Breaking

Sunday

Denda Tinggal Lebih Masa

Ramai pula yang bertanya aku tentang perkara ini tapi aku tiada pengalaman tentang perkara ini sebab dari 2004 hingga kini 2015 tak pernah aku terlewat memperbaharui permit pembantu rumah aku. 

Cuma pernah lah sekali sewaktu aku melakukan proses permohonan JP Visa maid aku pada tahun 2008 di mana aku terlewat menghantar permohonan dan jika dihitung tempoh masa yang diperlukan oleh Immigresen untuk memproses permohonan aku, akan menyebabkan maid aku terlajak dari tempoh 30 hari pas lawatan sosialnya. Maka, terpaksalah aku membayar (kalau tidak silap) RM50 sebagai denda tinggal lebih masa. Tapi itu kes terlajak kurang dari 30 hari.

Kalau terlajak lebih dari 30 hari macammana? Itu yang aku tak pasti tapi selidik punya selidik terjumpala satu petikan dari akhbar Sinar Harian. Aku ni jenis lebih suka ambil petikan dari akhbar online ataupun dari laman web pihak berkuasa yang berkaitan. Aku takkan ambil info sembarangan dari laman-laman web peribadi kerana aku takut kalau-kalau maklumat tidak tepat.

Kesian pun ada bila baca kes Rusyidah Usman ni. Dia datang dengan niat ikhlas untuk bekerja mencari nafkah tetapi apa kan daya, undang-undang sesebuah negara kena dipatuhi. Semoga boleh menjadi pengajaran buat semua, termasuklah aku. Denda tinggal lebih masa sekurang-kurangnya RM10 ribu.


kena denda
Denda 10 Ribu Ringgit Atau Penjara Tidak Lebih 5 Tahun

Sinar Harian 19 Mac 2014

GEORGETOWNSeorang wanita warganegara Indonesia hanya mampu terduduk apabila mahkamah majistret, di sini, memerintahkan dia membayar denda RM10,000.

Tertuduh, Rusyidah Usman, 33, itu didakwa melakukan kesalahan tinggal lebih masa daripada tarikh pasport lawatannya ke negara ini.

Dia yang tidak ditemani sesiapa dalam mahkamah hanya termangu beberapa kali apabila Majistret Umma Devi Loganathan bertanyakan soalan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan tersebut pada 4 Februari 2014 di sebuah rumah tidak bernombor di Lebuh Noordin.

Dalam serbuan pihak berkuatkuasa itu mendapati tarikh lawatannya pada 11 November 2012 sudah pun luput.

Atas kesalahan itu, dia disabitkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa serta Peraturan 39B, Akta Imigresen 1963.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh yang kemudiannya mengaku bersalah memohon supaya hukuman diringankan kerana masih mempunyai anak di Indonesia.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu kantin dan duit akan dihantar kepada anak di sana, tolong rendahkan hukuman saya,” katanya dalam kandang tertuduh.

Umma kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh, sekiranya gagal bayar tiga bulan penjara.

Dia yang kemudiannya mendengar hanya mampu ternganga dan terduduk di atas kerusi dalam keadaan lemah.
_______________________________________________

Denda tinggal lebih masa sekurang-kurangnya RM10 ribu. Kesian pun ada bila baca kes Rusyidah Usman ni. Dia datang dengan niat ikhlas untuk bekerja mencari nafkah tetapi apa kan daya, undang-undang sesebuah negara kena dipatuhi. Semoga boleh menjadi pengajaran buat semua, termasuklah aku. 

2 comments:

  1. Jika paspot sdh lebih 4 bln expiry denda brpa?? Dan macamana proses hendak renew pspot begitu? Lagi baru shja bersalin bln 27.12. 2017 tdi.Mohon solusi.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini bukan kes permit expired. ini kena rujuk ke kbri, renew passport dulu. biasanya tak mungkin permit masih hidup tapi passport mati. masalah ni memang payah sikit nak selesai. bila permit dah expired mmg susah nak dpt permit baru. kalau tak silap saya kena mohon permit semula.

      Delete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.