Kerajaan Indonesia kini dalam proses merangka pelan penamatan pembekalan pembantu rumah Indonesia ke luar negara. Ini merupakan satu tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang rata-ratanya lebih gemar menggaji pembantu rumah Indonesia berbanding dari negara sumber yang lain.
Antara sebabnya ialah :
__________________________________
Imej dan teks dibawah dipetik dari : The Malaysian Insider
Nasihat Presiden Indonesia Joko Widodo kepada rakyatnya supaya tidak menerima kerja bergaji murah sebagai pembantu rumah di luar negara dijangka tidak meninggalkan impak yang besar kepada Malaysia kerana permintaan bagi pembantu rumah dari Indonesia menurun sebanyak 80% dalam tempoh dua tahun lalu, kata satu kumpulan yang mewakili ejen pembantu rumah di negara ini.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Jeffrey Foo berkata, sebab utamanya ialah, ejen di pihak Indonesia tidak mengikut struktur yuran yang dipersetujui kedua-dua negara, sebaliknya meminta hampir dua kali ganda jumlah yang dipersetujui.
Foo berkata, permintaan secara beransur-ansur jatuh sejak Indonesia menarik balik moratorium yang dikenakan terhadap rakyat mereka yang bekerja di sini pada akhir tahun 2011.
"Yuran yang dipersetujui ialah RM7,800 dengan RM5,000 untuk ejen Indonesia," katanya.
"Tetapi mereka tidak puas hati dengan jumlah itu, mereka tuntut bahagian mereka sehingga RM9,000. Jadi sejak dua tahun lepas, kami makin kurang memberi tumpuan kepada pembantu rumah dari Indonesia.
Katanya, agensi pembantu rumah kini bergantung kepada pembantu rumah dari Filipina dan Sri Lanka, dan mengemukakan rayuan kepada kerajaan Malaysia membuka ruang mendapatkan pembantu rumah dari banyak negara lain seperti Nepal, Kemboja dan Myanmar.
Foo berkata, keluarga yang sebelum ini menggunakan pembantu rumah Indonesia sanggup tiada pembantu rumah daripada membayar hampir dua kali ganda jumlah itu.
"Oleh kerana ejen Indonesia meminta lebih, majikan perlu membayar hampir RM15,000 untuk memohon pembantu rumah. Ini tidak masuk akal dan sama macam eksploitasi.
"Sebagai perbandingan, hanya RM10,000 yuran pendahuluan diperlukan bagi mendapatkan pembantu rumah dari Filipina dan RM8,000 bagi Sri Lanka," katanya.
Beliau berharap Putrajaya akan memenuhi rayuan mereka bagi membuka lebih banyak peluang kepada pembantu rumah dari negara lain, sambil menambah ini akan menyebabkan permintaan yang sangat terhad bagi pembantu rumah dari Indonesia di masa akan datang.
Bagaimanapun, bagi ahli perniagaan Anis Aishah Safarwan, 68, pengumuman presiden Indonesia itu menimbulkan kebimbangan, memandangkan beliau sudah menggaji pembantu dari Indonesia sejak 1996.
Katanya, walaupun sering terdapat rundingan antara kedua-dua kerajaan selama ini, keadaan biasanya akan kembali normal.
Kali ini, bagaimanapun Anis berkata, beliau tidak begitu pasti kerana Jokowi dikenali sebagai “seorang yang berpegang kepada kata-katanya”.
"Saya risau sedikit kerana Jokowi diketahui berpegang kepada keputusannya. Tetapi, isu pembantu rumah Indonesia tidak dapat datang ke sini terlalu kerap berlaku sebelum ini," kata Anis, yang membayar yuran RM12,000 untuk pembantu Indonesia terakhirnya, yang kini sudah setahun bersamanya.
Katanya, pilihannya juga terhad kerana dia lebih suka pembantu rumah Islam, sedangkan warga Filipina biasanya beragama Kristian.
"Kami pada dasarnya lebih suka pembantu rumah Indonesia dan juga kerana, kita tidak perlu memberi mereka cuti pada Ahad," katanya.
Jumaat lalu, Presiden Indonesia mengumumkan, amalan wanita Indonesia ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah hendaklah dihentikan dengan serta-merta, mengatakan rakyat Indonesia perlu ada 'harga diri dan maruah'.
Jokowi juga mengumumkan beliau mengarahkan menteri tenaga manusia merangka satu pelan bagi memastikan Indonesia berhenti menghantar warganya ke luar negara sebagai pembantu rumah. – 18 Februari, 2015.
__________________________________
Secara peribadi, saya berharap pihak Indonesia mengkaji semula perancangan mengenai pelan penamatan pembekalan pembantu rumah Indonesia ke luar negara kerana industri kecil ini dapat menjana ekonomi Indonesia. Rata-ratanya pembantu rumah tidak membelanjakan wang gaji mereka di Malaysia. Hampir ke semua wang gaji mereka dihantar ke Indonesia untuk membeli tanah dan membesarkan rumah. Dari segi masalah immigrasi pula, sekiranya disekat, maka, akan berlakulah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia. Faktor geografi antara Indonesia dan Malaysia memudahkan mereka menyeberang Selat Melaka dalam tempoh perjalanan laut yang singkat.
Antara sebabnya ialah :
- Ramai pembantu rumah Indonesia beragama Islam. Majikan Islam lebih cenderung menggaji pembantu rumah Islam kerana dapat memastikan amalan harian berkaitan agama dapat dipraktikkan oleh pembantu rumah dan menjadi ikutan kepada anak-anak majikan, seperti solat, puasa dan sebagainya.
