Breaking

Thursday

Pembantu Rumah Pernah Bekerja Di Malaysia

Ingin Pembantu Rumah Yang Pernah Bekerja Di Malaysia?

Susah memang susah untuk mempercayai ejen pembantu rumah sekiranya soalan ini ditanyakan, "...yang ini sudah pernah datang ke Malaysia?" Kebiasaannya ejen pembantu rumah Malaysia tidak tahu berkenaan perkara ini tetapi ejen di Indonesia berkemungkinan besar tahu mengenai perkara ini.

Mengapakah persoalan ini menjadi penting? Apa kaitannya dengan diri pembantu rumah tersebut?

Ada baiknya diceritakan kebaikan dan keburukannya mempunyai pembantu rumah yang pernah bekerja di Malaysia.

Kebaikan :
  • Bahasa - pembantu rumah telah mahir berbahasa Malaysia dan ini memudahkan pembantu rumah berkomunikasi dengan majikan begitu juga dengan anak-anak majikan.
  • Budaya - pembantu rumah telah memahami serba sedikit mengenai budaya yang diamalkan oleh sebahagian masyarakat Malaysia.
  • Pengalaman - jika pembantu rumah pernah bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah, sudah tentu ini merupakan satu bonus buat bakal majikan di mana pembantu rumah sudah tahu selok-belok tugas dengan majikan di Malaysia.


    Keburukan :
    Pengalaman - sesungguhnya pengalaman mendewasakan seseorang (pembantu rumah). Selama mana tempoh mereka bekerja di Malaysia berkemungkinan mereka telah mempunyai kenalan baik lelaki mahupun wanita. Di kalangan kenalan pembantu rumah ada yang berniat baik dan ada yang berniat jahat. Apabila majikan suami-isteri keluar bekerja, sudah tentulah mereka bertanggungjawab menjaga keselamatan rumah dan anak-anak majikan.
    Berikut antara kes yang pernah kita dengari mengenai perbuatan pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab :
    • Terdapat kes yang melibatkan pembantu rumah membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah majikan sewaktu ketiadaan majikan.
    • Pembantu rumah keluar bersiar-siar dengan teman lelaki dengan membiarkan anak majikan yang masih kecil tidur sendirian di rumah.
    • Pembantu rumah bertandang ke rumah jiran yang mempunyai pembantu rumah dengan meninggalkan anak majikan di rumah.
    Tindakan pembantu rumah ini banyak dipengaruhi oleh pengalaman ataupun mempunyai hubungan dengan rakan senegara. Umum telah mengetahui terdapat ramai buruh kontrak dari Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Adakah anda tidak risau jika anda mempunyai pembantu rumah dan jiran anda dalam proses mengubahsuai rumah?


    Rasanya jawapan kepada persoalan ini lebih berat kepada keburukan kesan dari pengalaman pembantu rumah itu sendiri. Walau bagaimanapun ini hanya merupakan pandangan dan pengalaman penulis blog dalam hal berkaitan pemilihan pembantu rumah.Masih terdapat ramai majikan yang inginkan pembantu rumah yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia kerana mereka mahukan pembantu rumah memberikan kualiti kerja yang tinggi dari hari pertama tiba di rumah majikan. Jika anda mempunyai seseorang yang tinggal dirumah sewaktu anda berada di pejabat, contohnya, ibu atau bapa, maka memilih pembantu rumah yang pernah bekerja di Malaysia adalah merupakan satu langkah yang paling baik.

    No comments:

    Post a Comment

    Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.