Breaking

Friday

Kebaikan Renew Permit Pembantu Rumah Melalui MyEG

Bukanlah nak promote MyEG, jangan salah faham pulak. Tapi aku rasa macam banyak kelebihannya dari segi masa dan dokumentasi. Cuba bayangkan kalau pergi buat sendiri kat pejabat immigresen, parking kena bayar, petrol lagi, tol lagi.... argghhhh tak berbaloi la kalau nak jimat RM38. Satu lagi tak ada satupun borang yang kena isi, cuma masukkan sedikit maklumat pembantu rumah di laman web MyEG.

Dalam kes aku renew permit pembantu rumah untuk tahun ke-4, caranya mudah saja. Semudah 1-2-3! Kalau pergi renew di pejabat immigresen sudah tentu berkepuk borang kena isi. Nak kena buat kontrak kerja pulak tu. Dengan MyEG semua tu tidak diperlukan. Atau.... mungkin ke untuk tahun ke-4 tak perlu kontrak kerja? Kalau ada sesiapa yang pernah berpengalaman renew permit pembantu rumah melalui kaunter immigresen untuk renew permit tahun ke-4, silalah kongsikan pengalaman anda di sini. Bolehlah nanti jadi rujukan buat semua.

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan ini.

3 comments:

  1. Renew permit tahun ke 4, bawak pasport.. bayar RM610 kat kaunter pembayaran.. tunggu sejam.. dapat passport dengan permit tahun ke 4.. fomema pun x yah buat... cepat dan tepat..

    ReplyDelete
  2. macam mna nak renew guna myeg?? nak buka link pun tak boleh.. boleh kongsikan tak??

    ReplyDelete
  3. sila pergi ke post yg pernah saya kongsikan disini => http://isupembanturumah.blogspot.com/2014/06/renew-permit-pembantu-rumah.html

    ReplyDelete

Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.