- Bahasa Indonesia mudah difahami oleh majikan dan anak-anak majikan. Tidak memerlukan masa yang lama untuk melatih pembantu rumah Indonesia mengenali nama-nama barangan dapur, perkakas elektrik dan perkakas rumah.
- Oleh kerana status agama dan bahasa itu sendiri menyumbang kepada keselesaan bekerja kepada pembantu rumah yang akan merasakan diri mereka sebahagian dari keluarga majikan.
__________________________________
Imej dan teks dibawah dipetik dari : The Malaysian Insider
Nasihat Presiden Indonesia Joko Widodo kepada rakyatnya supaya tidak menerima kerja bergaji murah sebagai pembantu rumah di luar negara dijangka tidak meninggalkan impak yang besar kepada Malaysia kerana permintaan bagi pembantu rumah dari Indonesia menurun sebanyak 80% dalam tempoh dua tahun lalu, kata satu kumpulan yang mewakili ejen pembantu rumah di negara ini.
Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Jeffrey Foo berkata, sebab utamanya ialah, ejen di pihak Indonesia tidak mengikut struktur yuran yang dipersetujui kedua-dua negara, sebaliknya meminta hampir dua kali ganda jumlah yang dipersetujui.
Foo berkata, permintaan secara beransur-ansur jatuh sejak Indonesia menarik balik moratorium yang dikenakan terhadap rakyat mereka yang bekerja di sini pada akhir tahun 2011.
"Yuran yang dipersetujui ialah RM7,800 dengan RM5,000 untuk ejen Indonesia," katanya.
"Tetapi mereka tidak puas hati dengan jumlah itu, mereka tuntut bahagian mereka sehingga RM9,000. Jadi sejak dua tahun lepas, kami makin kurang memberi tumpuan kepada pembantu rumah dari Indonesia.
Katanya, agensi pembantu rumah kini bergantung kepada pembantu rumah dari Filipina dan Sri Lanka, dan mengemukakan rayuan kepada kerajaan Malaysia membuka ruang mendapatkan pembantu rumah dari banyak negara lain seperti Nepal, Kemboja dan Myanmar.
Foo berkata, keluarga yang sebelum ini menggunakan pembantu rumah Indonesia sanggup tiada pembantu rumah daripada membayar hampir dua kali ganda jumlah itu.
"Oleh kerana ejen Indonesia meminta lebih, majikan perlu membayar hampir RM15,000 untuk memohon pembantu rumah. Ini tidak masuk akal dan sama macam eksploitasi.
"Sebagai perbandingan, hanya RM10,000 yuran pendahuluan diperlukan bagi mendapatkan pembantu rumah dari Filipina dan RM8,000 bagi Sri Lanka," katanya.
Beliau berharap Putrajaya akan memenuhi rayuan mereka bagi membuka lebih banyak peluang kepada pembantu rumah dari negara lain, sambil menambah ini akan menyebabkan permintaan yang sangat terhad bagi pembantu rumah dari Indonesia di masa akan datang.
Bagaimanapun, bagi ahli perniagaan Anis Aishah Safarwan, 68, pengumuman presiden Indonesia itu menimbulkan kebimbangan, memandangkan beliau sudah menggaji pembantu dari Indonesia sejak 1996.
Katanya, walaupun sering terdapat rundingan antara kedua-dua kerajaan selama ini, keadaan biasanya akan kembali normal.
Kali ini, bagaimanapun Anis berkata, beliau tidak begitu pasti kerana Jokowi dikenali sebagai “seorang yang berpegang kepada kata-katanya”.
"Saya risau sedikit kerana Jokowi diketahui berpegang kepada keputusannya. Tetapi, isu pembantu rumah Indonesia tidak dapat datang ke sini terlalu kerap berlaku sebelum ini," kata Anis, yang membayar yuran RM12,000 untuk pembantu Indonesia terakhirnya, yang kini sudah setahun bersamanya.
Katanya, pilihannya juga terhad kerana dia lebih suka pembantu rumah Islam, sedangkan warga Filipina biasanya beragama Kristian.
"Kami pada dasarnya lebih suka pembantu rumah Indonesia dan juga kerana, kita tidak perlu memberi mereka cuti pada Ahad," katanya.
Jumaat lalu, Presiden Indonesia mengumumkan, amalan wanita Indonesia ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah hendaklah dihentikan dengan serta-merta, mengatakan rakyat Indonesia perlu ada 'harga diri dan maruah'.
Jokowi juga mengumumkan beliau mengarahkan menteri tenaga manusia merangka satu pelan bagi memastikan Indonesia berhenti menghantar warganya ke luar negara sebagai pembantu rumah. – 18 Februari, 2015.
__________________________________
Secara peribadi, saya berharap pihak Indonesia mengkaji semula perancangan mengenai pelan penamatan pembekalan pembantu rumah Indonesia ke luar negara kerana industri kecil ini dapat menjana ekonomi Indonesia. Rata-ratanya pembantu rumah tidak membelanjakan wang gaji mereka di Malaysia. Hampir ke semua wang gaji mereka dihantar ke Indonesia untuk membeli tanah dan membesarkan rumah. Dari segi masalah immigrasi pula, sekiranya disekat, maka, akan berlakulah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke Malaysia. Faktor geografi antara Indonesia dan Malaysia memudahkan mereka menyeberang Selat Melaka dalam tempoh perjalanan laut yang singkat.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.