Lepas balik dari kedai beli kad telefon maid aku, terdetik hati ingin tahu lebih lanjut mengenai maid kosong. Apa bendanya maid kosong ni? Selak punya selak di Internet, barulah aku faham apa itu maid kosong. Maid kosong ialah maid yang tiada passport atau passport tamat tempoh atau tiada permit.
Untuk lebih jelas lagi mari kita lihat kes-kes sebenar maid kosong ini.
1) Tiada passport
Mereka masuk sebagai pendatang tanpa izin melalui sempadan pintu masuk yang sah. Kebiasaannya mereka memasuki Malaysia melalui pantai-pantai barat Semenanjung Malaysia. Ada sindiket yang akan menguruskan mereka di Malaysia dan Indonesia. Apabila sahaja bot menghampiri pantai, akan ada sindiket yang menunggu mereka.
2) Passport Tamat Tempoh
Kategori ini asalnya pendatang dengan izin dan bertukar kepada pendatang tanpa izin setelah passport tamat tempoh. Selalunya mereka ini bekerja disektor-sektor pembinaan yang mengambil masa sekitar 2 hingga 4 tahun untuk menyiapkan sesebuah bangunan. Setelah bangunan siap dan sebelum passport tamat tempoh, mereka sepatutnya pulang ke Indonesia. Tetapi atas faktor peluang kerja lebih mudah didapati di sini, mereka memilih untuk tinggal lebih masa. Mereka telah memutuskan apabila jumlah wang telah mencukupi, mereka hanya perlu berhubung dengan sindiket untuk membawa mereka keluar melalui jalan laut.
3) Passpot Masih Sah Tetapi Permit Kerja Telah Tamat
Passpot kebiasaannya tamat 5 tahun dan apabila mereka ingin bekerja di Malaysia, pihak Immigresen hanya memberikan permit kerja 1 tahun yang boleh diperbaharui secara tahunan (dengan tujuan). Sebagai contoh, sekiranya mereka bekerja di sektor pembinaan dan apabila bangunan siap sebelum permit kerja tamat tempoh, mereka masih boleh tinggal di Malaysia. Tapi bila permit tamat walaupun passport masih valid, terpaksalah mereka meninggalkan Malaysia.
4) Passport Masih Sah Tapi Permit Kerja Dibatalkan
Ini adalah golongan pembantu rumah yang lari dari majikan. Siapa yang mengambil maid kosong dalam kategori ini sememangnya orang yang mengambil kesempatan di atas kepayahan orang lain. Bayangkan, orang lain telah membayar sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkan maid ini, tapi... anda senang-senang saja mendapatkan mereka dengan bayaran caj ejen yang rendah.
Kategori ke-4 adalah yang paling "kejam" kerana ianya ibarat "mencuri" duit orang lain sekiranya seseorang itu mendapatkan maid melalui kaedah maid kosong. Tahukah anda apakah keburukan-keburukan menggajikan maid kosong ini? Ikuti post yang pernah disiarkan dalam blog ini. Klik la...apa tunggu lagi, kata nak tahu.

No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.