Kes Rogol Wanita Indonesia
Baru-baru ini, 3 anggota polis telah dibicarakan dalam kes rogol wanita Indonesia. Inilah ketelusan yang menjadi idaman seluruh rakyat Malaysia, tidak kira samada tertuduh melibatkan pegawai penguatkuasa undang-undang.
Tiga anggota polis, Konst. Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33, dan Konst. Syahiran Romli, 21, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworh di atas pertuduhan merogol wanita Indonesia dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai, di antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi, 9 Nov lepas.
Bagi pertuduhan rogol, mereka dituduh mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan manakala pertuduhan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Pemangku Konsulat Indonesia di Pulau Pinang, Sofiana Mufidah yang hadir ke mahkamah memuji tindakan pantas pasukan polis menahan dan menghadapkan tertuduh ke mahkamah.
Sumber: Berita Awani, Astro Awani
Sesungguhnya kes rogol wanita Indonesia oleh mereka yang terdiri dari pegawai penguatkuasa yang telah diamanahkan melindungi mereka yang lemah dan tidak bersalah adalah amat-amat dikesali. Sewajarnya mereka menerima hukuman yang setimpal sekiranya mereka benar-benar bersalah.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.