Pada ketika ini gaji pembantu rumah yang disahkan sekitar RM700 - RM800 jika diambil dari saluran sah agensi pembantu rumah. Namun demikian timbul pula berita yang amat sahih (diterbitkan di www.bernama.com) yang mengatakan Timbalan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono sebagai berkata "kenaikan gaji daripada RM800 kepada RM1200 sebulan itu bagi menjadikan pekerjaan pembantu rumah di Malaysia lebih kompetitif."
Beliau membandingkan gaji pembantu rumah yang lebih tinggi di negara lain. Kertas cadangan tersebut telahpun diserahkan kepada Malaysia sewaktu mesyuarat di antara Kementerian Sumber Manusia kedua-dua buah negara pada 12 dan 13 Mei 2015.
Ada dua intipati kertas cadangan itu dan akan saya ulas di sini.
a) Kenaikan gaji dari RM800 ke RM1200
b) Kertas cadangan itu juga mencadangkan agar Malaysia menghapuskan caj bayaran RM1800 yang dikenakan kepada pembantu rumah.
a) Apakah kemahiran pembantu rumah sehinggakan gaji mereka naik ke paras RM1200? Gaji RM1200 adalah setara dengan gaji pemegang diploma di Malaysia. Ramai pembantu rumah yang tiba ke rumah majikan tanpa kemahiran asas. Ada yang masih kekok apakah tugas harian yang perlu mereka lakukan dari pagi hingga petang. Jika dilihat dari maklumat yang dipaparkan di laman web agensi di Indonesia, mereka di ajar cara mengemas rumah dan menggunakan peralatan asas elektrik tetapi apabila mereka tiba di rumah majikan untuk memulakan kerja, ternyata mereka nampak kekok bekerja. Kualiti apakah yang mereka bawa dari Indonesia?
Ramai yang hanya bersekolah setakat Sekolah Dasar (SD) yang setara dengan sekolah rendah di Malaysia. Setakat sekolah rendah di Indonesia mendapat ganjaran RM1200 sedangkan pemegang diploma di Malaysia mendapat RM1200? Pemegang diploma terpaksa berhempas-pulas menelaah pelajaran dan membelanjakan sejumlah wang untuk menampung kos pengajian di kampus.
Tinjaun saya di laman web Jobstreet.com mendapati paras gaji minima seorang programmer adalah RM1200 sebulan. Programmer adalah pengaturcara komputer yang memerlukan pendidikan tahap diploma.
b) Umum tentu memahami bahawa caj bayaran RM1800 yang dimaksudkan adalah dicaj kepada majikan, tidak pernah majikan menolak gaji mereka. Selama ini kita biasa difahamkan oleh agensi pembantu rumah bahawa potongan gaji 3 bulan digunakan untuk diberikan kepada keluarga mereka sebagai bayaran advance. Apa jua caj-caj yang dikenakan dibayar kepada agensi Malaysia yang mempunyai rakan niaga dengan agensi Indonesia. Semua caj-caj seperti permit RM600, FOMEMA RM200, insurans RM70 dan sebagainya, dibayar oleh majikan dan tidak pernah diambil dari gaji pembantu rumah.
c) Bayangkan pemegang diploma di Malaysia yang bekerja terpaksa membayar sewa rumah, membayar bil elektrik, membayar bil air, membeli makanan, membeli minuman, membeli pakaian, membeli sabun mandi, membeli ubat gigi, membeli shampoo dan sebagainya. Bagaimana dengan pembantu rumah? Sewa rumah percuma, bil elektrik percuma, bil air percuma, makanan percuma, minuman percuma, pakaian asas peruma, tuala wanita percuma, sabun mandi percuma, ubat gigi percuma, shampoo percuma. Banyak sangat yang percuma berbanding yang berbayar. Kebiasaannya mereka hanya membayar kos kad telefon untuk memudahkan mereka menghubungi keluarga di kampung. Ada juga majikan yang baik hati, bila bercuti ke tempat peranginan akan membawa pembantu rumah bersama mereka.
