Breaking

Wednesday

Mahu Wang Sampingan RM46,124

Kalau perkara ini berlaku di Malaysia, jangankan imbuhan, tanpa imbuhan pun rakyat Malaysia akan bantu mengesan pembantu rumah warga Filipina yang telah meracun jiran majikannya. Gila betul! Apa punya mentaliti la pembantu rumah jenis ni. Rasanya gaji yang mereka terima antara yang tertinggi di dunia. Akibat berang dengan tindakan pembantu rumah, majikan telah menawarkan ganjaran yang tinggi untuk sesiapa menangkap dan menyerahkan kepada pihak berkuasa. 
jenayah pembantu rumah
Jenayah Pembantu Rumah

Mahu Wang Sampingan RM46,124

__________________________________

Riyadh: Satu keluarga Arab Saudi menawarkan hadiah SR50,000 (RM46,124) kepada sesiapa yang dapat mencari pembantu rumah warga Filipina mereka yang melarikan diri.

Pembantu rumah itu, Paloma Panta Tangcala, dilapor meninggalkan rumah keluarga itu bersama kekasihnya selepas meracun sebuah keluarga yang juga jiran majikannya.

Menurut akhbar Internet Burnews.com, Noha Al-Jamhadi yang membuat rayuan itu di Facebook menggesa orang ramai menangkap dan menyerahkan pembantu rumah itu kepada pihak berkuasa di Jeddah atau Riyadh sebelum diberi ganjaran berkenaan. - Agensi


Dipetik dari Harian Metro Online

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.