Aku bingung memikirkan masaalah yang dihadapi untuk mendapatkan pembantu rumah memandangkan kos ejen berdaftar meningkat terlalu tinggi hingga mencecah 6 ribu ringgit. Itu belum termasuk lagi kos levi dan FOMEMA.
Habis seluruh masa ku habiskan dengan melayari internet untuk mencari pembantu rumah dengan kos pengambilan yang munasabah. Semua ejen berdaftar mengatakan masaalah yang hampir sama iaitu kurangnya pembantu rumah yang bersedia untuk dihantar ke sini menyebabkan kos meningkat.
Entah macammana berkat kesungguhanku mencari, aku berjaya mendapatkan seorang warga Indonesia yang bersetuju menjadi pembantu rumahku melalui seorang ejen bebas. Aku juga memilih seorang janda dan berusia di bawah 33 tahun. Wah! Lega rasanya apabila mendapat perkhabaran gembira ini. Ejen ini bertindak sebagai orang tengah yang memperkenalkan bakal majikan di sini dengan ejen di Indonesia. Jadi kiranya aku berurusan secara terus dengan ejen berdaftar di Indonesia. Cara pengambilannya pula adalah menerusi Calling Visa manakala kos yang dikenakan ialah sebanyak RM3800. Memang berbaloi kata hatiku.
Lantas aku pun bersetuju untuk mengambil pembantu rumah tersebut selepas meneliti biodata dan berbincang dengan isteriku. Aku juga telah memaklumkan kepada ejen bebas tersebut bahawa aku mempunyai 2 orang anak dan akan menimang seorang lagi cahayamata dalam masa terdekat. Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada bakal pembantu rumahku dan beliau bersetuju. Inilah kali pertama aku menguruskan sendiri proses calling visa memandangkan aku berurusan terus dengan ejen di Indonesia. Tidak sesusah manapun proses Calling Visa ini dan tidak juga perlu menunggu lama di kaunter Imigresen.
Selang beberapa minggu, pembantu rumahku pun tiba di Malaysia. Ku perhatikan beliau tidak pandai bergaul dengan 2 orang anakku dan masanya lebih banyak bermenung apabila tiada kerja yang ingin dibuat. Aku pernah berbual dengannya dan bertanyakan umurnya, mengapa diceraikan dan dimana anaknya kini. Terus beliau menjelaskan bahawa umurnya 30 tahun, dia minta diceraikan kerana bekas suaminya malas bekerja dan anaknya dijaga oleh ibunya. Sewaktu di kampung, anaknya dijaga oleh ibunya sewaktu beliau keluar bekerja. Aku juga bertanya samaada dirumah beliau mempunyai televisyen dan pemain VCD. Beliau menjawan "Ya".
Lapan belas hari selepas bekerja denganku, isteriku pun melahirkan anakku yang ketiga. Apalagi aku pun sibuk berulang alik ke hospital menguruskan hal kelahiran tersebut. Aku bermalam di hospital dan 2 orang anakku diambil oleh ibu mertuaku, maka tinggallah pembantu rumahku seorang diri di rumah. Keesokan harinya aku pulang ke rumah dan ku lihat rumah seperti tiada penghuni dan tiada sahutan apabila aku memberikan salam. Aneh kata hatiku dan terpandang olehku segenggam kunci di bawah pintu besi. Sah! Beliau telah melarikan diri. Aku memasuki rumah dan terus aku memeriksa barang-barang berharga dan mujur kesemuanya masih ada dalam simpanan.
Aku terus menelefon ejen bebas tersebut dan beliau meminta berjanji akan menelefonku kembali. Selang beberapa minit ejen bebas tersebut menelefonku dan memaklumkan memang sah Khadijah telah lari dan pergi ke rumah seorang lagi ejen bebas warga Indonesia. Barulah ku tahu bahawa proses pengambilan tempoh hari adalah melalui ejen bebas warga Malaysia dan beliau mendapatkan biodata dari ejen bebas warga Indonesia yang menetap di sini. Manakala ejen bebas warga Indonesia yang berada di Malaysia pula mendapatkan biodata pembantu rumahku dari ejen berdaftar di Indonesia.
Ikuti sambungan kisah ini di posting Pembantu Rumah Dari Medan - Bhgn 2.

No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.