Tentunya ramai bakal-bakal majikan di Malaysia yang berasa lega dengan pemansuhan larangan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia oleh kerajaan Indonesia. Pihak pemerintah Indonesia telah menarik balik larangan tersebut setelah mereka mendapati terdapat kesan negatif yang timbul. Antaranya ialah faktor ekonomi rakyat di luar bandar yang inginkan kehidupan yang lebih selesa dengan mendapatkan peluang-peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.
Rata-ratanya kesemua pembantu rumah saya apabila ditanya mengapa mereka ingin datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia, mereka akan menjawab samada :
Justeru, hasrat murni mereka membantu keluarga amat saya kagumi. Dari jauh mereka datang berkorban kasih-sayang meninggalkan keluarga untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun, bukanlah satu tugas mudah. Sebagai majikan saya amat menjaga kebajikan pembantu rumah saya dan menganggap mereka sebahagian dari keluarga saya. Apa yang saya makan, itulah yang mereka makan. Diberi rehat yang mencukupi dan diberi ruang masa untuk bersolat dan berpuasa. Dibawa bercuti bersama dan menyambut lebaran bersama.
Artikel ini diterbitkan di Utusan Online pada 21/3/2017
JAKARTA 20 Mac – Kerajaan Indonesia menarik balik keputusan menghentikan penghantaran rakyatnya menjadi pembantu rumah ke luar negara selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa negara berhubung hak perlindungan golongan itu.
Beribu-ribu wanita Indonesia dilaporkan bekerja di Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Taiwan setiap tahun kerana tertarik dengan gaji yang tinggi walaupun wujud dakwaan mereka dijadikan mangsa pemerdagangan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
Jakarta sebelum ini berkata, mereka akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke luar negara bermula tahun ini dengan alasan untuk melindungi rakyatnya.
Rata-ratanya kesemua pembantu rumah saya apabila ditanya mengapa mereka ingin datang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia, mereka akan menjawab samada :
- Ingin menampung keperluan persekolahan anak.
- Ingin membina rumah yang lebih selesa.
- Ingin membeli tanah untuk bercucuk-tanam.
- Ingin membayar hutang tetangga kerana meminjam untuk melangsaikan bil hospital.
Justeru, hasrat murni mereka membantu keluarga amat saya kagumi. Dari jauh mereka datang berkorban kasih-sayang meninggalkan keluarga untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun, bukanlah satu tugas mudah. Sebagai majikan saya amat menjaga kebajikan pembantu rumah saya dan menganggap mereka sebahagian dari keluarga saya. Apa yang saya makan, itulah yang mereka makan. Diberi rehat yang mencukupi dan diberi ruang masa untuk bersolat dan berpuasa. Dibawa bercuti bersama dan menyambut lebaran bersama.
Artikel ini diterbitkan di Utusan Online pada 21/3/2017
JAKARTA 20 Mac – Kerajaan Indonesia menarik balik keputusan menghentikan penghantaran rakyatnya menjadi pembantu rumah ke luar negara selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa negara berhubung hak perlindungan golongan itu.
Beribu-ribu wanita Indonesia dilaporkan bekerja di Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Taiwan setiap tahun kerana tertarik dengan gaji yang tinggi walaupun wujud dakwaan mereka dijadikan mangsa pemerdagangan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.
Jakarta sebelum ini berkata, mereka akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke luar negara bermula tahun ini dengan alasan untuk melindungi rakyatnya.
Namun, wujud kebimbangan berhubung keputusan itu kerana desakan kemiskinan yang tinggi dalam kalangan rakyat Indonesia akan menyebabkan mereka mengambil tindakan drastik untuk berhijrah ke negara lain secara haram.
Pengarah Perlindungan dan Penempatan Pekerja Indonesia di Luar Negara, Soe Hindharno berkata, kerajaan tidak akan menghalang wanita Indonesia ke luar negara tetapi mahukan jaminan keselamatan untuk mereka.
“Itu termasuk kerja-kerja berlebihan sehingga mendatangkan eksploitasi kepada rakyat kami. Sebagai contoh, pembantu rumah Indonesia tidak boleh dipaksa untuk memandikan anjing peliharaan majikan,” katanya.
Sementara itu, keputusan berkenaan disambut baik oleh aktivis hak asasi manusia, namun menegaskan masih banyak perlu dilakukan bagi membanteras isu pemerdagangan manusia termasuk memastikan golongan berkenaan mengetahui hak ketika bekerja di luar negara. – REUTERS
Sumber Artikel : http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/indonesia-tarik-balik-larangan-bekal-pembantu-rumah-1.459745
© Utusan Melayu (M) Bhd
Diharap dengan berkuatkuasanya pemansuhan larangan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia ini menjadikan majikan bersikap lebih matang dan berperikemanusian terhadap pembantu rumah. Rakyat Malaysia sudah tidak mahu lagi mendengar kes-kes penderaan terhadap pembantu rumah.
Sebagai timbal-balas pula, majikan Malaysia juga sudah tidak mahu lagi mendengar kes-kes pembantu rumah yang mempunyai niat tidak baik terhadap majikan seperti mendera anak majikan, mencuri, membawa masuk teman lelaki ke rumah majikan atau lari dari rumah majikan. Banyak kes-kes lari dari rumah majikan setelah tamat tempoh jaminan 3 bulan oleh pihak ejen. Majikan hanya mampu gigit jari kerana tiada pembantu rumah gantian setelah tamat tempoh jaminan.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.