Breaking

Monday

Agensi Pekerja Asing Bantah MyEG

Dipetik dari akhbar Kosmo terbitan 12/1/2015 berhubung isu mengenai kemudahan memperbaharui permit pekerja asing melalui perkhidmatan online MyEG.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) membantah pelaksanaan kaedah memperbaharui pas lawatan kerja sementara (PLKS) pekerja a­sing termasuk pembantu rumah secara dalam talian melalui sistem MyEG yang disifatkan sebagai berat sebelah bagi majikan dan tidak adil bagi pembantu rumah.

Presidennya, Datuk Zulkepley Dahalan berkata, melalui sistem MyEG, majikan boleh memperbaharui permit pembantu rumah mereka tanpa pengetahuan atau kebenaran pekerja dan tidak perlu lagi berurusan dengan agensi pekerjaan swasta (APS).

Beliau memberikan alasan bahawa sistem online itu boleh menyebabkan segelintir majikan mengambil kesempatan menyambung permit tanpa pengetahuan dan kerelaan pekerja mereka.


____________________________________________________
Faktor utama yang menyebabkan mereka tidak berpuashati ialah skop perkhidmatan mereka menjadi kecil dan menjejaskan sumber pendapatan agensi pekerja asing. Diharap pihak agensi pekerja asing boleh menerima kenyataan ini memandangkan kita telah pun berada di era perkhidmatan online yang membolehkan penyedia perkhidmatan online mengenakan caj yang lebih murah berbanding cara lama. Pengguna sudah semestinya inginkan yang termurah dan tidak perlu bersesak-sesak dijalanraya dan membayar tol serta parking untuk berurusan dengan agensi pekerja asing lagi.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.