.

"Kerajaan telah memutuskan supaya Memorandum Persefahaman mengenai pekerja domestik Indonesia di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Republik Indonesia 2011 segera dilaksanakan.

"Protokol MoU 2011 itu berhubung kaedah pengambilan melalui agensi pekerjaan swasta yang didaftarkan kedua-dua kerajaan khususnya dalam penetapan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.