Breaking

Wednesday

Permit Pekerja Asing


Bercakap tentang permit pekerja asing ini, kita tentunya lebih berminat untuk mengetahui berapakah bayaran yang dikenakan ke atas sektor pembantu rumah. Tidaklah tinggi jika dibandingkan dengan sektor-sektor lain seperti perkhidmatan dan pembinaan.

SEKTOR
LEVI
(SETAHUN)
(RM)
PL(KS)
(RM)
PROSES
(RM)
PERKILANGAN 1,250.00 60.00 50.00
PEMBINAAN 1,250.00 60.00 50.00
PERTANIAN 410.00 60.00 10.00
PERLADANGAN 590.00 60.00 10.00
PERKHIDMATAN (selain dari Pulau Peranginan dan Rumah Kebajikan) 1,850.00 60.00 50.00
PERKHIDMATAN (Rumah Kebajikan) 650.00 60.00 50.00
PEMBANTU RUMAH ASING 410.00 60.00 10.00

IL. WARGANEGARA
VISA
(RM)
JAMINAN INSURANS
(RM)
1. INDONESIA
15.00
250.00
2. BANGLADESH 20.00 500.00
3. PAKISTAN 20.00 750.00
4. MYANMAR 19.50 750.00
5. INDIA 50.00 750.00
6. FILIPINA 36.00 1,000.00
7. THAILAND GRATIS 250.00
8. KEMBOJA 20.00 250.00
9. NEPAL 20.00 750.00
10. VIETNAM 13.00 1,500.00
11. SRI LANKA 15.00 750.00
12. CHINA 30.00 1,500.00
13. LAOS 20.00 1,500.00

Ramai juga yang menimbulkan persoalan siapakah yang patut membayar permit pekerja asing ini? Bagi sektor pembantu rumah kebiasaannya pada 2 tahun pertama, majikan yang akan membayar. Selepas tamat kontrak 2 tahun dan sekiranya pembantu rumah ingin terus bekerja, maka, rasanya adalah wajar pembantu rumah itu sendiri yang menanggung kos permit pekerja asing. Ini adalah berlandaskan faktor dimana majikan tidak membuat tawaran kerja tetapi pembantu rumah yang ingin terus bekerja dengan majikan.

Cuba bayangkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara seperti Amerika, United Kingdom, Australia, mereka mengeluarkan wang saku mereka untuk membayar segala jenis levi.

Kita memang faham pada 2 tahun pertama, majikan memerlukan mereka dan bersedia membayar segala urusan kemasukan mereka termasuklah kos permit pekerja asing. Tetapi pada tahun ketiga dan seterusnya, adakah wajar majikan terus membayar kos permit mereka?

Apa pendapat anda dalam hal ini?

24 comments:

  1. Salam en.Naja.boleh saya tau bagaimana saya nak buat permit untuk pembantu rumah yg bakal sy ambil.untuk makluman En,sy berurusan dgn agen indo utk dpt profil maid ni.sekarang ada paspot.tp saya kena urus permit sendiri.tq

    ReplyDelete
  2. Tumpang tanya, april 2013 maid saya pulang bercuti utk 1 bulan dan kembali ke indonesia tetapi tak muncul2 pd hari beliau sepatutnya balik. 2 hari lepas beliau call saya kata ingin bekerja semula dan beliau telah pun berada di kl tapi sebagai pelancong. Agennya tipu dia kerana lepas 3 bln dia kerja dia kena balik indo semula. Gaji tak diterima la utk 3 bl pertama sebab tu dia call saya. Boleh ke saya ambil dia dan dptkan doc yg sah

    ReplyDelete
  3. sekarang ni urusan pengambilan maid adalah secara calling visa dimana maid mesti berada di Indonesia. Sila call saya sebab nak tahu juga bagaimana kes sebenar dan apa yang saya boleh bantu.

    ReplyDelete
  4. permit maid saya telah pn di matikan apabila beliau tidak lg mau menyambung kerja bersama saya.beliau dhantar pulang pd nov13.apabila berada di sana ,dia telah menghubungi saya utk bekerja semula...apa yg bole sy buat setelah jp visa ini dimansuhkn.?adalah tdk adil utk saya mmbayar sejumlah wang utk ajen sdgkn maid ini telah lama berkhidmat dgn saya..mohom bantuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena melalui calling visa dan hanya agensi berdaftar sahaja yang boleh berurusan dgn immigresen. Boleh cuba berbincang dgn agensi yg mana anda katakan yg anda hanya mahu mereka buat servis dokumentasi calling visa sahaja. Agensi tidak terikat dengan jaminan maid lari/tak mahu kerja. Mungkin caj lebih murah sebab 2 faktor tersebut dimasukkan dlm caj sebab itu caj mereka tinggi.

      Delete
  5. Slm en naja..sy perlukan khidmat utk uruskan permit pembantu rumah...hubungi sy d_yana512@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak menyediakan perkhidmatan urusan permit pembantu rumah.

      Delete
  6. Salam,
    Bagaimanakah caranya untuk tukar majikan bagi pembantu rumah asing ni? Boleh tolong bagi pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan, saya tidak berpengalaman dlm pertukaran majikan

      Delete
  7. Salam tuan. Boleh ke kita nk jadikn wanita indo yg ada di msia sbg maid?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena berurusan dgn ejen sebab JP Visa telah dimansuhkan.

      Delete
  8. Boleh saya tau ada tak pembantu rumah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tidak membekalkan maid. Saya hanya berkongsi pengalaman berkaitan maid.

      Delete
  9. Pagi tuan, nak tanya, saya nak buat bayaran permit utk pekerja asing Nepal yg baru masuk, processing fee yg i kena bayar ialah RM 125 atau RM 50 ? Boleh tak minta tahu jumlah bayaran i kena bayar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan, saya hanya tahu berkenaan maid shj

      Delete
  10. Salam, macam mn nak urus maid dari thailand? Boleh majikan urus sendiri? Kalo melalui visa valid brp lama?

    ReplyDelete
  11. Maaf, urusan permohonan permit hanya diberikan kepada sykt agensi berdaftar sahaja. Tak boleh lagi org perseorangan buat semua tu seperti satu ketika dulu.

    ReplyDelete
  12. Kalau ada sesiapa yang mahu membuat permit untuk foreigner workers dlm pelbagai bidang , termasuklah membekalkan maid, anda boleh hubungi saya untuk dapatkan keterangan lanjut . sekitar kl/pj/ selangor . ms ruzilawati email : chennmessy@gmail.com

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Sbrg petnyaan blh hbgi@wsp ke no 0195167915

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Hi, nak tanya sikit. Maid filipino saya nak balik February. So, I Kena apply untuk another maid.bolehke saya apply dulu sebelum maid I balik..thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I takde experience kes seperti ini tapi I strongly believe boleh. Kalau tiket dah ada, COM pun dah ada sepatutnya imigresen sudah boleh benarkan kemasukan maid baru. Sorry ye Raj.

      Delete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.