Breaking

Friday

Persiapan Dokumentasi Maid Tamat Kontrak

Wife aku : "Bik, kamu mahu nyambung kerja lagi setahun?"
Bibik : "Tak mau la puan, saya kesian anak saya."

Permintaan pekerja perlu dihormati. Telah 2 tahun maid aku menyambung kontrak kerja. Jadinya total 4 tahun dia bekerja dengan keluargaku. Satu tempoh yang agak lama.

Maka, dengan berat hati, aku pun mulalah melakukan persiapan dokumentasi maid tamat kontrak

LANGKAH PERTAMA
Pertama sekali meninjau harga tiket kapalterbang. Kalau di Indon dipanggil pesawat. Memandangkan ini tahun terakhir bibik bekerja dengan aku, maka, aku beritahu bibik untuk habiskan sehingga tarikh akhir permit iaitu 22-Julai-2015. 
 
Bermakna, dia akan menyambut Hari Raya 2015 di bumi Malaysia sama seperti tahun pertama dia tiba di Malaysia. Lagipun harga tiket melambung tinggi seminggu atau 2 minggu sebelum Hari Raya. Tiket aku yang bayar, jadi sudah tentulah aku kena cari tiket yang murah.

Tinjau punya tinjau, masih lagi Airasia yang termurah. Ada juga syarikat penerbangan lain yang lebih murah seperti Lion Air tetapi penumpang kena transit di Changi, Singapura. Mahu sesat dia nanti kalau dibiarkan transit di Singapura.

Selepas beli tiket penumpang pesawat Airasia ke Juanda, Surabaya untuk tarikh 22/7/2015, aku pun mula merancang untuk langkah seterusnya.

LANGKAH KEDUA
Bawa salinan tiket kerana salinan ini akan diambil oleh Immigresen, ke pejabat Immigresen yang menguruskan permit pembantu rumah. Aku tiba di pejabat Immigresen pada jam 3:55pm hari Khamis. Memang sengaja aku datang waktu lewat petang sebab tak ramai orang. Pernah juga aku buat satu posting tentang masa yang sesuai untuk berurusan dengan Immigresen. Jumpa staf di kaunter pertanyaan dan ambil nombor giliran. Beza nombor yang sedang dilayan dengan nombor aku hanyalah 1 (satu) sahaja. Best kan? Tak sampai 5 minit, nombor aku dipanggil.

checkout memo cop passport

Serahkan passport pembantu rumah, tiket pulang, kad pengenalan majikan. Urusan di kaunter pula cuma memerlukan masa 5 minit sahaja. Best kan?

Pihak Immigresen akan mengeluarkan 3 salinan dokumen check-out memo di mana, 1 salinan untuk disimpan oleh majikan dan 2 salinan diberikan kepada pembantu rumah. Pembantu rumah mesti membawa 2 salinan tersebut beserta dengan passport untuk serahan kepada pihak Immigresen di KLIA2.
checkout memo

Itu sahaja yang perlu anda buat. Mungkin ada rasa proses persiapan dokumentasi maid tamat kontrak agak sukar kerana phobia masyarakat berurusan dengan kaunter kerajaan. Selalu dilabelkan sebagai perkhidmatan yang tidak cekap dan lambat. Sekarang tidak lagi, dengan sistem komputer semua jadi mudah. Bila jadi mudah, staf kerja jadi mudah dan happy selalu. Benefits penjawat awam juga semakin hari semakin baik berbanding zaman dulu. Ke semua faktor ini mampu mengubah budaya kerja seseorang.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.