Breaking

Tuesday

Mungkinkah Pembantu Rumah Enggan Pulang?

Selamat sejahtera semua pembaca blog saya yang saya hormati.
Telah lama juga tidak membuat penulisan di blog ini, namun tergerak rasa hati ingin berkongsi kisah majikan yang telah menelefon saya dan saya amat tertarik dengan kisahnya yang belum pernah lagi saya dengar.

Tentu ramai yang telah mengetahui akan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya pembantu rumah ingin pulang terus ke kampung dan tidak mahu lagi menyambung kontrak dengan majikan. Langkah yang perlu diambil ialah melakukan proses Check Out Memo.
Dengan terbitnya COM ini, maka, nama majikan akan diputuskan rekodnya bersama pembantu rumah tersebut. Bermakna tuan/puan tidak lagi secara rasmi majikan kepada maid tersebut. Justeru, majikan sudah boleh memohon untuk mendapatkan maid yang baru. Tanggungjawab terhadap maid tersebut juga telah terbatal.



Pada hari keberangkatan maid di lapangan terbang, sebaik sahaja maid melepasi checkpoint pegawai keselamatan airport, maka, terlepaslah sudah tanggungjawab majikan untuk memastikan maid melangkah keluar dari Malaysia. Jika di KLIA, majikan dapat melihat maid memasuki kawasan kaunter imigresen tetapi tidak di KLIA 2. 

Mungkinkah Pembantu Rumah Enggan Pulang?

Majikan telah menghubungi saya bertanyakan pendapat mengenai permintaan ganjil pembantu rumahnya. Maid tidak mahu lagi menyambung kontrak kerja dengan majikan kerana berhasrat ingin berkahwin. Tunang maid tersebut juga ada di Malaysia bekerja di sektor lain. Maid meminta beliau dihantar ke tempat tunangnya dan kemudian mereka berdua akan pulang ke Indonesia.

Nasihat saya kepada beliau ialah tidak menuruti permintaan maid tersebut kerana dikhuatiri maid merancang untuk kekal tinggal di Malaysia sebagai PATI. Tidak ada bukti majikan menghantar maid keluar negara di pintu checkpoint Malaysia Airport Berhad (MAB). Memanglah pihak pegawai keselamatan MAB tidak mengesahkan sebarang dokumen di pihak majikan, namun, masih ada rakaman CCTV yang boleh dijadikan bukti. Ini satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak Imigresen agar bekerjasama dengan MAB untuk mengeluarkan satu dokumen pengesahan atau mengecop salinan surat COM yang dipegang majikan. Ada 2 salinan COM, 1 untuk maid berikan pada imigresen dan 1 lagi untuk simpanan majikan.

Saya menasihatkan majikan untuk membawa maid ke airport dan sentiasa mengiringi maid walaupun ke tandas!!! Jangan terperanjat sekiranya tunangnya juga telah berada di airport. Itu pesan saya kepadanya.

Selang beberapa hari kemudian, saya dimaklumkan oleh majikan mengenai apa yang telah berlaku. 

Pada hari maid berlepas, majikan menghantar maid sehingga checkpoint MAB. Majikan tidak berpeluang melihat maid melalui imigresen kerana penerbangan melalui KLIA2. Majikan pun pulang ke rumah dengan rasa penuh kelegaan.

Beberapa hari kemudian, seseorang telah menghubungi majikan meminta majikan membayarnya tambang pesawat kerana beliau telah membelikan tiket yang baru untuk maid. Maid telah terlepas penerbangan. Apa yang peliknya, kenapa maid tidak menghubungi bekas majikannya, sekiranya berlaku masalah dengan imigresen atau penerbangannya? Mengapa perlu maid menghubungi rakan senegaranya yang juga seorang maid untuk menyelesaikan masalahnya?

Seingat saya, majikan menceritakan, maid telah menghubungi rakannya dan rakannya membantu mendapatkan khidmat seseorang untuk menguruskan penerbangan pulang. Tiket dibelikan oleh 'ejen' tersebut. Ejen berjaya membuktikan tiket pesawat telah dibeli.

Majikan menghubungi saya untuk meminta pendapat. Saya sarankan beliau membuat laporan polis, menceritakan perkara yang sebenar agar terlepas dari sebarang masalah dengan imigresen nanti. Beliau membuat laporan polis.

Dalam urusan komunikasi beliau dengan 'ejen' tersebut, beliau mengungkitkan persoalan "Mengapa maid tidak menghubungi bekas majikan?". Alasan yang diberi oleh ejen ialah, maid tidak tahu nombor telefon majikan. Untuk pengetahuan semua, maid telah 6 tahun bekerja dengan majikan dan memang mengetahui nombor majikan termasuk nombor isteri beliau. Pelik?

Tidaklah diketahui apa tujuannya maid bersikap sedemikian. Jika maid ingin membuat pusingan U, sudah tentu watak ejen tiada didalam kisah ini. Maid hanya perlu keluar dari airport kerana mungkin tunangnya telahpun berada di situ. Jika benar maid telah terlepas penerbangan, mengapa tidak menghubungi bekas majikan pada hari tersebut untuk membantunya.

Seolah-olah seperti cerita drama dimana pemegang watak utama bijak memasang perangkap musuh tapi kesudahannya terperangkap dengan perangkap yang dipasangnya sendiri.




3 comments:

  1. Hi saya ingin tanya...jika maid mempunyai permit yang sah dengan majikan lama tetapi tidah mahu bekerja lagi dengan majikan itu...dia dihantar ke klia ttp maid masih ingin kerja demi persdkolahan anak. Apa prosedur utk menukar nama permit tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedua-dua majikan perlu hadir ke imigresen utk pertukaran majikan dan maid telah bekerja lebih dari setahun.

      Delete
  2. Hi Encik Naja, kalau maid dah 5bulan overstayed, ape proses yg perlu Dy lakukan? Nak apply dgn immigration special pass, kemudian buat ujian fomema, bayar compound pd immigration. Adakah betul proses ini? Kebiasaan ya, berapa yg agent akan charge? Sy sebelum ni buat professional employment pass untuk expats sahaja. Baru first case dpt maid. Harap tuan sudi memberi tunjuk ajar. My email: noorasheela.ramli@gmail.com

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.