Kerajaan Indonesia tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara lain kerana taraf hidup di negara lain adalah berbeza. Mungkin mereka membandingkan dengan negara Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Timur Tengah. Negara-negara tersebut mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi dari Malaysia. Keunikannya dan kelebihannya bekerja di Malaysia ialah suasana di Malaysia hampir sama dengan Indonesia. Mudah berkomunikasi dari segi bahasa dan Malaysia adalah sebuah negara Islam (mengambilkira majoriti pembantu rumah Indonesia adalah beragama Islam).
d) Bagaimana jika pembantu rumah melarikan diri? Jika pemegang diploma yang berkerja, mereka lebih professional dengan mematuhi kontrak kerja. Tiada istilah melarikan diri kerana bidang perundangan boleh mengheret mereka ke muka pengadilan. Jika pembantu rumah melarikan diri bagaimana pula ya? Lari tanpa ada sebarang perasaan bersalah meninggalkan anak-anak majikan yang masih kecil berseorangan di rumah.
Di negara-negara lain, agak sukar untuk mereka melarikan diri kerana faktor geografi, bahasa dan sosial. Di Malaysia, apabila mereka keluar sahaja dari rumah majikan, amat mudah bagi mereka bertemu dengan warga Indonesia.
___________________________________________________
Apakah jaminannya di sini oleh kerajaan Indonesia sekiranya kerajaan Malaysia bersetuju dengan kenaikan gaji pembantu rumah kepada RM1200 sebulan? Adakah jaminan itu akan merangkumi aspek kualiti kerja, jaminan bersyarat jika pembantu rumah lari dari majikan, jaminan membolehkan potongan gaji pembantu rumah ke atas kos penginapan, bil utiliti elektrik dan air, kos makanan dan minuman, kos peralatan mandian dan sebagainya? Persoalan tersebut mesti dijawab sebelum majikan sanggup menerima pembantu rumah bertaraf diploma.
Saya amat menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menyediakan platform maklumbalas dari pihak majikan agar segala permasalahan yang dihadapi oleh majikan dapat dikaji dengan lebih terperinci sebelum membuat sebarang persetujuan dengan pihak Pemerintah Indonesia. Mohon war-warkan platform tersebut sekiranya ia telah wujud.
Artikel berkaitan : Jangan Tunduk Pada Gesaan Gaji Minima
Beliau membandingkan gaji pembantu rumah yang lebih tinggi di negara lain. Kertas cadangan tersebut telahpun diserahkan kepada Malaysia sewaktu mesyuarat di antara Kementerian Sumber Manusia kedua-dua buah negara pada 12 dan 13 Mei 2015.
Ada dua intipati kertas cadangan itu dan akan saya ulas di sini.
a) Kenaikan gaji dari RM800 ke RM1200
b) Kertas cadangan itu juga mencadangkan agar Malaysia menghapuskan caj bayaran RM1800 yang dikenakan kepada pembantu rumah.
Pembantu Rumah Bertaraf Diploma?
Ulasan :
a) Apakah kemahiran pembantu rumah sehinggakan gaji mereka naik ke paras RM1200? Gaji RM1200 adalah setara dengan gaji pemegang diploma di Malaysia. Ramai pembantu rumah yang tiba ke rumah majikan tanpa kemahiran asas. Ada yang masih kekok apakah tugas harian yang perlu mereka lakukan dari pagi hingga petang. Jika dilihat dari maklumat yang dipaparkan di laman web agensi di Indonesia, mereka di ajar cara mengemas rumah dan menggunakan peralatan asas elektrik tetapi apabila mereka tiba di rumah majikan untuk memulakan kerja, ternyata mereka nampak kekok bekerja. Kualiti apakah yang mereka bawa dari Indonesia?
Ramai yang hanya bersekolah setakat Sekolah Dasar (SD) yang setara dengan sekolah rendah di Malaysia. Setakat sekolah rendah di Indonesia mendapat ganjaran RM1200 sedangkan pemegang diploma di Malaysia mendapat RM1200? Pemegang diploma terpaksa berhempas-pulas menelaah pelajaran dan membelanjakan sejumlah wang untuk menampung kos pengajian di kampus.
