Banyak juga yang saya lihat iklan seumpamanya yang menawarkan khidmat pembantu rumah sambilan atau part time maid. Tentu permintaan tinggi kalau tidak masakan timbul iklan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Kebiasaannya mereka menawarkan perkhidmatan ini dihujung minggu dengan bayaran RM80 untuk tempoh 4jam bekerja. Saya nak beri tips untuk cari yang lebih murah. Senang aje, anda tentu mempunyai jirankan. Kalau tak berjiran maknanya anda orang kaya yang duduk di banglo. Ye ke, orang yang duduk banglo tidak berjiran? Ada jiran cuma terpisah sikit aje.
Ok, cuba berbaik-baik dengan jiran yang mempunyai pembantu rumah. Tanyakan kepada mereka yang anda ingin mendapatkan khidmat pembantu rumah mereka secara "pinjaman" selama 4 jam pada hari minggu. Idea ini macam jahat aje tapi praktikal. Boleh berunding dengan jiran yang anda akan membayar RM60 dan terpulang kepada jiran anda nak beri berapa kepada pembantu rumah. Tapi jiran anda kenalah bertimbangrasa dalam soal membayar upah tersebut, jika boleh bayar semua RM60 kepada part-time maid.
Hah...dah nampak praktikalnya di sini?
Satu lagi, dengan mendapatkan khidmat pembantu rumah sambilan melalui cara ini akan menjamin servis yang terbaik kerana maid tahu mereka boleh dihubungi jika kualiti kerja tidak memuaskan.
Saya tidak nampak ianya satu penganiayaan kepada pembantu rumah sambilan kerana mereka mesti bersetuju terlebih dahulu untuk melakukan tugas sambilan ini di rumah jiran majikan mereka. Pembantu rumah tentu amat gembira mendapat wang tambahan setiap minggu.
Pernah terjadi satu peristiwa (kisah benar) dimana saya menawarkan kepada pembantu rumah saya untuk menebas lalang di rumah jiran saya yang dihuni oleh pelajar kolej. Apabila pelajar-pelajar ini pulang bercuti 2 bulan di kampong mereka, lalang mula meninggi (sebenarnya sebelum balik kampong pun memang lalang dah tinggi) dan saya menawarkan upah RM30 untuk pembantu rumah saya menebas lalang tersebut. Dia bersetuju dengan riak wajah gembira. Dan apabila pelajar kolej kembali ke rumah sewa mereka, mereka bertanya kepada saya, "Abg ke yang potong rumput rumah kami?". Saya jawab "Ya, abang panggil orang potong rumput untuk tebas lalang tu dan abang bayar RM30". Tanpa berlengah mereka memberikan RM30 kepada saya dan kemudian saya berikan kepada pembantu rumah saya. Antara perancangan saya, jika jiran tidak bertanya atau tidak mahu membayar RM30, saya akan tetap keluarkan wang saku saya untuk membayar pembantu rumah saya dalam jumlah yang sama.
Berhati-hatilah apabila mengambil pembantu rumah sambilan kerana mereka tidak terikat dengan anda. Simpan semua barang berharga ditempat yang selamat.
________________________________________________________
Ingin menambah ilmu berkenaan pembantu rumah. Ikuti laporan berikut => E-book Pembantu Rumah. Sebuah e-book yang penuh informasi.

maaf,rasa mcm x sesuai cara tu&melanggar kontrak sebenarnya,sebab setiap PR hanya dibenarkan bekerja sebagai pembantu rumah di rumah majikan berkenaan saja,rumah parents/mertua pun tak boleh sebenarnya dan jika mereka dapat peluang komplen kpd Imigresen atau Kedutaan,dengarnya teruk juga majikan terima bahananye
ReplyDeleteArea kl 4 jam Rm 80. Masa bekerje boleh bincang. Sila hubungi 0169139565

ReplyDelete