Breaking

Friday

Menangani Masalah Kecekalan Hati Pembantu Rumah

Seringkali didengari pembantu rumah mendatangkan masalah kepada majikan. Antara faktornya ialah pembantu rumah telah hilang semangat untuk terus bekerja dengan majikan. Mungkin disebabkan sikap majikan yang terlalu cerewet, masalah keluarga di kampung, masalah kesihatan atau mungkin juga terlalu merindui kampung halaman.

Manakala yang bertindak jauh lebih berani pula mungkin melakukan jenayah terhadap majikan dan keluarganya.

pembantu rumah mencuri
Mereka seharusnya benar-benar kuat dari segi mental untuk tiba di Malaysia dan bekerja sebagai pembantu rumah untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun. Persiapan mental perlu dilakukan sejak dari mula mereka dibawa dari kampung. Menangani masalah kecekalan hati pembantu rumah seharusnya bermula dengan pihak agensi di Indonesia seharusnya menerangkan kepada mereka sejelas-jelasnya akan tempoh mereka meninggalkan kampung dan rutin-rutin harian sebagai pembantu rumah. Jelaskan juga kepada mereka bahawa mereka akan tinggal dengan majikan selama 2 tahun dan berkemungkinan tidak dibenarkan keluar dari rumah untuk berhibur.

Apakah agensi sanggup menjelaskan semua perkara ini kepada bakal-bakal pembantu rumah? Rasanya mungkin tidak. Mereka mahukan pembantu rumah secepat mungkin bilamana permintaan meningkat!

Rata-ratanya pembantu rumah berkemampuan untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal tetapi mereka tidak mempunyai kekuatan mental yang tinggi. Inilah yang akan mengganggu kualiti kerja mereka. Mereka seharusnya berbincang dengan majikan sekiranya mempunyai masalah. Masalah mestilah masalah-masalah yang difikirkan logik di mata majikan, bukannya masalah seperti tidak mahu bekerja lagi selepas 5 bulan bekerja atas alasan keluarga mahu mereka berkahwin. Bukankah perkara sebegini mesti dirancang awal dan kenapa bila sudah tiba di rumah majika, baru memutuskan untuk berkahwin. Ini sebahagian dari contoh yang tidak logik.

Ikuti sedikit temubual yang bermanfaat dalam menangani masalah kecekalan hati pembantu rumah.


No comments:

Post a Comment

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.