Breaking

Sunday

Syarat-syarat Pengambilan Pembantu Rumah

Hari ini saya akan saya akan berkongsi mengenai syarat-syarat pengambilan pembantu rumah. Jika dilihat rata–rata rakyat Malaysia dewasa ini yang sudah berkeluarga dan mempunyai cahaya mata lebih dari 2 orang kebanyakkannya akan memilih untuk menggaji pembantu rumah daripada menghantar ke pusat asuhan.

Mengapakah perkara ini berlaku?

Jika dikaji secara umumnya, adalah menjadi kemestian buat mereka kerana tidak perlu untuk memikirkan keselamatan anak–anak mereka. Tambahan pula, selepas mereka balik dari kerja, mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak–anak seperti memantau proses mengulangkaji pelajaran anak–anak dan sebagainya.

Tapi tahukah anda akan syarat–syarat pengambilan pembantu rumah? Persoalan inilah yang akan saya kongsikan bersama anda.
 
1. Negara sumber yang dibenarkan untuk menggaji Pembantu Rumah ialah :
  • Indonesia
  • Thailand
  • Kemboja
  • Filipina
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Laos
2. Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)
Bakal PRA mestilah:
  • Perempuan
  • Berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
  • Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.
  • Berada di negara asal
  • Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.
3. Syarat-Syarat Kelayakan Majikan
a. Permohonan pengambilan secara :

  • Majikan sendiri
  • Melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
b. Pastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan adalah lengkap.

c. Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai:

  • Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
  • Ibu bapa yang sakit/uzur.
d. Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) PRA yang layak dipohon untuk satu keluarga.

e. Kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber.

f. Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda menyemak samada anda berkelayakan atau tidak dalam menggaji pembantu rumah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan syarat-syarat pengambilan pembantu rumah beserta segala proses yang berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah, ikuti sambungannya di Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.



2 comments:

  1. Assalammualaikum, saya ada pertanyaan..ada kawan saya offer pembantu rumah..dan pembantu rumah tu datang sendiri ke malaysia tanpa ejen. Adakah saya dibenarkan untuk mengambil dia sebagai pembantu rumah dan apa prosedur untuk apply permit bagi kes begini..

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.