Dalam hal berkaitan perilaku maid, sewajarnya majikan memerhatikan gerak-geri mereka dari hari pertama mereka menjejakkan kaki ke rumah majikan. Untuk mengelak maid lari dari majikan ialah dengan cara :
- Tidak membenarkan maid keluar rumah tanpa izin majikan.
- Tidak membenarkan maid berbual dengan maid jiran
- Tidak membenarkan maid mempunyai handphone. Belikan kad telefon pra-bayar untuk membolehkan mereka menghubungi keluarga menggunakan telefon rumah atau handphone majikan.
- Jangan sesekali membayar gaji secara tunai. Buka akaun atas nama maid dan buku akaun disimpan majikan. Kad ATM juga jangan dimohon. Urusan keluar masuk wang adalah melalui buku sahaja.
- Jangan biarkan passport disimpan oleh maid. Memang mereka berhak menyimpan passport tetapi buat perjanjian bahawa majikan yang akan menyimpan passport mereka.
- Jangan terlalu mengerah maid, berikan rehat yang secukupnya.
- Sekiranya anda mengubahsuai rumah, pastikan anda atau pasangan anda ada di rumah sewaktu kerja-kerja ubahsuai rumah. Ini untuk mengelakkan mereka berhubungan dengan pekerja binaan senegaranya.
No comments:
Post a Comment
Anda mempunyai sesuatu untuk saya. Sila nyatakan komen membina anda agar ianya bermanfaat untuk kita semua. Terima kasih.