Breaking

Friday

Pembantu Rumah Menggunakan Ilmu Hitam

Pembantu Rumah Menggunakan Ilmu Hitam

Tidak diketahui sejauh mana kebenaran berita ini dari negara jiran Singapura. Diberitakan sebuah keluarga di sana mempunyai pengalaman ngeri di mana pembantu rumah menggunakan ilmu hitam dipercayai untuk menundukkan majikan. Sudah tentulah untuk menundukkan majikan ye tak, kalau tidak apa tujuannya.

Beliau juga mendedahkan nama pembantu rumah, "Dewi Hermina" yang berasal dari Jawa Barat, Bogor.


Keluarga majikan tersebut telah mewujudkan sebuah laman FB dan menamakan sebagai "Dangerous Maid". Ia bertujuan untuk memberitahu bahawa bukan hanya pembantu rumah yang biasa didengar selalu didera TETAPI secara sembunyi-sembunyi majikan juga "didera".
 
Pencipta laman FB tersebut, Hylda Low, berkata “Saya mahu memberikan amaran kepada orang ramai bahawa pembantu rumah ini (sepertimana gambar ) adalah sangat berbahaya. Kita tidak boleh membiarkan orang jahat ini menggunakan ilmu hitam kepada orang lain” tulis Low. 
Pelajar berusia 20 tahun itu mendakwa pembantu rumahnya, yang berasal dari Jawa Barat, telah memasukkan darah haidnya ke dalam sup untuk dihidangkan kepada keluarganya. 
Pembantu rumah itu juga didakwa secara sembunyi-sembunyi meletakkan darah haidnya di dalam uncang teh. Menurut Low, keluarganya mendapat tahu perbuatan keji dan kotor pembantu rumah itu sudah berulang sebanyak 3 kali.

Jadi macammana perasaan anda setelah membaca petikan pembantu rumah menggunakan ilmu hitam. Kita pulak yang dia sihirkan. Dengan itu, berhati-hatilah dan kita juga wajib memantau perubahan sikap pembantu rumah kita. Jika didapati ada sifat memberontak dalam diam, maka, wajarlah kita berwaspada. Kalau tengok gambar pun dah tau itu memang bukan nak kerja sebagai pembantu rumah.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.