Breaking

Tuesday

Tanggungjawab Majikan Dalam Menggaji Pembantu Rumah Asing (PRA)

logo immigresen malaysia
Garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Immigresen Malaysia dibawah boleh dirunding dengan pembantu rumah, contohnya dalam hal mencuci kereta majikan. Berikan sedikit upah kepada pembantu rumah seperti pembelian topup telefon, beg tangan dan sebagainya. Itu semua sebagai contoh sahaja! Tanggungjawab majikan dalam menggaji pembantu rumah asing amat besar dan harus dilaksanakan sebaik mungkin.
  • Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
  • Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA  lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur.
  • Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:
i.    Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu
ii.   Puasa bulan Ramadhan
iii.  Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.

  • Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi PRA semasa memegang PL(KS). :
i.    PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PL(KS).
ii.    PRA tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PL(KS).
  • Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) .
  • Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:
i.    Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta.
ii.    Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
  • Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah tanggungjawab majikan.
  • Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA:
i.     Meninggal dunia
ii.    Hilang
iii.   Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.

  • Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
  • Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari jabatan bagi PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.
  • Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan pas yang dikeluarkan.
  • Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
  • Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA  berkenaan di Malaysia.
  • Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.

Dipetik dari laman Web Immigresen Malaysia

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.