Gaji Minima Programmer (Diploma) |
b) Umum tentu memahami bahawa caj bayaran RM1800 yang dimaksudkan adalah dicaj kepada majikan, tidak pernah majikan menolak gaji mereka. Selama ini kita biasa difahamkan oleh agensi pembantu rumah bahawa potongan gaji 3 bulan digunakan untuk diberikan kepada keluarga mereka sebagai bayaran advance. Apa jua caj-caj yang dikenakan dibayar kepada agensi Malaysia yang mempunyai rakan niaga dengan agensi Indonesia. Semua caj-caj seperti permit RM600, FOMEMA RM200, insurans RM70 dan sebagainya, dibayar oleh majikan dan tidak pernah diambil dari gaji pembantu rumah.
c) Bayangkan pemegang diploma di Malaysia yang bekerja terpaksa membayar sewa rumah, membayar bil elektrik, membayar bil air, membeli makanan, membeli minuman, membeli pakaian, membeli sabun mandi, membeli ubat gigi, membeli shampoo dan sebagainya. Bagaimana dengan pembantu rumah? Sewa rumah percuma, bil elektrik percuma, bil air percuma, makanan percuma, minuman percuma, pakaian asas peruma, tuala wanita percuma, sabun mandi percuma, ubat gigi percuma, shampoo percuma. Banyak sangat yang percuma berbanding yang berbayar. Kebiasaannya mereka hanya membayar kos kad telefon untuk memudahkan mereka menghubungi keluarga di kampung. Ada juga majikan yang baik hati, bila bercuti ke tempat peranginan akan membawa pembantu rumah bersama mereka.
Kerajaan Indonesia tidak boleh membandingkan Malaysia dengan negara lain kerana taraf hidup di negara lain adalah berbeza. Mungkin mereka membandingkan dengan negara Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Timur Tengah. Negara-negara tersebut mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi dari Malaysia. Keunikannya dan kelebihannya bekerja di Malaysia ialah suasana di Malaysia hampir sama dengan Indonesia. Mudah berkomunikasi dari segi bahasa dan Malaysia adalah sebuah negara Islam (mengambilkira majoriti pembantu rumah Indonesia adalah beragama Islam).
d) Bagaimana jika pembantu rumah melarikan diri? Jika pemegang diploma yang berkerja, mereka lebih professional dengan mematuhi kontrak kerja. Tiada istilah melarikan diri kerana bidang perundangan boleh mengheret mereka ke muka pengadilan. Jika pembantu rumah melarikan diri bagaimana pula ya? Lari tanpa ada sebarang perasaan bersalah meninggalkan anak-anak majikan yang masih kecil berseorangan di rumah.
Di negara-negara lain, agak sukar untuk mereka melarikan diri kerana faktor geografi, bahasa dan sosial. Di Malaysia, apabila mereka keluar sahaja dari rumah majikan, amat mudah bagi mereka bertemu dengan warga Indonesia.
___________________________________________________
Apakah jaminannya di sini oleh kerajaan Indonesia sekiranya kerajaan Malaysia bersetuju dengan kenaikan gaji pembantu rumah kepada RM1200 sebulan? Adakah jaminan itu akan merangkumi aspek kualiti kerja, jaminan bersyarat jika pembantu rumah lari dari majikan, jaminan membolehkan potongan gaji pembantu rumah ke atas kos penginapan, bil utiliti elektrik dan air, kos makanan dan minuman, kos peralatan mandian dan sebagainya? Persoalan tersebut mesti dijawab sebelum majikan sanggup menerima pembantu rumah bertaraf diploma.
Saya amat menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menyediakan platform maklumbalas dari pihak majikan agar segala permasalahan yang dihadapi oleh majikan dapat dikaji dengan lebih terperinci sebelum membuat sebarang persetujuan dengan pihak Pemerintah Indonesia. Mohon war-warkan platform tersebut sekiranya ia telah wujud.
Artikel berkaitan : Jangan Tunduk Pada Gesaan Gaji Minima
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.