Aku ingin berkongsi sedikit panduan dalam memantau gerak-geri pembantu rumah. Pada penghujung tahun 2013 yang lalu, aku telah melaksanakan projek pengubahsuaian rumah dalam kategori major rennovation. Setelah menimbang semasak-masaknya, aku memutuskan untuk berpindah rumah buat sementara sehingga projek selesai.
Mujur aku berpindah kerana debu dari kerja-kerja binaan memang banyak dan boleh mendatangkan penyakit. Bagaimana pula dengan pakaian yang dijemur? Sudah tentu akan dilapisi dengan debu tebal. Kesahnya...!!!
Sekiranya aku masih tinggal di rumah yang sedang diubahsuai, tentu agak sukar untuk aku memantau pergaulan pembantu rumah dengan rakan senegaranya. Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh 6-8 orang pekerja Indonesia dan aku pula tidak dapat berada di tapak projek setiap masa.
Seperkara lagi projek ubahsuai rumah aku mengalami masalah dan projek hanya siap selepas 8 bulan. Wah! hebatnya...bina banglo ke? Memang memeningkan pada waktu itu. Tapi berkat usaha dan dengan izin Allah s.w.t. dapat juga disiapkan walaupun agak lewat dari jadual asal.
Boleh tak korang bayangkan jika pembantu rumah korang bebas bergaul dengan rakan senegaranya? Bukan aku bertanggapan buruk terhadap pembantu rumah aku tetapi ianya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Pembantu rumah aku orangnya baik dah telah bekerja hampir 4 tahun dengan aku.
Ikuti pengalaman aku dalam blog transformasi rumah dan ianya mungkin boleh dijadikan panduan buat korang di masa depan. Layari http://transformasirumah.blogspot.com

No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.