Breaking

Monday

Agensi Pembantu Rumah

Umum sudah mengetahui bahawa pengambilan pembantu rumah boleh dilakukan melalui agensi pembantu rumah ataupun melalui pengambilan secara terus dengan agensi pembantu rumah di Indonesi. Apakah kebaikannya di antara kedua-dua kaedah tersebut.

Pengambilan Menerusi Agensi Pembantu Rumah Di Malaysia
Mudah berurusan - bermaksud mereka berhampiran dengan anda. Segala urusan boleh dilakukan secara terus di pejabat agensi. Semakan biodata boleh dilakukan dengan terperinci. Selalunya mereka mempunyai banyak biodata pembantu rumah kerana mereka berurusan dengan lebih dari satu agensi pembantu rumah di Indonesia.

Mudah mengadu - Perkara ini sering menjadi igauan majikan bilamana pembantu rumah buat hal, maka, mudahlah majikan merujuk kes tersebut ke pihak agensi. Memang tidak dinafikan pihak agensi adakalanya lebih cenderung memihak kepada pembantu rumah tetapi kita sebagai majikan berhak mendapatkan penggantian maid sekiranya maid tidak berkualiti langsung. Sekiranya lari pula, mudah pula untuk kita tampil ke pejabat agensi untuk menyelasaikan masalah tersebut. Tinggal lagi berapa lama penggantian maid akan tiba di rumah anda, itu yang menjadi persoalannya.

Penipuan Agensi - Terus buat laporan polis dan juga kepada pihak PAPA berkenaan perilaku agensi pembantu rumah tersebut. Pastikan setiap resit masih dalam simpanan dan jika keadaan memaksa, sila buka kes di pejabat Tribunal Pengguna.

Pengambilan Menerusi Agensi Pembantu Rumah di Indonesia
Murah - Beberapa ribu dapat dijimatkan sekiranya mengambil terus dari agensi di negara seberang. Asalkan kita percaya pada agensi tersebut atau anda boleh terbang ke Indonesia dan pergi ke agensi yang terdapat di Indonesia untuk memilih pembantu rumah yang diingini. Seterusnya anda lakukan urusan dokumentasi di pejabat Immigresen Malaysia untuk mengeluarkan Calling Visa.

Tiada tempat mengadu - Kalau nasib tak baik, memang payahla untuk mengadu kerana anda tidak mengambil maid dari agensi yang berdaftar di Malaysia. Semuanya atas dasar saling percaya dengan pihak agensi di Indonesia.

Penipuan Agensi - Tidak dapat dibawa ke muka pengadilan kerana agensi di Indonesia; mereka tidak tertakluk kepada perundangan Malaysia. Apa yang boleh anda lakukan ialah melakukan penulisan review dan menampalkan tulisan anda di saluran Internet berkaitan penipuan agensi tersebut. Ini boleh menjejaskan reputasi agensi tersebut di Malaysia dan Indonesia. Tetapi ingat, jangan lakukan sabotaj. Tulisan anda mestilah melaporkan kes sebenar, bukannya dengan niat buruk untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu.

Bagaimana melakukan pengambilan secara terus dari Indonesia? Dapatkannya panduan tersebut di sini.

4 comments:

  1. Permohonan JP visa belum dibuka lagi? banyak kali pergi immegresen... diorang kata akan ditarik balik pemansuhan sebab ramai yg komplen. pegawai tu kata mungkin october 2014, lepas tu maybe januari 2015... haihh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang patut pun komplen sebab kos pengambilan melalui agensi terlalu tinggi. Kalau tak silap dah cecah RM10 ribu.
      Bayangkan duit yang perlu disediakan oleh majikan sebanyak tu. Kalau maid lari atau maid pemalas, adakah agensi boleh ganti dengan kadar yang segera. Selalunya kena tunggu hampir 2 bulan.

      JP Visa ni Malaysia ok aje cuma Indonesia yang kurang menyenangi cara begini sebab mereka sukar memantau bliangan rakyat mereka yang bekerja diluar negara.

      Delete
  2. Encik tahu tak kalau nak buat calling visa melalui agent di Indonesia, maid kena melalui training 2 bulan tu jugak ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lalui tempoh latihan, bukan 2 bulan, tapi kalau tak silap saya 200 jam. Ala...training tu kan diluar capaian mata kita. Ianya lebih kepada sekeping sijil sahaja.

      Kalau saya train tuan 20 jam tetapi saya keluarkan sijil 200 jam, munasabah tak? hehe....

      Delete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.