Sebagai seorang majikan yang pernah menggaji pembantu rumah Indonesia sejak tahun 2004, saya sama sekali tidak bersetuju dengan kenaikan gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia. Ini amat membebankan majikan dan memberikan keuntungan di sebelah pihak iaitu pembantu rumah sahaja.
Perlu dititik-beratkan prinsip menang-menang ke atas majikan dan pembantu rumah dan juga meneliti kaedah "supply and demand". Pada tahun 2004, gaji minima pembantu rumah adalah sekitar RM350 dan ianya meningkat kepada RM450 pada tahun 2006. Ianya kemudian meningkat kepada RM500 pada tahun 2009 dan seterusnya melonjak ke angka minima RM600 pada tahun 2011.
Pada 2012, mereka inginkan pula gaji minima pembantu rumah bermula pada angka RM800. Sesuatu yang tidak munasabah apabila menggajikan pembantu rumah yang hanya berkelulusan SD (sekolah dasar atau di Malaysia dikenali sebagai sekolah rendah) atau mungkin tidak pernah ke sekolah langsung. Ada yang pernah ke Malaysia sebagai pembantu rumah tetapi tidak tahu membaca.
Jika dinilai tahap pendapatan pekerja am di Malaysia, mereka mendapat gaji sekitar RM600 jika mereka hanya berkelayakan Sijil Rendah Pelajaran atau kini Penilaian Menengah Rendah. Apakah wajar pembantu rumah yang bersekolah tahap sekolah rendah menerima gaji RM800? Perlu diingatkan mereka menerima gaji bersih di mana tiada potongan atas perkara berikut :
Akhir sekali, pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak imigresan Malaysia dan Indonesia perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan apabila harga sesuatu barangan itu terlalu tinggi, contohnya rokok, maka akan berlaku peningkatan penyeludupan.
Artikel berkaitan : Pembantu Rumah Bertaraf Diploma
____________________________________________
Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.

- Duit sewa bilik
- Makanan dan minuman
- Perbelanjaan selenggaraan diri seperti sabun mandi, shampoo, ubat gigi.
- Bil air dan elektrik
- Tahap pendidikan setaraf Sijil Pelajaran Malaysia.
- Mesti mempunyai Sijil Kelayakan Pembantu Rumah dan mestilah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Ini kerana ramai yang tidak tahu melakukan kerja rumah termasuk tiada pengetahuan menggunakan peralatan elektrik.
- Perlu menanggung semua kos pengambilan, kos levi, kos pemeriksaan FOMEMA.
- Perlu membayar sewa bilik, makan dan minum, caj air dan elektrik.
- Deposit sebagai cagaran jika lari atau mengambil barangan majikan. Deposit dipulangkan setelah tamat kontrak.
Akhir sekali, pemantauan dan penguatkuasaan oleh pihak imigresan Malaysia dan Indonesia perlu dipertingkatkan. Ini memandangkan apabila harga sesuatu barangan itu terlalu tinggi, contohnya rokok, maka akan berlaku peningkatan penyeludupan.
Artikel berkaitan : Pembantu Rumah Bertaraf Diploma
____________________________________________
Khusus kepada mereka yang baru pertama kali berhasrat untuk mengambil pembantu rumah, disarankan kepada mereka untuk mendapatkan sedikit ilmu berkaitan pengambilan pembantu rumah dengan mengikuti posting berikutnya di page Panduan Pengambilan Pembantu Rumah.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.