Breaking

Monday

Perlaksanaan i-Kad Pembantu Rumah

Sebelum ini kecoh disana-sini mengatakan kerajaan mengenakan caj tambahan dengan pelancaran modul pengenalan diri i-Kad ke atas semua pekerja asing. Dalam hal ini pembantu rumah adalah juga terlibat. Namun pihak kerajaan dengan murah hati telah menarik balik caj tambahan tersebut. Ikuti petikan kenyataan yang dipetik dari laman Web Kementerian Dalam Negeri. 

Gambar dipetik dari laman web NST
_____________________________________________
PELANCARAN IKAD OLEH YB MENTERI DALAM NEGERI

Merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri pada 9 Januari 2014 jam 10.30 pagi di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, dengan ini kami ingin membetulkan kenyataan yang menyebut bahawa caj sebanyak RM110 yang dikenakan kepada pekerja asing bagi permohan iKad adalah tidak terpakai dan digantikan dengan kenyataan berikut:

“Kerajaan tidak mengenakan caj terhadap Pekerja Asing untuk setiap iKad yang dikeluarkan kerana kos pelaksanaan iKad ini telah termasuk dalam Caj Bayaran Proses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sedia ada.”

Haji Azmi Abdul Malek
Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
13 Januari 2014

No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.