Breaking

Wednesday

Pembantu Rumah Berkomplot

Kes ini pernah terjadi kepada jiran saya yang juga mempunyai seorang pembantu rumah indonesia. Setiap hari pembantu rumah saya akan menghantar anak saya ke sekolah tadika PASTI dan setiap hari itulah dia akan bertemu dengan pembantu rumah jiran saya. Banyak perkara buruk tentang majikan beliau yang beliau ceritakan kepada guru tadika dan kepada pembantu rumah saya.

Saya pernah menceritakan di blog ini bahawa pembantu rumah saya dilarang keluar dari rumah walaupun ke kedai runcit tetapi didalam hal menghantar anak ke sekolah PASTI, saya mengizinkannya. Ini kerana sekolah PASTI hanya terletak di depan rumah saya dalam jarak lebih kurang 50 meter sahaja.

Saya telah berulangkali mengingatkan pembantu rumah saya agar tidak bercakap dengan sesiapapun apabila berada di luar rumah. Tetapi secara logiknya jika dalam hal-hal tertentu seperti bercakap dengan guru sekolah tadika, maka, itu dibenarkan. Peraturan memanglah peraturan tetapi dalam kes-kes tertentu, ianya boleh diabaikan. Kita kena senantiasa berhati-hati untuk mengelakkan pembantu rumah berkomplot sesama mereka.

Pembantu rumah saya seorang yang baik, mungkin atas dasar saya yang mengamalkan suasana kerja yang harmoni di rumah. Sehubungan itu, beliau telah menceritakan kepada saya mengenai apa yang telah diberitahu oleh pembantu rumah jiran saya kepada beliau. Agak terkejut juga saya mendengar cerita sedemikian. Saya katakan kepada pembantu rumah saya agar tidak mempercayai tentang apa jua cerita yang disampaikan oleh pembantu rumah jiran saya itu. Mana mungkin, jiran saya seorang yang baik, mempunyai ilmu dan pegangan agama yang tinggi.

Selang beberapa bulan selepas kehadirannya di rumah jiran saya, beliau didapati telah melarikan diri. Pelik juga sebab anak-anak majikan telah besar dan tentulah beban kerja berkurangan. Jelas sekali berlaku komplot melarikan diri dari majikan antara beliau dan ejennya. Beliau juga telah merancang untuk memburuk-burukkan majikan dan selepas itu melarikan diri agar nampak keburukan di pihak majikan.

komunikasi pembantu rumah
Komunikasi Pembantu Rumah

Pembantu Rumah Berkomplot

Mengapa saya melarang pembantu rumah saya berkomunikasi dengan pembantu rumah jiran-jiran? Tujuannya agar beliau tidak membanding-bandingkan bentuk ganjaran yang diterima. Contohnya, berapa gaji yang diterima, berapa bonus yang diterima, berapa lama jam berehat dan sebagainya. Bukankah semua itu telah dipersetujui? Ianya lebih kepada situasi yang sama yang berlaku ke atas kita sekiranya kita tahu berapakah gaji rakan-rakan sepejabat. Mungkin kita rasa kurang senang sekiranya terdapat rakan yang menerima gaji atau bonus yang tinggi tetapi kerja tidak seberapa jika dibandingkan dengan kita. Ini pada pandangan sayalah, mungkin pandangan anda berbeza.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.