Breaking

Wednesday

Testimoni Pembantu Rumah

Saya ingin mencadangkan kepada pembaca yang budiman, jika anda seorang majikan yang prihatin dan berhati mulia, luangkan sedikit masa untuk menulis surat testimoni apabila pembantu rumah anda tamat tempoh kontraknya.
Sudah tentulah untuk anda bertindak sedemikian, pembantu rumah mestilah seorang pekerja yang baik, betul tak? Jadikan amalan pada setiap kali pengambilan pembantu rumah, adakan sesi suai-kenal dan briefing tentang tata-cara kerja dan berpakaian.
Nyatakan juga kepada pembantu rumah bahawa pada hari terakhir mereka bersama keluarga majikan, mereka akan diberikan sepucuk surat yang tidak ternilai harganya. Dengan surat tersebut akan memudahkan mereka mendapatkan peluang bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong atau Taiwan dengan gaji lebih RM1700 sebulan. Wow! Lumayan betul kerja di Taiwan/Hong Kong.

Saya pernah mengambil pembantu rumah melalui sebuah syarikat besar dan cara mereka menguruskan pembantu rumah amat teratur. Berikut adalah contoh surat kepada pembantu rumah yang baru tiba di Malaysia.


Jika mereka memberikan sijil tamat kontrak kerja 2 tahun, maka, sewajarnya anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan menulis satu testimoni tentang pembantu rumah anda. Tulislah apa yang berkaitan tentang pembantu rumah anda. Jika ada masa dan dengan izin Allah s.w.t. akan saya derafkan satu contoh surat testimoni.

Antara kandungannya :
  • sikap pembantu rumah secara umum
  • sikap pembantu rumah terhadap majikan
  • sikap terhadap anak-anak majikan.
  • patuh kepada arahan?
  • rajin?
  • menepati masa?
  • kebersihan diri?
  • faktor-faktor lain
Kalau dah siap testimoni, jangan lupa periksa - sudah beli tiket? sudah ada memo periksa keluar? Anda perlu tahu apakah langkah-langkah perlu untuk proses pembantu rumah tamat kontrak. Jangan biarkan hidup anda huru-hara di saat-saat akhir pembantu rumah bekerja dengan anda.

__________________________________________________
Tercari-cari maklumat mengenai pembantu rumah. Dapatkan maklumat lengkap Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.