Breaking

Thursday

Umur Pembantu Rumah

Bercakap tentang umur pembantu rumah sememangnya kita akan terkejut apabila tibanya kita sebagai  majikan di pejabat ejen pembantu rumah. Manakan tidak, yang ditempah nampak lain daripada apa yang dilihat di fail biodata pembantu rumah. Di dalam biodata nampak muda berseri bila depan mata nampak tua tampil berdiri.

Bukan niat untuk mempersendakan mereka tapi itulah hakikatnya bila ejen di Indonesia mungkin cuba mengaburi pandangan bakal-bakal majikan di Malaysia dengan meletakkan make-up tebal agar nampak lebih muda bertenaga didalam fail biodata pembantu rumah.


Perkara ini mungkin dianggap remeh oleh ejen pembantu rumah tetapi memberikan impak negatif yang besar kepada majikan. Bayangkanlah jika pembantu rumah yang telah berusia dikerah bekerja mengemas rumah dan menjaga anak kecil majikan sudah tentu akan membebankan pembantu rumah itu sendiri dan akhirnya pembantu rumah akan kerap dimarahi jika tidak dapat bekerja dengan cekap.

Inilah kesan dari ketiadaan kad identiti yang membolehkan pembantu rumah mendaftar tarikh lahir sesuka hati didalam paspot antarabangsa mereka. Oleh yang demikian, bertanyalah dengan tegas kepada ejen pembantu rumah tentang umur sebenar pembantu rumah yang diingini. Jelaskan tentang bidang kerja utama yang diinginkan agar tidak mendatangkan masaalah kepada semua pihak di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.