Breaking

Wednesday

Pembantu Rumah Sementara (Temporary Maid)

Pernah dengar pilihan mendapatkan pembantu rumah sementara atau temporary maid?

Pembantu rumah sementara ini bermaksud anda bukannya majikan kepada maid tersebut tetapi dibekalkan oleh pihak lain untuk bekerja di rumah anda buat tempoh yang tertentu. Dalam sesetengah situasi seperti anda menjangkakan akan menyambut kelahiran baru bayi anda dalam masa terdekat dan memerlukan seseorang untuk membantu isteri anda di rumah. Ramai majikan yang tidak mahu mengambil pembantu rumah secara kontrak tetap kerana merasakan kurang selesa mempunyai orang asing di rumah. Tetapi diwaktu-waktu yang tertentu seperti yang dinyatakan di atas, anda teramat memerlukan seseorang membantu isteri yang berada dalam tempoh "pantang bersalin". Tempoh "pantang bersalin" ini sekitar 2-3 bulan.

Maka dengan itu sewajarnyalah anda mempertimbangkan untuk mendapatkan seorang pembantu rumah sementara.


Bagaimana Majikan Sebenar Boleh Meminjamkan Pembantu Rumah?

Adakalanya terdapat pembantu rumah yang telah lama bekerja dengan seseorang majikan sejak dari anak majikan masih kecil sehinggalah mencapai usia remaja. Pembantu rumah ini merayu untuk majikan menyambung kontrak kerja mereka kerana jika mereka balik ke kampong pun, telah tiada siapa lagi di kampong. Ibu dan ayah telah meninggal dunia, manakala dirinya juga seorang janda. Balik kampong pun tiada kerja yang menanti mereka. Terpaksa mencari kerja baru dengan gaji yang sedikit. Tambahan pula jika usia mereka telah mencecah 40-an, agak sukar mencari kerja di kampong. Majikan yang kasihan akan menyambung kontrak mereka. 

Sebenarnya dari segi kerja harian mereka telah semakin berkurangan kerana anak-anak majikan telah besar. Rumah kurang bersepah, tidak perlu kerap dikemas. Dalam hal ini, terdapat majikan yang sanggup meminjamkan pembantu rumah mereka ke rumah majikan sementara. Persetujuan antara majikan dan pembantu rumah sudah tentu diperlukan. Sewaktu tempoh bekerja di rumah majikan sementara tersebut, gaji pembantu rumah akan dibayar oleh majikan sementara, manakala majikan asal akan menerima imbuhan sebagai caj pinjaman dari majikan sementara.

Mengapa perlu membayar sejumlah wang sebagai caj pinjaman kepada majikan asal?

Ini kerana majikan asal telah membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan pembantu rumah diperingkat awal. Pada setiap tahun pula, majikan terpaksa memperbaharui permit pembantu rumah. Pada 3 tahun pertama pula terpaksa membayar kos pemeriksaan FOMEMA. Kos-kos ini tidak ditanggung oleh majikan sementara.

Berapakah kos pembantu rumah?

Tahun pertama : Kos maid dari syarikat sdn. bhd. ialah RM15,000 (anggaran).
Tahun ke-2 dan ke-3 : Permit rm600 dan FOMEMA RM200
Tahun ke-4 dan seterusnya : Permit rm600

Lihatlah betapa banyaknya wang yang telah dibelanjakan oleh majikan untuk seorang pembantu rumah. Bayangkan jika mereka lari pada bulan yang ke-4. Jaminan gantian bagi kes maid lari ialah 3 bulan pertama sahaja.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.