Pembantu Rumah Dari Medan - Bhgn 1
...Setelah berbincang dengan ejen pembantu rumah Malaysia, beliau akan menggantikan Khadijah dengan pembantu rumah yang baru. Mengikut perjanjian, ejen pembantu rumah Malaysia akan menggantikan Khadijah dalam masa 3 bulan. Bagi kes pembantu rumah Khadijah ini, aku sebagai majikan telahpun mendaftarkan beliau secara sah dengan pihak Imigresen Malaysia. Maka terbangla duit sebanyak ringgit Malaysia 445 sebagai permit + 195 sebagai bayaran FOMEMA dan 250 sebagai denda atau wang jaminan kerana pembantu rumah lari dari majikan. Wang jaminan ini berbeza-beza mengikut warganegara pembantu rumah.
Untuk lebih jelas lagi mengenai bayaran-bayaran berkaitan sila layari laman Web Imigresen Malaysia.
Bestkan, sudahla pembantu rumah lari, kita pulak kena denda. Tapi ini mungkin sebagai jalan mudah kerana pihak Imigresen tidak dapat mengenalpasti samaada kesalahan terletak dipihak majikan atau pembantu rumah sehingga menyebabkan pembantu rumah lari dari majikan. Dalam kes aku, tempoh 18 hari tidak mencukupi untuk aku mula memarahi Khadijah. Aku sememangnya ingin tahu sangat apa yang menyebabkannya lari lalu aku terus mendapatkan penjelasan dari pihak ejen pembantu rumah. Jawapannya mengejutkan aku kerana itulah kriteria tugas yang dimaklumkan oleh ejen dan dia telah bersetuju untuk menjaga baby kecil. Kriteria ini telah disampaikan kepada beliau bahawa aku akan mendapat baby dalam masa terdekat. Akhirnya, anak aku lahir dia terus cabut lari!!!
Kebetulan ada seorang lagi klien kepada ejen aku ni memerlukan penggantian pembantu rumah dan kami telah bersetuju untuk melakukan proses pertukaran majikan. Ini bermakna pembantu rumah beliau yang akan tiba akan didaftarkan atas nama beliau dan selepas itu proses pertukaran majikan akan dilakukan. Memandangkan beliau tidak mempunyai anak kecil, maka, si Khadijah pun bersetuju untuk bermajikankan seorang pensyarah. Aku hanya kuli cabuk aje...hehehe. Tak sampai sebulan selepas Khadijah bekerja di sana, tiba-tiba aku menerima panggilan dari ejen mengatakan si Khadijah telah lari dengan pacarnya yang baru saja dikenali. Eh...eh.. apa ni, drama ke hape ni... Jiran pensyarah tu ada buat renovasi rumah dan si Khadijah dah terpaut hati pulak kat mamat Indon tu. Peluang keemasan ini membawanya lari mengikut pacar barunya. Yelah jandakan, apa nak dibimbangkan. Tapi dia harus ingat kemana dia selepas itu. Mungkin jugak dijual/dilacurkan!!! Baru padan muka dia.
Hari demi hari berlalu pembantu gantian masih belum tiba lalu aku pun memutuskan untuk meminta balik wang fee ejen yang aku bayar sebanyak RM3800. Namun setelah dirundingkan ejen bersetuju memulangkan hanya RM3000 lalu aku pun bersetuju. Ejen telah pun membayar RM1000 dan sehingga aku menulis ini, ejen masih berhutang denganku baki sebanyak RM2000.
Kalau diikutkan memanglah rasa marah membuak-buak bila mana ejen sentiasa saja berdolak-dalih dalam memberikan pampasan. Tapi itulah yang menjadi masalah apabila kita mengambil risiko berurusan dengan ejen bebas.
___________________________________________________
Bebaskan diri anda dari rasa marah dengan mengikuti tips-tips hebat di pautan ini "Cara-cara mengatasi marah".
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.